Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. Maafkan segala salah silap yang tak sengaja mahupun disengajakan ya. Kita kosong-kosong. Tapi kejap lagi kalau terbuat salah tu ampun kan jela ya, maklumlah faktor usia, mudah lupa.. muahahahaha
Sekejap je dah sebelas raya, dan hari ni majoriti semuanya mula bekerja lepas bercuti. Sampai jem la jalan pagi tadi. Aku cuti lebih kurang 8 hari. 8 hari dengar macam lama, tapi sekejap je sebenarnya. Tak kemana pun cuti raya ni, cuma balik johor je. Itu jela aktiviti hari Raya aku. Dekat johor jela aku berjalan sakan kalau nak dibandingkan dengan jalan dekat rumah sendiri (N9). Dekat rumah just makan tidur, makan tidur.. Itu je, satu teknik yang mudah dan cepat untuk tambahkan berat badan.kahakahakhaka.
Ok, tahun ni warna tema dia ceria sikit, warna kuning. Dan semestinya aku lah yang tukang memilih warna dan akan disampaikan warna pilihan aku ni pada abang tercinta untuk dia siap sedia dengan warna yang aku pilih. Nama je abang, tapi cerewet dia macam perempuan. Tu sebab kene inform dia awal-awal warna apa yang bakal dipilih. Alhamdulillah, warna kali ni dia tak membantah dan dipersetujui dengan mudah tanpa ada sebarang keraguan. Wah,wah,wah..ayat kau dayah, tak boleh bla. hahahahah. Tahun ni tinggal kami je yang bujang-bujang memeriahkan rumah mak abah yang tak seberapa meriah ni, sebabnya cucu-cucu dia tak ada atas sebab tahun lepas dah giliran rumah mak abah aku. So, tahun ni giliran sebelah sana lah pulak. Tu sebab gambar kena ambil gilir-gilir, sebab tak ada sape yang nak dimintak tolongnya. Tak kisah lah semua tu, janji ada jugak gambar kenang-kenangan untuk Raya tahun ni.
Tapi rumah mak abah aku sunyi tak lama, petang tu cucu-cucu dia dah sampai, so bising lah balik rumah tu. Dan macam biasa kitaorang akan balik johor beramai-ramai, selalunya kitaorang balik raya kedua. Alhamdulillah, tahun ni semua balik, sekali jalan empat biji kereta. Almaklum lah, memasing dah membesar dengan jayanya dan disebabkan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam, so keselesaan setiap individu perlu dipertimbangkan, itu sebab sampai empat kereta..Kalau dok main sumbat-sumbat memang muatlah tapi keselesaan tu kurang sikit.
Nah, percaya ke tak percaya yang kitaorang semua dah berjaya membesar dengan jayanya. hahaha.. Ni bukan team mak kau hijau tau, jangan korang memandai-mandai nak letak nama team mak kau hijau. Aku sekeh kejap lagi. Ni raya kedua, nak balik johor. Warna ni aku tak pilih sorang, aku pilih ikut bancian. Ramai yang pilih warna ni, so untuk balik johor kitaorang satu keluarga pakailah warna ni. Kisah sebenarnya, aku dah beli siap-siap kain pasang warna hijau ni, tapi untuk yang perempuan jela. Memamg beli khas untuk sedondon balik johor, tapi bila sampai masanya, baju tak dapat disiapkan. Tailor dia demam kus-kus, tu sebab tak sempat nak siapkan. So, kitaorang sebat jela mana-mana baju yang warna dia lebih kurang macam warna yang dipersetujui. So, terhasil lah hijau yang bermacam hijau.. hahahah..Tak kisah lah semua tu, janji kami semua sekepala.
Sementara nak tunggu sampai destinasi, so terhasilah gambar-gambar ni. Mula-mula sorang je yang post dalam group wasap, lepas tu yang lain pun turut serta sekali. Saja nak penuhkan gambar dalam group wasap family. Takpe, kan raya so bagi jela can kat diorang ye dok..
Bila geng mak jemah bergambar. Hadap jelaa
Dekat johor tak ada sangat ambil gambar, sebab sibuk beraya. sibuk berbual, sibuk bergosip, dan yang paling penting sibuk melayan anak tekak yang asyik nak makan je, hahahaha. Kebanyak kan rumah yang kitaorang pergi, semuanya sediakan makanan. Dan setiap kali tu jugaklah mulut ni tak berhenti makan. Sampai yang diet pun hilang dah diet dia. Macam mana? hahahahah, Kan raya, so bedal jelakan. Lepas raya kang, sambunglah balik diet tu ye. Selalunya kitaorang balik hari je, tapi raya tahun ni bermalam sehari dekat kampung abah aku. Esoknya baru balik, sampai rumah malam jugak lah sebab melepak rumah wak aku bukan main lama lagi.
Sebelum balik Nilai, sempat jugak lah aku beraya kejap dengan akak ketot ni. Sempat la jugak pegi melepak makan-makan, ngeteh-ngeteh kejap dengan dia ni. Dulu zaman dia belum kahwin, time raya memang kitaorang akan beraya rumah jiran-jiran sebelah, tapi sejak dia dah kahwin ni payah sikitlah. Yelah, pape pun dia mesti fikir laki dia dulu. Ni pun kebetulan kena masa dan time, so dapat lah jumpa. Thanks kak ketot luang masa dengan i, sayang lebih lah..muahahaha.
Ok, ni last jalan beraya. Sebenarnya pergi kenduri kahwin plus jalan raya sekali lah walaupun tak ada singgah mana-mana. Kononnya tak nak pergi sebab kerja, tapi mak abah aku beria nak pergi sebab besan dia ada sekali, nak pergi sekereta tak muat, jadinya aku pun ikutkan aje lah, Jadi driver diorang lah. Jauh jugak lah aku bawak, dari N.sembilan ke Pahang, masuk ni kali kedua drive ke Pahang, tapi ditemani orang tua tersayanglah, kalau drive sorang-sorang maunya mak abah aku bagi. Lepas dah habis majlis kahwin tu, kebetulan lalu Gambang, so singgah kejap lah kat Gambang Water Park ni, singgah cuci mato je. Tak singgah mandi pun. Merasa jugak lah masuk sini, walaupun tak main apa-apa. Lawat kawasan lah lebih kurang, mana tahu nanti nak datang lagikan, so awal-awal dah tahu tempat dia macam mana, kan senang, padahal alasan je semua tu..hahaha
Last but not least, Alhamdulillah, masih diberi peluang beraya dengan family tercinta. Gembira tak tahu lah nak gambarkan macam mana. Bagi aku walau sesibuk macam mana pun raya tetap aku nak ada dengan family, kalau tak memang pagi tu banjirlah jawabnya. Melainkan , memang dah tugas dan tak dapat dielakkan. Tu lain ceritalah kan. Ok, nak stop dah. Nanti ada cerita baru aku update ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Korang.
Assalammualaikum semua.












