"PEREMPUAN @ WANITA"
1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
menarik..
Maafkan Aku Kerana Mencintaimu
“Oi!!” Fariz menjerit dari kejauhan. Intan berpaling ke belakang. Dilihatnya kelibat Fariz berlari sambil melambai-lambai ke arahnya. Dia senyum. Senang dengan kehadiran lelaki itu.“Apa hal ni? Terjerit-jerit. Buat malu kat orang je.” Intan mengomel, cuba menyembunyikan perasaan gembiranya.
“Kau ni kan. Aku punyalah penat baru balik dari UK ni. Gila punya semangat lari ke sini nak jumpa kau, kau boleh cakap macam tu pulak. Kecik hati aku tau.” Fariz memuncungkan mulutnya.
Intan tergelak kecil. “UK lah sangat! UKM adalah!” Intan sambung ketawa lagi.
“UK jugak tu. Huh!” Dia buat muka berlagak. Intan buat tak nampak je. Dia memandang jauh ke tengah pantai. Memang cantik betul pantai ni bila waktu petang. Ini port kegemaran mereka berdua. Intan dan Fariz berkawan baik sejak kecil. Mereka berdua berjiran. Dari kecil sampaila ke besar, mereka berdua sentiasa bersama. Ke sekolah bersama, bermain bersama, pergi belajar mengaji bersama, semuanya bersama. Tapi bila dah tiba masa masuk universiti, Intan dapat tawaran ke UUM, manakala Fariz ke UKM. Inilah kali pertama mereka berpisah. Namun, jarak jauh sedikitpun tidak mencalar keakraban mereka. Intan dan Fariz tetap berkawan rapat seperti dulu. Mereka berdua seolah-olah seperti sebuah bulatan yang sangat seimbang, yang tiada siapa pun boleh ikut masuk dalam bulatan itu. Hanya mereka berdua sahaja. Dan Intan sangat senang begitu.
“Aku bawak kawan.” Fariz bersuara perlahan.
“Apa?” Intan tersedar dari lamunan.
“Berangan pulak kau ni. Aku kata, aku bawak kawan. K.A.W.A.N.” Serius betul muka dia masa mengeja kawan tu. Intan gelak. Namun gelak Intan terhenti bila melihat Fariz tiba-tiba tersipu-sipu malu.
“Perempuan ke?” Intan bertanya. Walaupun dia tahu kemungkinan besar jawapannya adalah YA.
Fariz mengangguk. Intan tarik nafas panjang. Cuba menenangkan perasaan yang mula bergelodak dalam hatinya.
“Kawan ke? Entah-entah awek.” Intan buat selamba walaupun tekaknya terasa perit nak menyebut perkataan “Awek” tu.
“Bingo! Haha.. Betulla tu! Tapi bukan rasmi lagila.. Tak declare pun lagi. Aku bawak dia sebab nak tunjuk kat kau dulu. Kau kenala tengok bakal bini aku ni ok ke tak kan. Kau kan bestfriend aku.” Fariz senyum nakal.
Intan mengangguk-angguk perlahan. Dia cuba senyum walaupun terasa pahit. ‘Lupakanlah Intan! Dia tak suka kau macam kau suka dia! Jangan perasan!’ Hati Intan bersuara.
Intan berdehem membetulkan suara yang bergetar sama seperti hatinya sekarang ni. “Dah tu, yang kau datang sini apesal? Pergilah teman dia. Nanti apa pula kata dia.”
Fariz senyum manis, senyum ada makna tu. “Aku nak minta tolong.”
Intan senyum sinis. Faham sangat dah perangai kawan dia sorang ni. “Aku dah agak dah! Apa dia?”
“Aku nak minta tolong. Dia kan perempuan. Takkan nak tinggal rumah aku. Tinggal aku ngan ayah aku je. Tak elokla kan. Kau kan tau Mak aku pergi Tronoh, kakak aku bersalin. Tak lama pun, 4 hari je. Lepas tu dia balik kampung dia pulak. Tolong ek? Tolonglaaa..”
Intan jadi lemah bila dia buat suara manja macam tu. Dia akur je. Orang dah minta tolong, takkan nak tolak pula kan.
********
Baru dua hari, Intan dah makan hati. Fariz asyik datang rumah dia cari awek dia si Alia tu je. Ajak breakfast la, pergi jalan-jalan kat pantai la, pergi pekan la. Dulu, Intan je yang selalu ajak Fariz ke sana ke sini. Fariz kata dia kenal Alia masa jadi fasilitator masa Minggu Orientasi. Alia ni junior dia. Alia memang lain sangat dengan Intan. Lembut, sopan, ayu. Pendek kata semua ciri wanita Melayu terakhir ada pada dialah. Intan ni? Kasar, lasak, ganas, semua ciri-ciri tomboy ada pada dia. Macam langit dengan bumi! Hmm.. jangan harapla dia nak suka kat kau, Intan. Intan mengeluh dalam hati. Yang dia boleh buat sekarang ni cuma jauhkan diri dari Fariz. Mana tau tu dapat bantu dia lupakan Fariz. Harap-harapla.. Tolong aku, ya Tuhan!
********
“Assalamualaikum, Intan!”
Intan dengar suara Fariz beri salam dari luar.
‘Apa lagi dia ni? Kan Alia dah balik kampung dia? Buat apa datang rumah aku lagi?’ Intan merungut dalam hati.
“Intan! Kan Fariz bagi salam tu! Kenapa tak pergi tengok?” Ibu Intan marah-marah.
“Mak cakap jela Intan pergi dating! Intan tak sihat ni.” Intan berdalih.
“Aik? Tadi makan bertambah, boleh tak sihat pulak. Macam-macam budak ni. Yelah, mak cakap kau dating dengan pakwe hensem ye? “ Ibu terkekeh-kekeh gelak. Ibu Intan ni memang sengal sikit. Orang ajak bergurau sikit mulalah dia nak tokok tambah sana sini.
Intan senyum je. Dia sambung baca komik ‘Detective Conan’. Tapi tak tahulah apa yang dibacanya. Terasa kosong je. Macam nilah dia kalau balik UUM. Rasa sunyi. Tapi bila Fariz ada, dia rasa sangat terisi. Tapi Fariz dah tak boleh teman dia lagi. Fariz dah ada teman istimewa. Fariz dah tak sama macam dulu. Fariz bukan kawan yang dulu yang boleh bersama dia setiap masa. Fariz bukan lagi kawan yang dia boleh bergantung harap bila-bila dia ada masalah. Kali ini Intan benar-benar terasa kehilangan. Perlahan-lahan air mata Intan mengalir. Tak lama kemudian dia terlelap. Dibuai mimpi indah bersama Fariz, yang tak mungkin akan kesampaian…
********
Dah seminggu Intan tak bertemu dengan Fariz. Selama seminggu itu bermacam-macam alasan yang Intan beri bila Fariz datang ke rumahnya untuk bertemu. Intan terpaksa sebab dia tak mahu menangis lagi. Cuti semester tinggal lagi 2 minggu. Tapi Intan tak sanggup lagi duduk lama kat kampung ni. Terasa lambat sangat masa berlalu. Esok dia nekad nak balik ke UUM. Biar dia jauh dari sini; tempat yang banyak menyimpan kenangannya dengan Fariz. Dia tekad mahu melupakan Fariz. Biar Fariz bahagia dengan Alia. Dia cuma mampu doakan kebahagiaan Fariz dari jauh.
Malam itu, Intan kemas-kemas barang nak balik ke UUM. Tengah kemas-kemas barang, ibunya masuk ke bilik. Intan senyum tawar lalu meneruskan kerjanya.
“Taulah frust bercinta pun, janganlah sampai nak bawak diri.” Ibu Intan bersuara. Intan pandang mak dia seminit dua. Dia bangun dan duduk di sebelah ibunya. Tanpa berkata apa-apa, dia terus memeluk ibunya. Air matanya mengalir laju. Intan terasa lemah sangat sekarang ni. Hanya ibunya yang dia ada sekarang ni.
“Sabarlah. Mungkin Fariz tu bukan jodoh Intan. Mak percaya, anak mak sorang ni akan dapat jodoh yang baik satu hari nanti. Mak doakan.” Ibu Intan mengusap-usap belakangnya. Intan terus-terusan menangis. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sebaik melihat nama yang terpampang di skrin, Intan terus beri telefon itu pada ibunya.
“Sampai bila Intan nak mengelak? Jawab jela. Kesian Fariz tu. Seminggu ni mak dok kelentong macam-macam kat dia sebab Intan tau? Takkan nak suruh mak kelentong lagi. Jawab je.”
Intan angguk perlahan. Dia kesat air mata, tekan punat di telefon dan pekap ke telinga.
“Hello, assalamualaikum.” Intan beri salam.
“Waalaikumussalam. Intan! Apsal suara kau serak semacam je ni? Demam ke? Aku datang sekarang!” Cemas betul dia. Apsal nak risaukan aku pulak? Intan naik menyampah walaupun dalam hati dia gembira bila Fariz risaukannya.
“Tak. Tak payah datang. Aku baru makan ubat ni. Mengantuk, nak tidur.” Intan menipu lagi. Entah berapa banyak kali dia buat dosa free ni.
“Betul ke.. Umm, sibuk betul kau sekarang ye. Seminggu dah kita tak jumpa. Rumah dekat-dekat pun susah nak jumpa. Kau tak rindu kat aku ke?” Suara Fariz merendah bila sebut perkataan ‘rindu’ tu. Macam sedih je. Sedih ke? Takkanlah!
Rindu! Intan menjerit tapi cuma dalam hati. Buat apa dia nak kata rindu pada teman lelaki orang lain? Gilalah kalau Intan buat macam tu.
“Umm, tak. Tak rindu pun. Haha..” Intan ketawa hambar. Dia dengar Fariz mengeluh. Kenapa?
“Yalah, orang tu dah ada pakwe kan. Hensem pulak tu. Mana nak ingat kat aku dah.”
Pakwe? Oh, yalah. Baru dia teringat dia minta ibunya beritahu Fariz macam tu. Intan cuma senyap je. Tak tau nak cakap apa.
“Umm… Kenapa senyap? Siapa pakwe kau tu? Aku kenal ke?”
“Kenal. Kenal sangat.” Intan bersuara.
“Siapa?” Laju je Fariz bertanya.
“Hmm… Dia kawan baik aku sejak kecil. Kawan susah senang aku. Dialah yang teman aku pergi balik sekolah, teman aku curi mangga dekat kebun Pak Dolah, teman aku pergi kelas mengaji sebab aku takut nak jalan sorang malam-malam. Dia yang tolong cover aku masa arwah abah marah aku curi mangga kat kebun. Habis berbirat belakang badan dia masa cuba lindung aku dari kena rotan dengan abah. Itupun dia masih pujuk aku yang menangis takut walaupun belakang badan dia sakit kena pukul. Tapi dia sikitpun tak mengeluh. Aku jahat ke, baik ke, dia sikit pun tak kisah. Dia tetap kawan dengan aku. Dia jugak yang tolong dukung aku balik masa aku jatuh kat papan gelongsor kat taman permainan masa kecik dulu. Walaupun aku ni berat, dia sikit pun tak merungut. Dia memang baik sangat dengan aku. Dia selalu ada untuk aku bila aku perlukan dia. Sebab tu aku suka sangat kat dia. Dia…”
“Kau cerita pasal aku ke?” Fariz potong cakap Intan. Intan macam tersedar dari lamunan bila dengar Fariz cakap macam tu. Dia pekup mulut. Ya Allah, aku dah terlepas cakap! Intan berdebar-debar. Apa dia dah buat ni?
“Err.. Emm.. Fariz, aku mengantuk. Nak tidur, bye.” Intan matikan panggilan dan terus matikan telefon bimbit. Dia dah cakap dia suka Fariz!! Aaaaa apa aku nak buat ni?!! Malu, maluuuu!! Intan pekup muka dengan selimut. Tapi sikitpun dia tak boleh tidur. Jantungnya rasa macam nak meletup sekarang ni. Biarlah, esok dia nak balik UUM dah. Lepas ni dia tak perlu jumpa Fariz lagi. Minta-minta Fariz lupakan je apa yang dia cakap tadi. Tapi mana mungkin dia lupa! Argghhh macam mana ni???
*********
Pagi itu Intan bersiap-siap nak ke stesen bas. Intan tarik bagasi ke teksi yang menunggu di depan rumah. Tiba-tiba terasa bagasinya semacam tersangkut sesuatu. Batulah ni! Orang nak cepat ni macam-macam hal pulak jadi. Intan yang tengah geram cuba tarik bagasinya sekuat hati. Tapi tersangkut juga. Dia paling ke belakang. Terkejut dilihatnya Fariz sedang memegang bagasinya. Muka Fariz nampak serius betul. Pertama kali Intan tengok muka Fariz macam tu.
“Kau nak pergi mana ni?” Fariz bersuara.
“Balik U la. Balik mana lagi.” Intan jawab endah tak endah.
“Tak cakap dengan aku pun.” Fariz mengeluh. “Intan… Kenapa off handset semalam. Risau aku tau.”
“Aku mengantuk. Kan aku dah kata semalam.” Intan tunduk. Sikit pun tak berani bertentang mata dengan Fariz.
“Umm.. Kau.. Kau suka aku ye? Kau suka aku kan?” Fariz bersuara. Intan senyap je. Dalam kepala dia sekarang ni tengah fikir nak balik UUM je.
“Intan… Janganlah macam ni. Cakaplah…”
Intan senyap.
“Intan…” Fariz bersuara lagi.
Intan tarik bagasi dari tangan Fariz dan terus berjalan ke teksi. Fariz halang Intan dari buka pintu teksi. Intan naik bengang dengan Fariz. Apa lagi ni?!
“Kau ni kenapa?! Kalau aku suka kau pun aku boleh buat apa?! Kau dah ada Alia kan? Aku tak nak jadi perempuan jahat semata-mata sebab aku suka kau. Tolonglah Fariz. Biar aku pergi…” Suara Intan mula merendah. Air matanya dah bergenang. Tunggu masa je nak mengalir.
“Aku dengan Alia tak ada apa-apa. Kan aku kata aku tak declare dengan dia pun lagi. Mula-mula memanglah aku rasa aku suka dia. Tapi bila keluar dengan dia hari tu aku rasa macam ada yang kurang. Rasa macam kosong sangat. Bila dengan kau, aku tak pernah rasa kosong macam tu. Bila mak kau kata kau ada pakwe, aku rasa cemburu sangat. Aku nak aku je lelaki yang ada dalam hidup kau. Masa kau sibuk, selalu takde bila aku cari, aku rasa kehilangan sangat-sangat. Masa tu baru aku sedar yang aku sebenarnya sukakan kau. Aku perlukan kau Intan. Aku tak pernah perlukan orang lain sebanyak aku perlukan kau. Jangan pergi ya?” Intan pandang tepat ke mata Fariz. Betul ke apa yang dia dengar ni? Air mata Intan mengalir. Makin lama makin laju. Tak berhenti-henti.
“Ehh.. Janganla menangis. Kau tak jadi balik kan? Jangan balik ya? Aku rindu…”
“Penat aku packing barang tau tak?” Intan gelak kecil. Dia kesat air matanya. Dia pandang tepat ke muka Fariz. “Dua minggu lagi start sem baru, kau nak mengorat junior lagi tak?”. Fariz senyum. Dia geleng-geleng kepala kemudian mereka tertawa serentak. Intan terasa sangat bahagia saat ini. Dia bersyukur Fariz masih lagi ada untuknya. Terima kasih Tuhan atas bahagia ini. Terima kasih!
harus dan perlu
assalammualaikum semua..
hari nie da ari sabtu, esok hari ahad lak n luse hari...haaaa..hari ape wei..hari aku nak nikah ke..hahahaha...xdela..hari ISNIN bersamaan 23/4/2012, dimana aku n kawan2 seangkatan dengan aku akan menduduki peperiksaan akhir utk sem 3..hari yg dinntikan oleh kami warga PSP..hahaha..bile sampai nye hari nie, sume ape yg dibuat pasti xkene..otak masing2 tepu dgn subjek masing2..n termasuk la aku dan kawan2 seangkatan dgn aku..grrrrr..hari pertama aku exam mmg best paper die..LAW!!!! mmg aku sgt2 menyukainye..terlalu menyukainya...LAW luv u..hahahaah..otak aku da xdpt nak menampung segala seksyen n kes yg sedia ada dlm chapter 1-7..Alhamdulillah, sbjek law dibuat pada first day..xde la aku nak pkir da pas amek paper nie nnti..hahaha..yg penting usaha mesti ada..
ok..seterusnya..,hari SELASA bersamaan 24/4/2012, dimana aku n kawan seangkatan aku mengambil paper MARKETING..paper nie aku xde la risau sgt..tp aku xpandang remeh tau kat paper nie..walaupon PB aku blh la, tp aku still kene pulon lg time exam nnti..aku nak pointer aku naik sem nie..sbjek nie aku blm bace pape lg, sbbnye aku sibuk dok bace LAW yg tercinta..pape pon yang penting usaha mesti ada..
lepas abes 2 ketas..aku n the geng diberi cuti selama seminggu..tp bukan cuti sem ok..cuti kejap je..lps 2 ade paper balik..hari ISNIN,bersamaan 30/4/2012..paper seterusnya berjalan semula..kali nie sbjek BANKING..banking? aku xtau la nak ckp mcm mne dgn sbjek nie..insyaALLAH aku blh buat..yang penting usaha mesti ada.
hari2 yang ditggu iaitu paper last akan berlangsung..2/5/2012 bersamaan hari rabu.. paper last yang bakal diambil pada hari tersebut ialah paper BUSINESS MANAGEMENT.sbjek nie pon aku xblh nak ckp sgt..aku akan cube buat yang terbaik untuk sem nie..Alhamdulillah, PB aku xde la teruk sgt..yang penting usaha mesti ada..
haaaaa..korg pasan x, setiap entry aku, msti ade ayat nie *yang penting usaha mesti ada*..klau usaha xde, mcm mne kita nak buat semua 2..btl x? aku xde la nak ckp yg aku nie stdy 24 jam..kdg2 ape yang aku stdy 2 blm tntu aku dapat ingat time exam nnti..insyALLAH,klau kite ade usaha, ALLAH pasti permudahkan segala urusan kita..mcm gamba baby kat atas 2, dioa ade usaha untuk berjalan..usaha itu akhirnya membantu dia berjalan dgn senyuman terukir dibibir.
Usaha yg gigih adelah penting untuk menjana masa depan seseorg..jgn cepat putus asa dengan ape yang dihadapi.selagi kita terus berusaha, selagi 2 kita mampu perolehi kemenangan n kejayaan..
memohon kepadaNYA untuk permudahkan segala urusan kita..InsyALLAH, segala nya berjalan dengan aman dan lancar..
pilihan ditangan anda..
Assalammualaikum..salam petang sume..ari nie ari kedua aku duduk dalam situasi yang agak menyedihkan hati n perasaan aku nie..aku sekarang didlm lema..aku xtau mcm mne nak btl kan keadaan nie..aku sendri xfaham. markah penilaian berterusan law aku..sgt2 menyedihkan..dapat je tgk markah tadi, hati nie trs nak nangis..tapi untuk ape?untuk ape dayah? knp sblm nie xnak pkir 2 sume,knp dayah? *aaarrrggghhh..aku tension gile*..aku xnak carry sem nie..mcm tajuk entry nie. pilihan ditangan anda..so, aku kene la buat yang terbaik, kalu xnak carry subjek nie..tp aku xblh nak trskan..law bg aku berat..
dalam hal nie, aku kene buat jgk..pilihan ditangan masing2..same ade nak lulus n nak gagal je..kalu nak lulus kene la study..klau nak gagal, xpyh study..aduhhhhhh..berat nye..aku nak menangis air mate darah pon mmg xblh nak ubah ape2 da..nak xnak time exam nnti. kene struggle btl2..nak dapatkan 20% 2 pon berat bg aku..tp aku kene usahakan jgk..aku mesti boleh buat..
niat "cinta law" msti ade.."law senang je"..thing positif dayah..jgn thing negetif...selagi ko mmpu dayah, ko trskan..arrrrgggghhhh...nak nangis...:-(
sedih nye..tapi insyALLAH..aku pasti blh buat..InsyaALLAH..
*NURHIDAYAHMESTIBOLEHBUATEXAMNANTI..:-)
*THINGSPOSITIF..:-)
hati mane yang xrisau.
assalammualaikum sume..slmt mlm..:-)..da lme xmenaip, so mlm nie aku nak mule kan menaip semula la ye..hahah.. ok, mlm nie tajuk cite aku sedih skit..korg pon msti rase sedih jgk kan time nmpk je tjuk cite aku nie..(andaian sendiri..heheh) tp series tjuk aku mlm nie mmg sedih bagi aku..
MUHAMMAD HIQMAL ADLI BIN AZMAN..name anak buah aku yang baru lahir..die lahir same bulan dgn aku..tapi tarikh je xsame..die 26 aku 20..seminggu je jarak nye..heheh,.dari first die lahir mmg ade mslh skit..mase lahir je, trs masuk bilik berasingan dari mama die..die kene thn wad seminggu kot, abg n akak die sblm nie, 3 ari je kat hsptl,pas 2 da boleh balik..kesian hiqmal..dari first die lahir, aku blm lg jumpe die, cume dari gambe jela..aku mmg da xsabar nak balik uma nak tgk anak buah aku yang baru 2..hiqmal tggu cik mok balik ea..tggl bape ari je lagi cik mok nak balik..xsabar nye nak jumpe hiqmal..:-)..hiqmal sakit..sakit die effect seumur hidup..walau pon nmpak mcm xseries, tp klau xpantang mmg bahaye..tadi abg ipa aku bgtau yang hiqmal masuk hospital..sbb nye die kene jangkitan paru2..YA ALLAH, trs hati nie diselubungi rase tak tenteram.tapi abg ipa aku bertindak cepat..keadaan hiqmal xteruk..tapi still kene thn kat hospital, harap2 esok luse hiqmal blh kuar la..xnak da tgk die asik kua masuk hospital..kesian kat die..
hiqmal tggu cik mok balik tau dik..lagi 3 minggu cik mok balik..last paper trs cik mok balik, sbb cik mok da xsabar nak jumpe hiqmal yg comel...
MUHAMMAD HIQMAL ADLI BIN AZMAN..name anak buah aku yang baru lahir..die lahir same bulan dgn aku..tapi tarikh je xsame..die 26 aku 20..seminggu je jarak nye..heheh,.dari first die lahir mmg ade mslh skit..mase lahir je, trs masuk bilik berasingan dari mama die..die kene thn wad seminggu kot, abg n akak die sblm nie, 3 ari je kat hsptl,pas 2 da boleh balik..kesian hiqmal..dari first die lahir, aku blm lg jumpe die, cume dari gambe jela..aku mmg da xsabar nak balik uma nak tgk anak buah aku yang baru 2..hiqmal tggu cik mok balik ea..tggl bape ari je lagi cik mok nak balik..xsabar nye nak jumpe hiqmal..:-)..hiqmal sakit..sakit die effect seumur hidup..walau pon nmpak mcm xseries, tp klau xpantang mmg bahaye..tadi abg ipa aku bgtau yang hiqmal masuk hospital..sbb nye die kene jangkitan paru2..YA ALLAH, trs hati nie diselubungi rase tak tenteram.tapi abg ipa aku bertindak cepat..keadaan hiqmal xteruk..tapi still kene thn kat hospital, harap2 esok luse hiqmal blh kuar la..xnak da tgk die asik kua masuk hospital..kesian kat die..
hiqmal tggu cik mok balik tau dik..lagi 3 minggu cik mok balik..last paper trs cik mok balik, sbb cik mok da xsabar nak jumpe hiqmal yg comel...
sy la hiqmal adli..
time nie hiqmal da balik uma
gamba terbaru hiqmal..hiqmal da mkn nestum
bulat kan..heheh
*harap segalanye berjalan lancar..:-)
dimana!!!
4 petanda Anda tidak yakin pada diri sendiri:-
1. Anda takut mencuba.
Mencuba adalah melakukan sesuatu buat pertama kali. Anda takut mencuba sebab Anda ragu. Bila Anda sudah tidak mahu melakukan apa-apa untuk mencuba serta memilih untuk kekal sebegitu, keyakinan diri Anda langsung tidak ada. Keyakinan diri tetap tidak akan ada selagi hal ini belum diubah.
2. Anda sangsi pada kebolehan diri Anda.
Anda sangsi pada kebolehan diri sebab Anda taksub pada kebolehan orang lain. Anda nampak orang lain lebih berkaliber daripada diri Anda sehingga Anda sendiri mempersoalkan di mana kebolehan Anda. Anda merasa tidak yakin kerana kebolehan orang lain yang Anda nampak tu jauh lebih tinggi, terasa bagai mustahil untuk Anda menyamai kebolehannya. Maka, Anda tak nampak di mana kekuatan Anda.
3. Anda terlalu banyak minta pendapat orang lain, kurang mendengar suara hati sendiri.
Apabila terlalu banyak meminta pandangan orang lain, Anda akan jadi ‘konpius’ kerana menerima berpuluh pendapat berlainan hingga menyebabkan Anda tidak yakin pada diri sendiri. Meminta pendapat itu boleh, tapi biarlah untuk Anda mencari idea baru sebagai pelengkap kepada idea yang Anda telah fikirkan.
Perangai meminta pendapat jika dilakukan berlebihan akan membuat Anda hilang keyakinan sebab Anda menyerahkan nasib hidup Anda untuk ditentukan oleh orang lain melalui pendapat-pendapat mereka. Anda bagaikan tidak tahu ke mana arah yang mahu dituju.
Kekadang ada orang suka memperbodohkan Anda dengan memberi pendapat palsu. Hati-hati dengan orang sebegini.
Dengarlah suara hati Anda. Roh Anda tahu apa yang terbaik untuk diri Anda di iringi panduan ilham dari Tuhan.
4. Anda banyak mengutuk diri sendiri.
Anda manyumpah-nyumpah diri sendiri sebab melakukan kesilapan. Anda sukar menerima kesilapan. Anda merasa malu, kecewa, hampa. Perasaan ini terperap dalam di minda Anda berbulan-bulan lamanya.
renung2 la dan fikir la dimana kita letak keyakinan diri kita..
Subscribe to:
Comments (Atom)


.jpg)

