Assalammualaikum semua,
Sebut je perjumpaan 3 penjuru ni, mesti korang teringat balik zaman-zaman sekolah dulukan.. yela, perjumpaan antara parents, cikgu n anak murid.. kalau zaman sekolah rendah, cikgu bagi surat pemberitahuan, kalau sekolah menengah pulak cikgu yang bertugas umumkan kat perhimpunan waktu perhimpunan pagi tentang adanya perjumpaan tersebut. selalunya perjumpaan 3 penjuru ni nak ambil 'report card' atau lebih dikenali nak tahu result peperiksaan.bila tahu je ada perjumpaan 3 penjuru ni memasing tak senang duduk, yela takut tengok keputusan sendiri..yang keputusan ok, selamat lah, yang tak ok, tunggu jela masa nak kena sound dengan parents dekat rumah..hahah..teringat balik zaman-zaman lepas..kalau boleh ulang, memang aku nak ulang, sebab terlalu banyak kenangan masa tu.
ok, btw berbalik pada cerita asal.sebenarnya perjumpaan 3 penjuru dalam entry kali ni bukan nak buat perjumpaan antara cikgu, parents & pelajar ye, tapi perjumpaan 3 orang budak comel yakni muna, fifi dan yang paling comel adalah aku..hahahaha..angkat bakul, masuk sendiri.. Alhamdulillah, akhirnya Allah pertemukan kami semula. dengan si muna nie kali terakhir kita orang jumpa masa hari terakhir dekat poli..lepas tu tak jumpa-jumpa dah. konvo pun tak dapat jumpa sebab diorang tak datang disebabkan masalah peribadi diorang. yang si fifi ni ada jugak lah jumpa, nak tahu jumpa kat mana, baca entry nie sampai habis k. kira perjumpaan kali ni macam reunion kecil-kecilan lah gitu..
taraa..nah gambar kami bertiga.. masa ni tak ingatlah sem berapa..sem 2 kot. zaman gonjeng-gonjeng..hahah..papepun, yang lepas lah sebenarnya lagi indah dari sekarang..dan yang lepaslah buat kita semua ni lebih dewasa.
kalau diikutkan, ramai lagi yang nak join dan semuanya budak-budak kelas zaman belajar poli, tapi disebabkan last minit memasing adahal, so kami bertiga jela yang jumpa. tu sebab tajuknya perjumpaan 3 penjuru..khakhakha. walaupun 3 orang je, tapi bila dah jumpa tu macam sekampung riuhnya..biasalah, kami ni memang banyak mulut.. cakap pun bukan reti pelan-pelan..kalau boleh nak bagi semua orang dengar apa yang dicakapkan tu..aisyhhh, macam-macam..
memang kami dah rancang nak keluar hari-hari sekian, tapi tak rancang waktu yang betul untuk keluar disebabkan beberapa pekara, cehwaaa..hahahaa..tiba hari kejadian, dok wasap-wasap dengan muna, macam mana nak jumpa sebab dia ni takde kenderaan..nak jemput dia pun satu hal, sebab handset aku xde internet yang kuat untuk waze ke tempat dia. wasap punya wasap, akhirnya aku mengalah untuk ambil dia walaupun jalan tak tahu..konon-konon nak main redah jela..tengah siap-siap, tetiba teringat yang akak aku ada GPS, so aku dengan tak malunya mintak izin nak guna benda alah tu..hahahaa..kalau lah aku ingat dari awalkan senang..satu masalah lagi, nak set tempat dia tak boleh, sebab kawasan dia tu taman baru..punyalah lama aku carik sampai naik fedup dibuatnya.. sudahnya aku carik jela 'main' kawasan dia tu..senang, so aku pun teruslah ke tempat yang dituju..dekat pukul 3 lebih jugak lah aku sampai sana.tak susah mana pun rupanya taman dia tu..
bila nampak je batang hidung muna nie, terus jerit macam orang kena histeria..hahahaha..bermulalah aksi peluk meluk cium bagai..aisyhhh, jangan pikir bukan-bukan naa..kami normal..hahahahaha... muna ni dari penang, datang kL semata-mata nak jumpa aku, ok perasan..hahaha..dia stay kajang rumah abang dia.masa ni dia tengah cuti sem, so berjalan sakan lah dia..dah habis babak peluk meluk cium bagai, aku terus ke tempat sorang lagi member aku nie, si fifi. dia asal kelantan, tapi tercampak dekat klang sebab keja punya hal..takpelah,bila lagi nak merantau negeri orangkan.. sepanjang kesana, berceloteh lah aku dengan muna ni..gelak manjang..muna..muna..jalan punya jalan, sampai lah aku dekat destinasi seterusnya..
satu je motif aku nak ke tempat fi ni sebenarnya, hahaha,,apakah???aku nak makan kfc free..hahahaha..ok, untuk pengetahuan korang, si fifi ni manager kfc dekat Aeon Big Klang..dulu dia training dekat NU Sentral, sebelah dengan bangunan projek aku, 1 Sentrum.. so, pernahlah jumpa dia.. tapi tak selalulah jumpa..sebab dia kerja shif. kalau da free boleh lah jumpa, kalau tak free, taklah jumpa.
takyah cakap lah beli ke dapat free kfc tu sebab sememangnya jawapan dia dapat FREE!!! sebelum sampai tu siap-siap wasap fifi, suruh standby kfc siap2..hahahah..kejamkan ada kawan macam ni. sampai je sana, terus disambut oleh senyuman fifi di pintu kfc..masuk je dalam kfc, terus dia tanya nak makan apa..aku dengan muna pun senyum bukan main lebarlah.. dah pilih makanan, tanya dekat fifi, kena bayar tak? buat-buat tanya je, padahal dah tahu..senyum sampai telinga..bhahaha..terima kasih fifi.. ok, abaikan muka muna yang blur tu..sebab dia tengah syok sangat dapat kfc free..memang kfc jadi pilihan kalau kami ni keluar kemana-mana masa zaman belajar dulu.
kami satu kelas, satu rumah dan satu saiz..bahahahahaha.. banyak benda yang kami share.
masa sampai tempat fifi tu da lewat petang, dekat pukul 7 dah..mula decide nak pegi laman seni, tapi tak sempat, sebab da malam. nak pegi i-city malas, sebab kena keluarkan duit..dari zaman belajar lagi, memang kitaorang akan pergi tempat yang tak gunakan duit,kalau nak guna duit pun yang boleh share-share. nak jimat katanya..hahahaha, jimat ke kedekut??? so, tak tahu nak kemana.. tetiba cakap pasal makanan..dan aku cakap nak makan steamboat. terus diorang setuju..so, moh ler kita ke next station yer..mencari
steamboat yang didambarkan..muahahahaha
nak jadikan cerita, kitaorang kan tak rancang nak pergi mana-mana, so jadi susah disitu. nasib ler ada maps..dia lah yang banyak membantu.. tapi bantuan dari dia tersangatlah menduka citakan.. sedih.. tempat yang kitaorang nak pergi tu semuanya tak ada..paham tak, tak ada..korang agak sape yang tak betul??? nak ke steamboat nie, tak jumpa, nak ke steamboat tu tak jumpa, aku pun pelik..lagi la hangin, sebab aku yang bawak kereta, penat hokey main pusing-pusing shah alam tu..kejap kiri, kejap kanan sudahnya tak jumpa apa pun.. tension makk!! maps ni betul-betul mencabar kesabaran aku.. ke handset yang problem..hahaha..tapi yang penting bukan handset aku ye..tapi kemarahan aku masih dapat dikawal sebab nak bawak orang penang jalankan..eemmm..sudahnya, si fifi call lah kawan dia yang kebetulan baru je makan steamboat dekat klang..so, dengan bantuan maps sekali lagi, akhirnya kami sampai tempat dituju..
THE CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL
inlah destinasi yang dicari..sape-sape orang klang maybe tahulah..
rasa puas bila dah jumpa..
sila pilih ye puan-puan..macam-macam ado.
air pun macam-macam jenis ado ok..minumlah sampai muak..
dessert pun ado jugak..
ok, ni harga untuk satu kepala. harga tu boleh la, tapi sebelum korang nak datang sini, make sure kena kosongkan perut dulu..kalau tak membazir korang bayar RM21.90 tu tapi korang makan sikit je..bagi pasangan couple-couple yang dok makan sikit dah kenyang tu, yela nak cover ayulah sangatkan better tak payah datang sini.. membazir je..bahahaha..ni ayat muna ye..aku copy paste je.nak marah, marah muna..
sesi memasak bermula..teringat pulak zaman belajar dulu..buat bbq sebelah flat dan buat bbq dekat air terjun..muna dengan fifi lah orang kuat bahagian memasak ni..aku just makan je..muahahahaha
perut ada sikit kenyang, kita selfi dulu ye dak..ok, sambung makan kasi licin. memasing perut rasa nak pecah..makan tak hingat dunia.. ok, puas hati bayar RM21.90, sebab dapat makan sampai nak pecah perut..
habis je makan dan dah bayar, kami pun berlalulah ke kereta..dan ada satu kejadian semasa nak naik kereta untuk balik..dan kejadian tu tersangatlah megelikan hati aku.. si muna kata jangan gelak, aku dengan si fifi bantai gelak , gelak dan gelak lagi..hahaha..macam-macam lah kenangan walaupun jumpa tak sampai sehari.. perjumpaan kali ni memang throwback betul zaman belajar dulu-dulu.. walaupun tak ramai, tapi tetap happy..puas hati.. dah settel kejadian tu, aku pun hantar lah si fifi ni balik rumah dia dah pelik meluk cium bagai, aku pun teruskanlah perjalanan ke kajang untuk hantar si muna ni. ok, dah peluk meluk cium jugak dengan muna, aku pun balik la ke nilai..penat, memang penat. tapi happy.perjumpaan ni pun tergesa-gesa sebab muna heboh nak balik penang. dah lah datang masa hari orang bekerja, lepas tu sesuka hati nak suruh kita yang kerja ni cuti..macam-macam. tapi masa yang singkat ni lah kitaorang guna dengan sebaiknya..
ok, last but not least..insyAllah, satu hari nanti kita jumpa lagi k.dengan izin Allah..semoga persahabatan kita kekal selamanya ye..
ok, bye




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




.jpg)