Pejam celik pejam celik dah masuk 2015, kejap je rasa duduk dalam tahun 2014. cepat betul masa ni berjalankan. rasa macam semalam je baru masuk 2014, tup-tup sekarang dah 2015. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk terus bernafas dibumi yang sementara ni. makin meningkat tahun, bermakna umur aku pun turut meningkat, tapi still muda lagi hokey..hahaha..masuk bakul angkat sendiri la ye,pun boleh. so, korang tahun baru ni apa azam baru? apa impian korang semua?? impian 2014 korang dah tercapai ke semua? bagi aku tahun 2015 ni tak ada apa yang special, sama je macam tahun sebelum ni, cuma satu je yang aku nak, aku nak terus pandang ke depan dan tak nak dah tengok belakang. sebab yang lepas terlalu sakit untuk aku ingat balik. yang lepas buat aku hilang arah, yang lepas buat aku hidup dalam bayangan, yang lepas buat aku down teramat sangat, yang lepas terlalu perit dugaan yang aku lalui, yang lepas buat impian aku berkecai dan cuma satu, yang lepaslah ajar aku erti kehidupan. dan yang pasti 2015 ni aku semakin bangun, bangun dan bangun. keluarga tujuan utama aku.
ok, dah.. cukup cerita pasal tahun dan impian bagai.. sekarang kita berbalik pada tajuk sebenar entry kali ni.Kahwin!!! Alhamdulillah, tahun 2014 ramai kawan-kawan aku yang dah tamatkan zaman bujang diorang. tahniah korang, semoga berbahagia hingga ke jannah. memang ramai kawan sebaya aku yang kahwin tahun ni, tapi aku hanya sempat pergi wedding kawan kelas (zaman sekolah menengah) je, biasalah disebabkan kekangan masa la katakan..busy memanjang, kalah menteri..muahahaha..budak kelas aku empat orang yang kahwin tahun ni, dua darinya adalah geng aku. dan wedding diorang jela yang dapat aku pergi, sebab dia geng aku kan..hahahaha.. ok, bukan tu sebabnya ye,yang sorang kahwin time aku konvo, memang tak dapat lah kan nak datang, yang sorang lagi buat kat johor, jauh, so memang tak dapat nak pergi, yang geng aku nie pulak,kebetulan tarikh dia ok dengan cuti aku dan tak jauh, so dapat lah aku pergi. walaupun aku tak dapat pergi wedding korang, tapi doa aku selalu ada untuk korang. moga korang bahagia bersam tersayang k.
ayu dan acul..budak kelas aku dan geng aku. bercinta dari zaman sekolah. Alhamdulillah, bersatu jugak korangkan. kampung memasing dekat je, depan hidung..hahaha. dia lah yang first kahwin dalam geng aku. aku tak ingat lah tarikh dia, tapi bulan dia aku ingat. bulan 5, tahniah ayu. InsyAllah, tahun ni bertiga..:-)
'SAH'..dengar je pekataan tu, hati ni gumbira bukan main kan.. aku yang tak nikah lagi ni pun excited lagikan pulak yang dah nikah.. shiera dan iwan.. Alhamdulillah, wedding dia lah yang tak dapat aku pergi sebab tarikh dia sama dengan tarikh konvo aku, bulan 9 ituhari,dia kahwin dengan orang sekampung, so senang nak balik tak bergaduh.. insyAllah, tahun nie pun bakal bertiga..ok, bertambah lagi anak buah aku..muahahah
suhana dan haffiz.. ni lagi sorang geng aku. dulu dia ni ramai yang minat, yelah orang lawa kan. zaman sekolah ramai dia pasang, kejap orang tu, kejap orang ni. jeles jugak kekadang, ok tipu..Alhamdulillah, kahwin dah dia. aku suka dengan story cinta diorang, diorang bercinta lepas nikah, sweet sangat. aku pun nak macam dia jugak la..muahahaha..insyAllah.. satu hari nanti..dia kahwin bulan 11. baru je lagi..masih panas dan hangat..ahahaha..sori sue..
ok, penutup wedding budak kelas aku.. hanim dan noh. merahnya makngah. empat-empat orang budak kelas aku yang kahwin, dia sorang je yang kahwin sebaya. satu sekolah jugak. aku kenal lah jugak laki dia tu, tapi kenal macam gitu jela.. tak sangka pulak diorang dah kahwin. tak tahu lah bila mas diorang bercinta sebab masa zaman sekolah dulu tak pernah pulak tahu cerita pasal diorang ni.. tulah dinamakan jodoh. benda yang tak pernah disangka, akhirnya jadi kenyataan..kuasa Allah kan. dia nie pun fresh lagi.. bulan 12 aritu kahwin. dan dia lah yang buat kenduri kat johor tu.
penutup bagi tahun 2014..dari jempol ke batu pahat. demi dia, aku sanggup cuti hari sabtu tanpa gaji.takpelah, demi sebuah persahabatan kan. aku dengan dia kawan dah lama, dari zaman budak lagi, dekat 10 tahun jugak lah kawan. tapi kitaorang kawan dalam alam maya je.. kalau korang nak tahu selama 10 tahun berkawan tu, tahuh lepas lah fisrt time kitaorang jumpa. tu pun masa wedding kak ketot a.k.a kinah dan wedding dia ni pulak kali kedua kitaorang jumpa. dalam 10 tahun,cuma dua kali je jumpa. tapi Alhamdulillah, persahabat kami kekal sampai ke hari ni, insyAllah kekal untuk selamanya.
tahniah abg iz dan kak fara..sesuai, padan dan awesome..masa kenduri belah abg iz, tak sempat nak ambil gambar diorang berdua, so aku curik gambar dekat belah perempuan.muahahaha..maafkan saya ye sebab curik gamba tanpa izin, tapi dah bagitahu kat sini, kira mintak izin lah jugak kan..hahah.. masa wedding belah abg iz, aku tak pergi sorang..aku pergi dengan akak ketot a.k.a kinah dan suami dia. sebabnya kak ketot pun kawan jugak dengan abg iz ni..kalau aku nak ceritakan kisah dia macam mana kami ni boleh berkawan, kang silap hari bulan boleh jadi buku pulak cerita aku ni, so siapa nak tahu cerita yang lebih lanjut, sila wasap aku ye..nombor seperti yang tetera (012-3456789) muahahah..
nah, aku belanja sekeping.. kak ketot vs aku..mana lagi awesome..hahahaha.. sehari sebelum pergi tu, macam biasalah bincang pukul berapa nak gerak. disebabkan kampung aku dekat johor, so, aku dapat agak berapa jam perjalanan, yelah sebab dah selalu balik kampungkan. lagipun kenduri dekat johor ni, time nak tunggu pengantin bersanding memang lambat.. dalam 2.00-3.00 baru pengantin nak berarak..macam aku ni, dah tahu situasinya macam tu, so aku pun cakap lah kat kak ketot ni, yang kita boleh gerak dalm pukul 9. ok, tapi dia punya gelabahnya tu, macam johor tu jauh sangat..ada ke patut nak gerak pukul 7 pagi, tah pape..hahaha..aku ikut kan aje.. bila sampai masanya nak pergi, tetiba handset aku bunyi menandakan ada wasap masuk.." mok, dah siap ke, kita gerak lambat sikit lah ye, laki aku baru bangun".. ok, fine dah agak dah..nasib lah aku ni tak siap apa lagi,,sebab paham dah janji melayu ni macam manakan..maaf kak ketot, aku ter'mengata' kau pulak..hahahhaha.. dalam pukul 9 jugak lah kitaorang gerak menuju destinasi.
taraaaaa... bergabunglah kami..diorang berdua dah selamat dah..Alhamdulillah..insyAllah, aku bakal menyusul.dan yang pasti aku nak kahwin bulan 12 jugak, sebab diorang berdua kahwin bulan 12, tarikh diorang pun beza sehari je..ok jeles..hahahaah.. masalahnya, ada ke yang nak kahwin dengan aku ni..insyAllah, satu hari nanti. rindulah korang berdua.. rindu sangat-sangat.. semoga persahabatan kita kekal ye abg iz & kak ketot.. wedding aku nanti jangan korang tak datang pulak..kalau tak datang, aku tak dah kawan korang..haa,, amek, ayat kejam..ok, gurau..
Alhamdulillah, selamat dah semuanya..tahniah kawan-kawan aku semua..aku doakan semoga korang berbahagia hingga jannah, kekal selamanya dan dapat menyempurnakan satu sama lain..love u all..ok, nak bagitahu sikit dekat sini, yang gamba korang tengok nie semua aku ambil dekat fb memasing..maafkan saya amek gambar tanpa kebenaran, tapi niat aku bukan nak apa-apakan korang, just nak share cerita je.. disebabkan laptop aku dah tak boleh nak hidup, maka jalan lain terpaksalah aku ambil gambar dekat fb korang semua.ampun ye semua..tahun barukan , 0-0 ye..:-)
Last but not least..insyAllah, sabarlah duhai hati, satu hari nanti sampai masanya. Allah dah tentukan segalanya dari dalam rahim lagi. kita merancang, tapi Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.. Doakan aku sekali ye kawan-kawan..semoga dipermudahkan segala urusan.
ok, Assalammualaikum.







