BUKIT BATU PUTIH, PORT DICKSON



Assalammualaikum,


Hiking antara satu aktiviti yang aku minat. Walaupun aku ni berbadan besar, tapi tu semua bukan halangan untuk aku buat apa yang aku minat. Walaupun berbadan besar, aktif tu perlu sangat-sangat, supaya kau kekal sihat sepanjang hari. Aku pulak memang jenis tak reti duduk diam melainkan penyakit MALAS tu datang.




Aku rasa pada yang kaki hiking tahu kot pasal Bukit Batu Putih, Port Dickson ni. Ramai dah aku rasa naik bukit ni. Bukit dia nice je, nak daki dia tak lah terlalu payah, cuma dia duduk dalam hutan kan, so semak samun tu semua kau kena redah lah. Jalan dia pun ok, tak teruk sangat. Tinggi pun taklah tinggi sangat, cuma keadaan atas dia tu banyak batu-batu dan ruang tak besar. So, takyah lah lelama atas tu, dah lepas naik, selfie-selfie dulu, then turun lah. Sebab orang ramai atas tu, nak bergambar dekat signboard yg aku pegang dalam gambar ni pun kena beratur ok. Apa kau ingat, nak beli tiket wayang je kena beratur, hahahahah..





Pemandang dari atas bukit ni, sangatlah cantik, tak tipu, kau akan nampak laut yang terbentang luas dengan air yang hijau ditambah dengan pokok-pokok yang menghijau. Terpukau sekejap masa aku pergi haritu. Yelah, pantai Port Dickson ni kau paham-paham jela takat kejernihan air laut dia. Maaflah kalau gambar tak cantik, pakai handphone cap ayam je.huhuhuh.. Masa naik ni, tak plan apa pun, main terjah je, so tup tap tup tap kami berlima yang berjaya naik sampai ke atas. Pergi satu kereta je masa ke sini. Tak jauh pun Nilai nak ke Port Dickson ni, sejam tak sampai. Seawal pagi kitaorang dah gerak ye. Ditambah pulak dengan keadaan hujan, memang sejuk. Sampai-sampai je sana orang memang dah ramai naik dan turun walaupun keadaan gelap dan hujan renyai-renyai.














Sebahagian gambar yang sempat aku simpan dalam PC. Selainnya tak sempat nak selamatkan sebab handphone rosak. Sedihkan. Nak naik sini pun boleh sesat tahu tak. Bila fikir balik kelakar sangat. Tempat dia tak jauh mana pun, tapi sebab salah jalan, so perjalanan nak mendaki bukit ni jadi lambat. Tanya orang tu, tanya orang ni, barulah jumpa jalan nak ke Bukit tu. Lepas je turun terus ke rumah api dekat je. Masa jalan nak turun ke kereta, hujan mengiring perjalanan kami, habis kuyup semua. Kalau pada siapa yang nak pergi, korang carik je ILHAM RESORT, sebab bukit ni sebelah je dengan Ilham Resort. Tempat parking agak kecik sikit, so korang kenalah pandai-pandai cari parking ye.



Sementara kau single ambillah segala peluang yang kau rasa ada untuk diri kau. Sebab apa, mana tahu nanti dah kahwin, kau dah tak ada masa dah nak layan semua tu. Kalau dapat pasangan yang sebulu dengan minat dan perangai kau, Alhamdulillah. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, tak dapatlah kau merasa tu semua. Lain orang, lain pandangan. Tapi itulah pandangan aku. Sebab single kau tak terikat dengan apa-apa yang berat, just fikir diri sendiri je. Macam aku sekarang, aku buat je apa yang aku rasa aku boleh buat. At lease kita dapat merasa sendiri kepuasan dan ada serba sedikit pengetahuan dengan apa yang kita buat, gituuuu.. 



Assalammualaikum..








COME BACK

Assalammualaikum

Kalaulah blog ni sejenis objek, maunnya bersawanglah gamaknya.

Tuan tanah kedaung. 


Maafkan saya, ampun saya. Lama betul dibiar blog ni sunyi sepi. Kemalasan tahap dewa telah menguasai diri ini, sementara kekangan waktu menghadap semua ni pun salah satu punca ianya diabaikan. Ok, pembetulan ye, bukan diabaikan, tapi tak terurus je, tapi macam lebih kurang pulak maksud dia kan.. tapi, biar jela.. hahahaha.. Niat dihati nak uruskan balik blog yang tak seberapa ni.. Benda dah lama ada, tapi aku buat ada tak ada je. Takpe, cuma perlahan-lahan nak kemas balik ye.


Buat masa sekarang, mood rajin tengah menguasai diri maka kerja kemas mengemas blog sedang berjalan, harap lancarlah perjalanan nya. So, kerja aku Buang mana yang patut, padam apa yang perlu dan bersihkan mana yang kotor. Mana entry yang patut dibuang, kebanyakkannya aku buang. Sebab zaman budak-budak, cerita banyak mengarut dan tah pape. Kadang tergelak je bila baca balik entry lama-lama, habis baca terus buang. Kerja mengemas still on going, tapi sambil-sambil tu selit satu entry baru (yang korang tengah baca nila entrynya) sebagai mukadimah sebelum banyak lagi cerita-cerita lain aku nak taip. Tapi aku taip ni ada ke yang baca??


Sebenarnya best tau ada blog ni, banyak benda boleh buat. Siap boleh dapat income, tapi aku masih lagi bertatih untuk dapatkan semua tu. Banyak benda kena tahu  dan selok belok mengarang dalam dunia blog ni pun kena power supaya orang baca pun jadi suka. Dan dalam masa yang sama apa yang kita cerita dalam ni boleh jadi panduan sesiapa saja, so kau tak boleh nak letak cerita yang berkaitan umum sesuka hati kau je, supaya orang yang membaca tak sesat. Ada faham.. Tapi kalau cerita pasal diri sendiri, ikut kau lah nak cerita macam mana pun, janji mendatangkan faedah pada kau dan si pembaca, tak gitu..


Pernahlah berangan nak jadi blogger yang dikenali ramai seangkatan blogger-blogger yang sememangya sudah terkenal dekat luar sana, tapi bila fikir balik, alahaiii jauh sangat bezanya. Banyak lagi yang aku kena belajar dan perlunya ada mood sentiasa RAJIN dalam diri dan sentiasa ada masa untuk update sebarang cerita supaya sipembaca tak bosan asyik baca cerita sama je. Kenalah tanam dalam diri ni "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih", tapi mampu ke? hahahaha.. Tunggu dan lihat jela apa jadi ye. Tapi aku cubalah untuk layan blog ni serajin dan sekerap yang mungkin. Memandangkan sekarang pun macam dah free-free je bila malam, berharap rajinlah untuk aku update sebarang cerita. Doa-doakanlah ye korang semua.


Untuk next cerita, aci tak kalau aku nak cerita balik pengalaman or kisah yang 2015 & 2016 punya? Hahahahah.. Tapi kebanyakkannya aku dah lupa, untuk ingat sikit-sikit tu boleh kot, aku cuba lah ye. Tak kisahlah tahun bila punya ceritakan, janji ada cerita. Ni kan blog aku, ikut suka aku lah kan. Tak gitu!!!


Assalammualaikum..