BUKIT BATU PUTIH, PORT DICKSON



Assalammualaikum,


Hiking antara satu aktiviti yang aku minat. Walaupun aku ni berbadan besar, tapi tu semua bukan halangan untuk aku buat apa yang aku minat. Walaupun berbadan besar, aktif tu perlu sangat-sangat, supaya kau kekal sihat sepanjang hari. Aku pulak memang jenis tak reti duduk diam melainkan penyakit MALAS tu datang.




Aku rasa pada yang kaki hiking tahu kot pasal Bukit Batu Putih, Port Dickson ni. Ramai dah aku rasa naik bukit ni. Bukit dia nice je, nak daki dia tak lah terlalu payah, cuma dia duduk dalam hutan kan, so semak samun tu semua kau kena redah lah. Jalan dia pun ok, tak teruk sangat. Tinggi pun taklah tinggi sangat, cuma keadaan atas dia tu banyak batu-batu dan ruang tak besar. So, takyah lah lelama atas tu, dah lepas naik, selfie-selfie dulu, then turun lah. Sebab orang ramai atas tu, nak bergambar dekat signboard yg aku pegang dalam gambar ni pun kena beratur ok. Apa kau ingat, nak beli tiket wayang je kena beratur, hahahahah..





Pemandang dari atas bukit ni, sangatlah cantik, tak tipu, kau akan nampak laut yang terbentang luas dengan air yang hijau ditambah dengan pokok-pokok yang menghijau. Terpukau sekejap masa aku pergi haritu. Yelah, pantai Port Dickson ni kau paham-paham jela takat kejernihan air laut dia. Maaflah kalau gambar tak cantik, pakai handphone cap ayam je.huhuhuh.. Masa naik ni, tak plan apa pun, main terjah je, so tup tap tup tap kami berlima yang berjaya naik sampai ke atas. Pergi satu kereta je masa ke sini. Tak jauh pun Nilai nak ke Port Dickson ni, sejam tak sampai. Seawal pagi kitaorang dah gerak ye. Ditambah pulak dengan keadaan hujan, memang sejuk. Sampai-sampai je sana orang memang dah ramai naik dan turun walaupun keadaan gelap dan hujan renyai-renyai.














Sebahagian gambar yang sempat aku simpan dalam PC. Selainnya tak sempat nak selamatkan sebab handphone rosak. Sedihkan. Nak naik sini pun boleh sesat tahu tak. Bila fikir balik kelakar sangat. Tempat dia tak jauh mana pun, tapi sebab salah jalan, so perjalanan nak mendaki bukit ni jadi lambat. Tanya orang tu, tanya orang ni, barulah jumpa jalan nak ke Bukit tu. Lepas je turun terus ke rumah api dekat je. Masa jalan nak turun ke kereta, hujan mengiring perjalanan kami, habis kuyup semua. Kalau pada siapa yang nak pergi, korang carik je ILHAM RESORT, sebab bukit ni sebelah je dengan Ilham Resort. Tempat parking agak kecik sikit, so korang kenalah pandai-pandai cari parking ye.



Sementara kau single ambillah segala peluang yang kau rasa ada untuk diri kau. Sebab apa, mana tahu nanti dah kahwin, kau dah tak ada masa dah nak layan semua tu. Kalau dapat pasangan yang sebulu dengan minat dan perangai kau, Alhamdulillah. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, tak dapatlah kau merasa tu semua. Lain orang, lain pandangan. Tapi itulah pandangan aku. Sebab single kau tak terikat dengan apa-apa yang berat, just fikir diri sendiri je. Macam aku sekarang, aku buat je apa yang aku rasa aku boleh buat. At lease kita dapat merasa sendiri kepuasan dan ada serba sedikit pengetahuan dengan apa yang kita buat, gituuuu.. 



Assalammualaikum..