MELAKA

Assalammualaikum semua..

Entah macam mana, terdetik satu keinginan ' wey korang, jom pegi jalan-jalan, nak tak? yang mendengarnya pun laju je jawab, ok jom, bila? bila-bila pun boleh tapi kena kumpul duit dulu lah, aku bukannya kerja cop duitkan yang boleh pergi macam tu je. ok, dengan persetujuan bersama, maka terhasillah satu peti duit yang mana aku hanya guna tin biskut kosong dekat office and than aku balut pakai kertas A4 yang mana guna office punya jugak and carik gambar dekat google ala-ala travel and lekat pada tin yang siap dibalut.. ahahah simple, hanya guna tin biskut yang besar gedabak lebihan dekat office, A4 recycle lebihan dekat office dan hasil carian gambar yang dicarik dan di print di office menggunakan A4 recycle jugak.. ahahah, semua office punya, jimat kan.. jahat sungguhlah hai aku ni. tapi aku guna yang recycle hokey. mampus kalau orang office aku tahu ni.. hahah. maaf gambar peti duit tak ada, sebab gambar tah mana-mana, yelah dah berbulan lebih benda ni berlalu.. tak kuasa aku nak scroll beribu-ribu gambar dalam phone aku untuk carik satu gambar tu aje.


Kami bertiga satu office, tapi dululah. sekarang tinggal aku sorang je yang stay dekat office lama ni, yang lain dah berhijrah ke tempat lain demi masa depan masing-masing. merata tempat sebenarnya kami list kan untuk pergi berjalan, tapi disebabkan bajet hanya cukup-cukup makan, maka kami pilih lah Negeri Melaka sebagai tempat pertama sebagai destinasi perjalanan kami. satu sebab kenapa pilih Negeri Melaka sebab dia dekat dengan Negeri Sembilan. Sejam lebih je dah sampai, kalau dari Nilai lah. Kami gerak jumaat malam (06/11/2015) dari Nilai, sebab pagi tu masing-masing kerja lagi,sayang nak guna cuti, so Jumaat tu masih lagi bekerja. Alaa, Melaka je pun, depan hidung jekan. ahhaha. Actualy, Melaka ni dah banyak kali dah pergi. Tapi bila pergi dengan berlainan keadaan dan orang ianya pasti akan rasa lain, haha.percayalah.Kami gerak dalam pukul 9 lebih nak ke pukul 10 macam tu lah. Sampai sana dalam pukul 11 lebih. Macam tak percaya je plan kami bertiga ni menjadi, sampai jugak Melaka. Sampai je Melaka, kami bertiga terus tunggu tuan punya homestay untuk dapatkan kunci. Memandangkan ni percubaan pertama untuk berjalan-jalan dengan bajet pun yang tak berapa banyak, Alhamdulillah, kami dapat sewa homestay dengan harga yang mampu milik, yang mana tuan dia ni kawan aku masa dekat poli dulu. rapat jugak dengan dia ni. Tengah-tengah nak book hotel dengan harga pun yang boleh tahan jugak, tetiba teringat denkat kawan aku ni yang mana ayah dia ada buat business sampingan iaitu business homestay, so terus wasap dia free tak time tu, rezeki menyebelahi kami bertiga. Dapatlah kami menyewa disitu untuk 3 hari 2 malam dengan harga yang mampu milik. Terima kasih nan (tuan punya homestay).

Esoknya (07/11/2015), bermulalah aktiviti kami bertiga berjalan mengelilingi Melaka. Pepagi lagi dah siap dan kelaur dari homestay. Seperti yang korang tahulah, Melaka memang sentiasa sibuk dan sibuk, yelah nama pun pusat perlancongankan, memang sibuk jelah manjang. Pagi kami keluar tu, orang tak ramai lagi, masih lengang, parking pun banyak lagi kosong. Bagi sesiapa yang tak tahu, parking dekat sana kena bayar ye, jangan main sedap je parking kang tak pasal-pasal tayar kena gari. Kami ambil tiket untuk satu hari punya, total RM5 tak silap. dan tiket tu jangan simpan dalam beg pulak, silalah pamerkan dekat dashboard kereta masing-masing ye. Lepas je sarapan tempat pertama kami pergi Menara Taming Sari, Pagi-pagi pun dah ramai yang beratur dekat situ, paling banyak budak sekolah lah buat lawatan. Nampak lah view Melaka sebab Menara ni naik sikit-sikit. Ni kali kedua aku naik. So, rasa macam biasa je (ayat belagak wey) ahahha.


Lepas habis naik Menara Taming Sari, kami teruskan perjalanan pergi ke Dataran Pahlawan. Orang makin lama makin ramai. Matahari pun makin lama makin naik. So, teruskan jela dengan hati yang riang..hahaha 







Dah penat berjalan, pekena dulu menyejuk tekak. Macam biasa cendol jadi pilihan. Lega sangat wey dapat basah tekak dengan benda alah ni, nikmat teramatlah sangat. Ok. settel membasahkan tekak. Alhamdulillah.. Perjalanan diteruskan..


Ada tragedi sebenarnya disebalik sungai ni.. ahahahah. kelakar-kelakar.. ahahah. kak laili and katy, sila ingat balik apa yang dah jadi. boleh kurus wey.


Muka dah berminyak yang teramat, sebab cuaca panas.  rehatkan kaki jap sementara tunggu giliran naik boat.



duduk rilek-rilek sambil menikmati angin dan pemandangan.


Lepas je habis round sungai tuh, naik balik terus kami pergi kedai-kedai tepi jalan tu untuk carik ole-ole, tah macam mana tetiba terdetik nak carik baju sama, kira tanda kenangan kami bertiga pergi Melaka la.. puas jugak carik, akhirnya jumpa jugak.Tak banyak bunyi, lepas dapat semua, terus start enjin kereta and terus balik homestay.. Ya Allah, nikmatnya bila dah sampai homestay.. Rehat-rehat standby untuk aktiviti malam pulak.

Malam tu cadang nak makan dekat Umbai-umbai, Lupa pulak time kami pergi tu cuti panjang, Depavali, so Umbai-umbai tu just bye-bye jela.. Orang dekat situ, MasyAllah, ramai sangat-sangat. Terus batalkan niat and pergi je makan kat kedai biasa-biasa. Malam tu rezeki kami, walaupun tak dapat makan dekat Umbai-umbai, tapi malam tuh ada seseorang sudi belanja kami bertiga makan. Alhamdulillah. Lepas makan borak-borak terus balik homestay. Time to beradu, simpan tenaga untuk esok pulak.


(08/11/2015) Last day kami bertiga di Melaka. Pagi tuh memang saja kami semua keluar agak lewat sikit, sebab nak terus check-out. dekat tengahari jugaklah kami keluar dari homestay tu. Plan nak pergi sarapan, tapi dah dekat tengahari, so tukar plan untuk terus makan tengahari je terus. Tapi sebelum makan tu, kami sempatlah singgah BIG ICE BOWL ni. Memang dah tersenarai dalam list untuk pergi ke tempat ni. Ada apa dekat BIG ICE BOWL ni? dah nama pun Ice kan, so rasanya korang pun tahulah apa yang ada dekat itu untuk aktiviti hari terakhir dekat Melaka ni, kami tak bertiga, tapi kami berempat. Sorang lagi nanti aku kenalkan. suprise..hahahah.

Image result for ice bowl dekat melaka

Gambar sumber En.Google. Aku ingat ada satu je dekat Melaka, rupanya banyak tempat ada.Masa aku pergi ni, kedai dia dekat dengan homestay kami tinggal.


tadaaaa... nilah yang kami makan. benda asa dia ais-krim je sebenarnya cuma dia dihiasi oleh pelbagai topping. Sedap. sampai sekarang masih terasa lagi dekat tekak.. ahahah.. tak sia-sia masuk dalam list.



Cikty always dengan cermin mata hitam dia walaupun waktu malam. kekadang tak paham jugak, tapi malas nak jadikan isu besar, so layankan jela. ha, tulah orang keempat yang aku bagitahu tadi. dia lah jugak owner homestay yang kami tinggal. Hari last tu dia jadi dreba untuk kami semua sebab kami datang negeri diakan. Terima kasih nan.


Dulu masa study dip, kami ni satu tempat belajar dan satu kelas, cuma tak satu geng. Dulu tak bercampur sangat.masing-masing bajet bagus je, tu sebab ada geng sendiri..hahaha.  tapi tu dulu, sekarang kami tak pilih dah siapa-siapa, kami kawan je dengan semua orang. Ok, lepas je settel makan ais-krim tu, terus carik port untuk makan tengahari. Kalau dah datang Melaka, confirm ler kena carik Asam Pedas dia. Si anan ni bawak pergi satu restorant yang mana nama dia Claypot. Memang ramai orang.


Nah, asam pedas Melaka. Bagi aku biasa je, mungkin ada lagi dekat tempat lain, yang lagi power mungkin. Tapi tak kisahlah, bedal je sebab perut memang nak makan nasi dengan asam pedas. Time kami pergi ni, orang dalam kedai tuh memang ramai. Dia ada dua kedai, tapi satu lagi tu hanya bukak malam je. Sampai bebaris orang nunggu nak carik tempat duduk. mula-mula macam malas dah nak masuk, tapi disebabkan nekad jugak, so pergi jela. sampai je dekat depan pintu, rezeki kami pun ada, terus dapat tempat untuk makan. So, dapat ler merasa asam pedas Melakanya.

Lepas je habis makan, terus kami ni semua naik kereta menuju ke Klebang.  Jalan nak kek Klebang tu ada satu gerai jual kuih muih. kedai tuh memang terkenal dengan kuih keria dia, sebab dia sira pakai gula melaka, bukan pakai gula pasir.Rata-rata aku search, semua cakap tempat tuh wajib singgah, sebab keenakan kuih keria dia. dan dia dibuat secara manual ok, bukan mesin. Mungkin tuh yang menambahkan keenakannya. Tapi sayang, kedai tu memang jumpa dan kami semua dah berhenti dah, yang aku ni siap turun dulu sementara member sorang ni carik parking, tapi apa kan daya ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari, hahahah. ok tak ada kaitan langsung. Tak ada rezeki kami, kuih keria habis dijual, seketul dua pun tak ada langsung untuk kami ni yang datang jauh nak merasa, sedih cik enon.Aku pun melangkah lah dengan sedihnya menuju ke kereta. Apa nak buat, dah tak ada rezeki aku hari tu. Ok, teruskan perjalanan lagi. Coconut Shake memang terkenallah dekat Melaka ni kan. Sape tak try memang rugi. Rezeki pun tak berpihak pada kami semua, sebab orang ramai bebenor beratur dekat kedai tu. memang tak lah aku nak menunggunya. Teruslah kami ni semua menuju kepantai. 

Satu lagi tempat menarik kalau kau dah sampai Klebang yang wajib kau datang. mula-mula tak jumpa jugak carik, habis jalan dah kami ni berjalan nak carik tempat tuh, sudahnya macam nak mengalah je. lepak-lepak dulu minum air, makan-makan dekat kedai bas-bas yang berderet sepanjang pantai Klebang tuh. 



mango blended + pisang goreng cheese jadi pilihan.

Orang memang ramai masa tu, yelah kan cuti. Dekat deret bas tu ada hotel bas. yang mana benda baru tak baru lah jugak dekat situ. Mula-mula ada jugak cadangan nak bermalam dekat situ, tapi disebabkan kami ni datang bertiga, maka batalkan teruslah niat nak bermalam dekat situ, tak muat. maximum 2 orang je satu hotel tu. almaklum lah, bas kan kawasan terhad.





so, kami bertiga pun bergambar jela depan bustel ni. Bagi sesiapa yang nak book, boleh lah call number yang tertera dekat belakang kami tuh. khekhekhe




Tempat ni first sekali aku listkan untuk pergi dan memang nak sangat pergi, sebab view dia serius tak tipu tak bohong. Cantik sangat. Tak payah nak buang duit banyak-banyak untuk pergi padang pasir yang dekat Oversea tu, dekat Malaysia pun ado tahu. Padang pasir ni asalnya pantai, tapi ditimbus dan ditimbus, maka terhasillah padang pasir berdengung ni.  Mula-mula macam dah fedup dah nak carik tempat ni, sebab salah pefahaman tentang jalan nak kesana, rupanya bila difaham-fahamkan balik, lahh rupanya depan Pantai Klebang ni je. Tak jauh mana pun. Nanti kau akan nampak macam satu kepulauan bila kau berdiri dekat Pantai Klebang ni menghadap Padang Pasir ni. Series, kau tak menyesal pergi dekat situ.
                                

Cuba pandang member aku pakai tudung pink tu, tapi jangan kau tilik pulak dia, aku cuma nak bagi petunjuk je.hahah.. ok, perasan tak sebelah kepala dia nampak kan macam satu pulau, haaa dekat situlah padang pasir tu duduk. Masa ni kami bertiga betul-betul tengah duduk depan Pantai Klebang ni. So aku harap, petunjuk tu nanti bergunalah ye.. hahahah..




Tadaa.. sampai dah padang pasir berdegung ni.. Cantikkan view dia, tapi kalau korang pergi sendiri, tengok sendiri dengan mata kepala korang, lagi cantik. tak tipu. Masa ni memang tengah ramai orang walaupun matahari panas terik. Dengan orang photoshoot weddinglah, photoshoot birthdaylah, konvolah dan macam-macam lagi lah gelagat  Bayangkan dengan panasnya, berpeluh, kau pulak pergi dekat padang pasir ni, memang melekit lah jawabnya. Tapi apakan daya, dah ngidam sangat nak kesini, so lanyak jelah labu.. ahahahah. Masa dekat sini, kau tak heran dah dengan manusia-manusia sekeliling. Kat situ kau nak bergambar apa gaya pun, tak kisah. sebab tempat tu memang best untuk bergambar. So, enjoy ler korang kalau kesini.

Ok, padang pasir tu last tempat kami pergi dan tamat sudahlah percutian kami bertiga di Melaka. Syukur sangat plan nak berjalan-jalan ni tercapai. Bukan senang nak plan, sebab masing-masing ada komitmen masing-masing. Alhamdulillah, hajat kami tercapai. Next plan, insyAllah, dalam perancangan. Buat masa ni kami layan dalam Malaysia dulu, satu hari nanti kami plan nak pergi jauh sikit,. Maish jugak dalam perancangan jugak.  


Buat cikty dan kak laili:-
Korang, kita kenal tak lama, dan kita mesra pun tak makan masa yang lama. Singkat, terlalu singkat kita menjadi rapat. Satu aku mohon dari kalian berdua, semoga jalinan persahabatan kita ni still sampai bila-bila. Harap sangat apa yang kita idamkan dan impikan tercapai. Selagi kita masih single ni, kita capai je mana kita nak capai, kita buat je apa yang kita nak buat. At least kita ada pengalaman dari apa yang kita buat. Biar kita usaha sendiri untuk terus berdikari. Sebab takut nanti dah kahwin, kita tak macam kita single.. Takpe, masa tu aku akan faham nanti. Harap kalau aku kahwin dulu dari korang, korang pun fahamlah ye.. ahahah. Kita kan geng jalan-jalan cari jodoh.. ahahhahah


Aku bangkit dari cerita lama,
Aku bangkit dari terus terduduk,
Aku bangkit untuk terus kehadapan,
Aku bangkit untuk tidak mengalah,
Aku bangkit untuk tunjuk aku kuat,
Aku bangkit untuk diri aku sendiri.

Sebenarnya pengalaman tu mengajar seribu erti dalam kehidupan kau. Teruslah kau pandang kehadapan, jangan sesekali kau toleh kebelakang. Perjalanana hidup terlalu panjang, jangan sia-siakan masa yang ada untuk kau ratapi kisah lalu. Ituyang terbaik.

Assalammualaikum.