Akhirnya.. part ke-2 berjaya aku hupdate..horeeyyy..so, sape yang terlepas part pertama, boleh lah korang tengok dekat blog archive aku kat sebelah kanan blog k, tu pun kalau nak tengok la, kalau tak nak tengok, dah..abaikan..
part yang kedua nie aku nak cerita raya pertama dekat rumah mak abah aku.. yela, tak aku nak cerita raya pertama dekat rumah mak mertua aku pulak, kawin pun tak lagikan..hadoiii..entry untuk raya dekat rumah mak mertua mybe 3-4 tahun lagi kot, agak-agaknya lama lagi tak?? hahahaha, rileks la, umur muda lagikan dan baru je mula kerja, duit untuk diri sendiri pun tak cukup lagi, nie kan pulak nak kawin cepat, celah mana aku nak cekau duit tu semua,da lah belanja sekarang mahal, lain lah kalau duit tu jatuh dari langit bila aku nak guna..kan senang..hahaha..xpayah nak buat cerita ngarutlah weii..duit tak kan datang bergolek hokey..
tema tahun nie warna biru..tak cadang pun nak tema warna nie, tapi bila fikir-fikir balik, yang perempuan kan dah ada baju kain warna biru"seperti di gamba", why not aku cari baju lelaki yang warna sama jugak, so, dah bajet dekat situ, sebab tinggal cari baju untuk lelaki je, tak payah lah aku dan mak aku nak keluarkan bajet untuk cari baju untuk perempuan..hohoho..baju aku sama corak dengan mak dan akak aku sebab baju nie disponser oleh kakak aku yang no dua..so, tahun nie memang aku takde beli kain pun untuk buat baju raya. yang lelaki pulak, aku dan abang aku yang no 4 "no 1 belah kanan" cari hari jumaat petang dekat nilai, sebab sabtu kiteorang dah gerak balik rumh lui. bila carik baju dengan abang aku yang nie, YA ALLAH, bukan main susah dan cerewet lagi dia..itu tak kena, ini tak kena..ada je yang tak kena..yes, dia memang orang yang jenis memilih sikit, mungkin sebab tu sampai sekarang dia takde awek lagi kot..hahahaha..so sape-sape yang nak try abang aku nie, tinggalkan komen kat bawah k..hahaha, promot lak pulak.. ok, tahun nie kami tak beraya 6 orang je, sebab tahun nie giliran abang aku yang sulung beraya sama dengan kitaorang..so meriah la sikit rumah nie dengan suara anak buah aku, walaupun dua orang je.
ok. nie abang aku yang sulung satu family..mata memasing tah kemana, yela camera banyok sangat..kan retis pepagi raya nie..muahahahaha..merahnya mak ngah..hahhaa..tema diorang satu family merah..
merah+biru..gamba kami satu family, tapi disebabkan juru gamba ea takdo, so gilir-gilirlah abang-abang aku amek gamba..yang penting gamba aku wajib ada.,.hohohoho..
sesi bermaaf-maafan..mak macam tak rela je kena cium dengan aku..muahahahaha..ampun dan maaf dipita.. luv u mom..gamba dengan abah tak sempat amek, tapi abah lah orang first yang aku salam..love both of u..
buah hati jantung limpa aku.hehehehe..ok, kalau tengok gamba korang tahukan aku mostly ikot genetik abah aku..so, tak payah tanya pape dah lepas nie..
suka ria dipagi raya..bukan senang nak amek gamba pakai baju full macam nie..susah ok, susah..
yang nie pulak family akak aku..aku curik dari camera dia..hahaha..moto pun nak tumpang sekaki ke..hahaha..
yang nie pulak abang aku no 3 dan isteri dia..masih lagi berdua..belum ada rezeki lagi..macam mana dia boleh ada dekat rumah akak aku? begini ceritanya..hahahaha.. time nie dia baru sampai dari perak..dia beraya rumah mertua dia. lepas da abes raya sana, dia terus shut balik n9 pulak dan singgah dulu rumah akak aku..dan bergamba lah diorang kat situ..
ok.da finish da cerita bab part ke-2 nie..
walaupon kami tak beraya sama raya pertama tu, tapi kami semua tetap berkumpul satu family keesokan harinya..
kalau da kumpul satu family, memang meriahlah rumah En.Paiman dan Pn.Minah tu..riuh sekampung
bukan rayalah kalau bunyi mercun tak kedengarankan..sepanjang hari dengar bunyi mercun pam pum pam sana sini..termasuklah rumah mak abah aku jugak..meriahkan lagi suasana hari raya katakan..hahahaha..
OK.bye..



















