BUKIT BATU PUTIH, PORT DICKSON



Assalammualaikum,


Hiking antara satu aktiviti yang aku minat. Walaupun aku ni berbadan besar, tapi tu semua bukan halangan untuk aku buat apa yang aku minat. Walaupun berbadan besar, aktif tu perlu sangat-sangat, supaya kau kekal sihat sepanjang hari. Aku pulak memang jenis tak reti duduk diam melainkan penyakit MALAS tu datang.




Aku rasa pada yang kaki hiking tahu kot pasal Bukit Batu Putih, Port Dickson ni. Ramai dah aku rasa naik bukit ni. Bukit dia nice je, nak daki dia tak lah terlalu payah, cuma dia duduk dalam hutan kan, so semak samun tu semua kau kena redah lah. Jalan dia pun ok, tak teruk sangat. Tinggi pun taklah tinggi sangat, cuma keadaan atas dia tu banyak batu-batu dan ruang tak besar. So, takyah lah lelama atas tu, dah lepas naik, selfie-selfie dulu, then turun lah. Sebab orang ramai atas tu, nak bergambar dekat signboard yg aku pegang dalam gambar ni pun kena beratur ok. Apa kau ingat, nak beli tiket wayang je kena beratur, hahahahah..





Pemandang dari atas bukit ni, sangatlah cantik, tak tipu, kau akan nampak laut yang terbentang luas dengan air yang hijau ditambah dengan pokok-pokok yang menghijau. Terpukau sekejap masa aku pergi haritu. Yelah, pantai Port Dickson ni kau paham-paham jela takat kejernihan air laut dia. Maaflah kalau gambar tak cantik, pakai handphone cap ayam je.huhuhuh.. Masa naik ni, tak plan apa pun, main terjah je, so tup tap tup tap kami berlima yang berjaya naik sampai ke atas. Pergi satu kereta je masa ke sini. Tak jauh pun Nilai nak ke Port Dickson ni, sejam tak sampai. Seawal pagi kitaorang dah gerak ye. Ditambah pulak dengan keadaan hujan, memang sejuk. Sampai-sampai je sana orang memang dah ramai naik dan turun walaupun keadaan gelap dan hujan renyai-renyai.














Sebahagian gambar yang sempat aku simpan dalam PC. Selainnya tak sempat nak selamatkan sebab handphone rosak. Sedihkan. Nak naik sini pun boleh sesat tahu tak. Bila fikir balik kelakar sangat. Tempat dia tak jauh mana pun, tapi sebab salah jalan, so perjalanan nak mendaki bukit ni jadi lambat. Tanya orang tu, tanya orang ni, barulah jumpa jalan nak ke Bukit tu. Lepas je turun terus ke rumah api dekat je. Masa jalan nak turun ke kereta, hujan mengiring perjalanan kami, habis kuyup semua. Kalau pada siapa yang nak pergi, korang carik je ILHAM RESORT, sebab bukit ni sebelah je dengan Ilham Resort. Tempat parking agak kecik sikit, so korang kenalah pandai-pandai cari parking ye.



Sementara kau single ambillah segala peluang yang kau rasa ada untuk diri kau. Sebab apa, mana tahu nanti dah kahwin, kau dah tak ada masa dah nak layan semua tu. Kalau dapat pasangan yang sebulu dengan minat dan perangai kau, Alhamdulillah. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, tak dapatlah kau merasa tu semua. Lain orang, lain pandangan. Tapi itulah pandangan aku. Sebab single kau tak terikat dengan apa-apa yang berat, just fikir diri sendiri je. Macam aku sekarang, aku buat je apa yang aku rasa aku boleh buat. At lease kita dapat merasa sendiri kepuasan dan ada serba sedikit pengetahuan dengan apa yang kita buat, gituuuu.. 



Assalammualaikum..








COME BACK

Assalammualaikum

Kalaulah blog ni sejenis objek, maunnya bersawanglah gamaknya.

Tuan tanah kedaung. 


Maafkan saya, ampun saya. Lama betul dibiar blog ni sunyi sepi. Kemalasan tahap dewa telah menguasai diri ini, sementara kekangan waktu menghadap semua ni pun salah satu punca ianya diabaikan. Ok, pembetulan ye, bukan diabaikan, tapi tak terurus je, tapi macam lebih kurang pulak maksud dia kan.. tapi, biar jela.. hahahaha.. Niat dihati nak uruskan balik blog yang tak seberapa ni.. Benda dah lama ada, tapi aku buat ada tak ada je. Takpe, cuma perlahan-lahan nak kemas balik ye.


Buat masa sekarang, mood rajin tengah menguasai diri maka kerja kemas mengemas blog sedang berjalan, harap lancarlah perjalanan nya. So, kerja aku Buang mana yang patut, padam apa yang perlu dan bersihkan mana yang kotor. Mana entry yang patut dibuang, kebanyakkannya aku buang. Sebab zaman budak-budak, cerita banyak mengarut dan tah pape. Kadang tergelak je bila baca balik entry lama-lama, habis baca terus buang. Kerja mengemas still on going, tapi sambil-sambil tu selit satu entry baru (yang korang tengah baca nila entrynya) sebagai mukadimah sebelum banyak lagi cerita-cerita lain aku nak taip. Tapi aku taip ni ada ke yang baca??


Sebenarnya best tau ada blog ni, banyak benda boleh buat. Siap boleh dapat income, tapi aku masih lagi bertatih untuk dapatkan semua tu. Banyak benda kena tahu  dan selok belok mengarang dalam dunia blog ni pun kena power supaya orang baca pun jadi suka. Dan dalam masa yang sama apa yang kita cerita dalam ni boleh jadi panduan sesiapa saja, so kau tak boleh nak letak cerita yang berkaitan umum sesuka hati kau je, supaya orang yang membaca tak sesat. Ada faham.. Tapi kalau cerita pasal diri sendiri, ikut kau lah nak cerita macam mana pun, janji mendatangkan faedah pada kau dan si pembaca, tak gitu..


Pernahlah berangan nak jadi blogger yang dikenali ramai seangkatan blogger-blogger yang sememangya sudah terkenal dekat luar sana, tapi bila fikir balik, alahaiii jauh sangat bezanya. Banyak lagi yang aku kena belajar dan perlunya ada mood sentiasa RAJIN dalam diri dan sentiasa ada masa untuk update sebarang cerita supaya sipembaca tak bosan asyik baca cerita sama je. Kenalah tanam dalam diri ni "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih", tapi mampu ke? hahahaha.. Tunggu dan lihat jela apa jadi ye. Tapi aku cubalah untuk layan blog ni serajin dan sekerap yang mungkin. Memandangkan sekarang pun macam dah free-free je bila malam, berharap rajinlah untuk aku update sebarang cerita. Doa-doakanlah ye korang semua.


Untuk next cerita, aci tak kalau aku nak cerita balik pengalaman or kisah yang 2015 & 2016 punya? Hahahahah.. Tapi kebanyakkannya aku dah lupa, untuk ingat sikit-sikit tu boleh kot, aku cuba lah ye. Tak kisahlah tahun bila punya ceritakan, janji ada cerita. Ni kan blog aku, ikut suka aku lah kan. Tak gitu!!!


Assalammualaikum..






MELAKA

Assalammualaikum semua..

Entah macam mana, terdetik satu keinginan ' wey korang, jom pegi jalan-jalan, nak tak? yang mendengarnya pun laju je jawab, ok jom, bila? bila-bila pun boleh tapi kena kumpul duit dulu lah, aku bukannya kerja cop duitkan yang boleh pergi macam tu je. ok, dengan persetujuan bersama, maka terhasillah satu peti duit yang mana aku hanya guna tin biskut kosong dekat office and than aku balut pakai kertas A4 yang mana guna office punya jugak and carik gambar dekat google ala-ala travel and lekat pada tin yang siap dibalut.. ahahah simple, hanya guna tin biskut yang besar gedabak lebihan dekat office, A4 recycle lebihan dekat office dan hasil carian gambar yang dicarik dan di print di office menggunakan A4 recycle jugak.. ahahah, semua office punya, jimat kan.. jahat sungguhlah hai aku ni. tapi aku guna yang recycle hokey. mampus kalau orang office aku tahu ni.. hahah. maaf gambar peti duit tak ada, sebab gambar tah mana-mana, yelah dah berbulan lebih benda ni berlalu.. tak kuasa aku nak scroll beribu-ribu gambar dalam phone aku untuk carik satu gambar tu aje.


Kami bertiga satu office, tapi dululah. sekarang tinggal aku sorang je yang stay dekat office lama ni, yang lain dah berhijrah ke tempat lain demi masa depan masing-masing. merata tempat sebenarnya kami list kan untuk pergi berjalan, tapi disebabkan bajet hanya cukup-cukup makan, maka kami pilih lah Negeri Melaka sebagai tempat pertama sebagai destinasi perjalanan kami. satu sebab kenapa pilih Negeri Melaka sebab dia dekat dengan Negeri Sembilan. Sejam lebih je dah sampai, kalau dari Nilai lah. Kami gerak jumaat malam (06/11/2015) dari Nilai, sebab pagi tu masing-masing kerja lagi,sayang nak guna cuti, so Jumaat tu masih lagi bekerja. Alaa, Melaka je pun, depan hidung jekan. ahhaha. Actualy, Melaka ni dah banyak kali dah pergi. Tapi bila pergi dengan berlainan keadaan dan orang ianya pasti akan rasa lain, haha.percayalah.Kami gerak dalam pukul 9 lebih nak ke pukul 10 macam tu lah. Sampai sana dalam pukul 11 lebih. Macam tak percaya je plan kami bertiga ni menjadi, sampai jugak Melaka. Sampai je Melaka, kami bertiga terus tunggu tuan punya homestay untuk dapatkan kunci. Memandangkan ni percubaan pertama untuk berjalan-jalan dengan bajet pun yang tak berapa banyak, Alhamdulillah, kami dapat sewa homestay dengan harga yang mampu milik, yang mana tuan dia ni kawan aku masa dekat poli dulu. rapat jugak dengan dia ni. Tengah-tengah nak book hotel dengan harga pun yang boleh tahan jugak, tetiba teringat denkat kawan aku ni yang mana ayah dia ada buat business sampingan iaitu business homestay, so terus wasap dia free tak time tu, rezeki menyebelahi kami bertiga. Dapatlah kami menyewa disitu untuk 3 hari 2 malam dengan harga yang mampu milik. Terima kasih nan (tuan punya homestay).

Esoknya (07/11/2015), bermulalah aktiviti kami bertiga berjalan mengelilingi Melaka. Pepagi lagi dah siap dan kelaur dari homestay. Seperti yang korang tahulah, Melaka memang sentiasa sibuk dan sibuk, yelah nama pun pusat perlancongankan, memang sibuk jelah manjang. Pagi kami keluar tu, orang tak ramai lagi, masih lengang, parking pun banyak lagi kosong. Bagi sesiapa yang tak tahu, parking dekat sana kena bayar ye, jangan main sedap je parking kang tak pasal-pasal tayar kena gari. Kami ambil tiket untuk satu hari punya, total RM5 tak silap. dan tiket tu jangan simpan dalam beg pulak, silalah pamerkan dekat dashboard kereta masing-masing ye. Lepas je sarapan tempat pertama kami pergi Menara Taming Sari, Pagi-pagi pun dah ramai yang beratur dekat situ, paling banyak budak sekolah lah buat lawatan. Nampak lah view Melaka sebab Menara ni naik sikit-sikit. Ni kali kedua aku naik. So, rasa macam biasa je (ayat belagak wey) ahahha.


Lepas habis naik Menara Taming Sari, kami teruskan perjalanan pergi ke Dataran Pahlawan. Orang makin lama makin ramai. Matahari pun makin lama makin naik. So, teruskan jela dengan hati yang riang..hahaha 







Dah penat berjalan, pekena dulu menyejuk tekak. Macam biasa cendol jadi pilihan. Lega sangat wey dapat basah tekak dengan benda alah ni, nikmat teramatlah sangat. Ok. settel membasahkan tekak. Alhamdulillah.. Perjalanan diteruskan..


Ada tragedi sebenarnya disebalik sungai ni.. ahahahah. kelakar-kelakar.. ahahah. kak laili and katy, sila ingat balik apa yang dah jadi. boleh kurus wey.


Muka dah berminyak yang teramat, sebab cuaca panas.  rehatkan kaki jap sementara tunggu giliran naik boat.



duduk rilek-rilek sambil menikmati angin dan pemandangan.


Lepas je habis round sungai tuh, naik balik terus kami pergi kedai-kedai tepi jalan tu untuk carik ole-ole, tah macam mana tetiba terdetik nak carik baju sama, kira tanda kenangan kami bertiga pergi Melaka la.. puas jugak carik, akhirnya jumpa jugak.Tak banyak bunyi, lepas dapat semua, terus start enjin kereta and terus balik homestay.. Ya Allah, nikmatnya bila dah sampai homestay.. Rehat-rehat standby untuk aktiviti malam pulak.

Malam tu cadang nak makan dekat Umbai-umbai, Lupa pulak time kami pergi tu cuti panjang, Depavali, so Umbai-umbai tu just bye-bye jela.. Orang dekat situ, MasyAllah, ramai sangat-sangat. Terus batalkan niat and pergi je makan kat kedai biasa-biasa. Malam tu rezeki kami, walaupun tak dapat makan dekat Umbai-umbai, tapi malam tuh ada seseorang sudi belanja kami bertiga makan. Alhamdulillah. Lepas makan borak-borak terus balik homestay. Time to beradu, simpan tenaga untuk esok pulak.


(08/11/2015) Last day kami bertiga di Melaka. Pagi tuh memang saja kami semua keluar agak lewat sikit, sebab nak terus check-out. dekat tengahari jugaklah kami keluar dari homestay tu. Plan nak pergi sarapan, tapi dah dekat tengahari, so tukar plan untuk terus makan tengahari je terus. Tapi sebelum makan tu, kami sempatlah singgah BIG ICE BOWL ni. Memang dah tersenarai dalam list untuk pergi ke tempat ni. Ada apa dekat BIG ICE BOWL ni? dah nama pun Ice kan, so rasanya korang pun tahulah apa yang ada dekat itu untuk aktiviti hari terakhir dekat Melaka ni, kami tak bertiga, tapi kami berempat. Sorang lagi nanti aku kenalkan. suprise..hahahah.

Image result for ice bowl dekat melaka

Gambar sumber En.Google. Aku ingat ada satu je dekat Melaka, rupanya banyak tempat ada.Masa aku pergi ni, kedai dia dekat dengan homestay kami tinggal.


tadaaaa... nilah yang kami makan. benda asa dia ais-krim je sebenarnya cuma dia dihiasi oleh pelbagai topping. Sedap. sampai sekarang masih terasa lagi dekat tekak.. ahahah.. tak sia-sia masuk dalam list.



Cikty always dengan cermin mata hitam dia walaupun waktu malam. kekadang tak paham jugak, tapi malas nak jadikan isu besar, so layankan jela. ha, tulah orang keempat yang aku bagitahu tadi. dia lah jugak owner homestay yang kami tinggal. Hari last tu dia jadi dreba untuk kami semua sebab kami datang negeri diakan. Terima kasih nan.


Dulu masa study dip, kami ni satu tempat belajar dan satu kelas, cuma tak satu geng. Dulu tak bercampur sangat.masing-masing bajet bagus je, tu sebab ada geng sendiri..hahaha.  tapi tu dulu, sekarang kami tak pilih dah siapa-siapa, kami kawan je dengan semua orang. Ok, lepas je settel makan ais-krim tu, terus carik port untuk makan tengahari. Kalau dah datang Melaka, confirm ler kena carik Asam Pedas dia. Si anan ni bawak pergi satu restorant yang mana nama dia Claypot. Memang ramai orang.


Nah, asam pedas Melaka. Bagi aku biasa je, mungkin ada lagi dekat tempat lain, yang lagi power mungkin. Tapi tak kisahlah, bedal je sebab perut memang nak makan nasi dengan asam pedas. Time kami pergi ni, orang dalam kedai tuh memang ramai. Dia ada dua kedai, tapi satu lagi tu hanya bukak malam je. Sampai bebaris orang nunggu nak carik tempat duduk. mula-mula macam malas dah nak masuk, tapi disebabkan nekad jugak, so pergi jela. sampai je dekat depan pintu, rezeki kami pun ada, terus dapat tempat untuk makan. So, dapat ler merasa asam pedas Melakanya.

Lepas je habis makan, terus kami ni semua naik kereta menuju ke Klebang.  Jalan nak kek Klebang tu ada satu gerai jual kuih muih. kedai tuh memang terkenal dengan kuih keria dia, sebab dia sira pakai gula melaka, bukan pakai gula pasir.Rata-rata aku search, semua cakap tempat tuh wajib singgah, sebab keenakan kuih keria dia. dan dia dibuat secara manual ok, bukan mesin. Mungkin tuh yang menambahkan keenakannya. Tapi sayang, kedai tu memang jumpa dan kami semua dah berhenti dah, yang aku ni siap turun dulu sementara member sorang ni carik parking, tapi apa kan daya ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari, hahahah. ok tak ada kaitan langsung. Tak ada rezeki kami, kuih keria habis dijual, seketul dua pun tak ada langsung untuk kami ni yang datang jauh nak merasa, sedih cik enon.Aku pun melangkah lah dengan sedihnya menuju ke kereta. Apa nak buat, dah tak ada rezeki aku hari tu. Ok, teruskan perjalanan lagi. Coconut Shake memang terkenallah dekat Melaka ni kan. Sape tak try memang rugi. Rezeki pun tak berpihak pada kami semua, sebab orang ramai bebenor beratur dekat kedai tu. memang tak lah aku nak menunggunya. Teruslah kami ni semua menuju kepantai. 

Satu lagi tempat menarik kalau kau dah sampai Klebang yang wajib kau datang. mula-mula tak jumpa jugak carik, habis jalan dah kami ni berjalan nak carik tempat tuh, sudahnya macam nak mengalah je. lepak-lepak dulu minum air, makan-makan dekat kedai bas-bas yang berderet sepanjang pantai Klebang tuh. 



mango blended + pisang goreng cheese jadi pilihan.

Orang memang ramai masa tu, yelah kan cuti. Dekat deret bas tu ada hotel bas. yang mana benda baru tak baru lah jugak dekat situ. Mula-mula ada jugak cadangan nak bermalam dekat situ, tapi disebabkan kami ni datang bertiga, maka batalkan teruslah niat nak bermalam dekat situ, tak muat. maximum 2 orang je satu hotel tu. almaklum lah, bas kan kawasan terhad.





so, kami bertiga pun bergambar jela depan bustel ni. Bagi sesiapa yang nak book, boleh lah call number yang tertera dekat belakang kami tuh. khekhekhe




Tempat ni first sekali aku listkan untuk pergi dan memang nak sangat pergi, sebab view dia serius tak tipu tak bohong. Cantik sangat. Tak payah nak buang duit banyak-banyak untuk pergi padang pasir yang dekat Oversea tu, dekat Malaysia pun ado tahu. Padang pasir ni asalnya pantai, tapi ditimbus dan ditimbus, maka terhasillah padang pasir berdengung ni.  Mula-mula macam dah fedup dah nak carik tempat ni, sebab salah pefahaman tentang jalan nak kesana, rupanya bila difaham-fahamkan balik, lahh rupanya depan Pantai Klebang ni je. Tak jauh mana pun. Nanti kau akan nampak macam satu kepulauan bila kau berdiri dekat Pantai Klebang ni menghadap Padang Pasir ni. Series, kau tak menyesal pergi dekat situ.
                                

Cuba pandang member aku pakai tudung pink tu, tapi jangan kau tilik pulak dia, aku cuma nak bagi petunjuk je.hahah.. ok, perasan tak sebelah kepala dia nampak kan macam satu pulau, haaa dekat situlah padang pasir tu duduk. Masa ni kami bertiga betul-betul tengah duduk depan Pantai Klebang ni. So aku harap, petunjuk tu nanti bergunalah ye.. hahahah..




Tadaa.. sampai dah padang pasir berdegung ni.. Cantikkan view dia, tapi kalau korang pergi sendiri, tengok sendiri dengan mata kepala korang, lagi cantik. tak tipu. Masa ni memang tengah ramai orang walaupun matahari panas terik. Dengan orang photoshoot weddinglah, photoshoot birthdaylah, konvolah dan macam-macam lagi lah gelagat  Bayangkan dengan panasnya, berpeluh, kau pulak pergi dekat padang pasir ni, memang melekit lah jawabnya. Tapi apakan daya, dah ngidam sangat nak kesini, so lanyak jelah labu.. ahahahah. Masa dekat sini, kau tak heran dah dengan manusia-manusia sekeliling. Kat situ kau nak bergambar apa gaya pun, tak kisah. sebab tempat tu memang best untuk bergambar. So, enjoy ler korang kalau kesini.

Ok, padang pasir tu last tempat kami pergi dan tamat sudahlah percutian kami bertiga di Melaka. Syukur sangat plan nak berjalan-jalan ni tercapai. Bukan senang nak plan, sebab masing-masing ada komitmen masing-masing. Alhamdulillah, hajat kami tercapai. Next plan, insyAllah, dalam perancangan. Buat masa ni kami layan dalam Malaysia dulu, satu hari nanti kami plan nak pergi jauh sikit,. Maish jugak dalam perancangan jugak.  


Buat cikty dan kak laili:-
Korang, kita kenal tak lama, dan kita mesra pun tak makan masa yang lama. Singkat, terlalu singkat kita menjadi rapat. Satu aku mohon dari kalian berdua, semoga jalinan persahabatan kita ni still sampai bila-bila. Harap sangat apa yang kita idamkan dan impikan tercapai. Selagi kita masih single ni, kita capai je mana kita nak capai, kita buat je apa yang kita nak buat. At least kita ada pengalaman dari apa yang kita buat. Biar kita usaha sendiri untuk terus berdikari. Sebab takut nanti dah kahwin, kita tak macam kita single.. Takpe, masa tu aku akan faham nanti. Harap kalau aku kahwin dulu dari korang, korang pun fahamlah ye.. ahahah. Kita kan geng jalan-jalan cari jodoh.. ahahhahah


Aku bangkit dari cerita lama,
Aku bangkit dari terus terduduk,
Aku bangkit untuk terus kehadapan,
Aku bangkit untuk tidak mengalah,
Aku bangkit untuk tunjuk aku kuat,
Aku bangkit untuk diri aku sendiri.

Sebenarnya pengalaman tu mengajar seribu erti dalam kehidupan kau. Teruslah kau pandang kehadapan, jangan sesekali kau toleh kebelakang. Perjalanana hidup terlalu panjang, jangan sia-siakan masa yang ada untuk kau ratapi kisah lalu. Ituyang terbaik.

Assalammualaikum.



















P.I.L.I.H.A.N.

Assalammualaikum reader..


P.I.L.I.H.A.N!!!.. memang mudah untuk menyebut, tetapi nak buat pilihan tak semudah macam menyebut. bila terperangkap dalam pilihan, sana tak kena, sini tak kena. lima puluh lima puluh. nak lepas sayang, nak terima takut. tapi itu lah hakikatnya, kena jugak buat pilihan. lagi sakit buat pilihan berkaitan masa hadapan, kerjaya dan jodoh. kalau tersalah langkah. mungkin akan merana, kecewa atau putus asa. tapi tu tak tahulah kan, atas diri sendiri punya penerimaan macam mana. tapi bagi aku, lagi sakit bila buat keputusan tentang jodoh. kalau lah korang ada dua pilihan yakni pilihan keluarga dan pilihan sendiri, mana lagi korang pilih.sedangkan pilihan kau sendiri dulu pernah gagal. masih ke kau nak pilih pilihan sendiri?? ha, jawap lah cepat.



Bagi siapa yang tak kenal lagi, ni nak kenalkan tuan tanah kedaung ni punya blog. Cik Nur Hidayah Bt. Paiman. berasal dari Negeri Sembilan, umur 20 plus-plus. Dah terjebak dalam dunia blog ni lebih kurang dalam lima ke enam tahun macam tu. tapi masih bertatih lagi untuk update dia punya blog, sebabnya dia hanya update bila dia rajin sahaja, time malas dia datang memang haramlah dia nak taip entry baru, so kalau dua tiga bulan tu entry tak berubah, harap maklum la ye. tu sebablah follower dia tak ramai. Insyallah, mungkin satu hari nanti nama ni akan terkenal macam blogger-blogger lain dan follower pun beriban. terus je blog aku ni jadi terkenal..wah, jadi retis aku ye.ok berangan jap, hahahah..mana lah tahukan, percakapan tu kan satu doa. amin.amin.amin..

Ok, berbalik semula pada cerita asal. tak semua orang boleh buat keputusan dengan mudah lagi-lagi bab jodoh or pasanngan hidup ni, termasuklah aku sendiri. kadang-kadang aku tanya diri aku sendiri, betul ke dengan keputasan yang aku buat ni. aku takut sangat kalau keputusan aku tu salah. cukuplah 7 tahun lepas punya kenangan, bagi aku tu satu pengalaman hidup yang mana tak boleh nak salahkan sesiapa. berapa lama mana pun sesuatu hubungan tu, kalau itu bukan hak milik kita, berjanjilah bagai nak rak pun, dia tetap bukan kita punya dan yang pasti dia akan pergi tinggalkan kita dengan kenangan-kenangan yang sakit untuk di lupakan..perghhhh, ayat aku tak tahan. ok, tapi ini kisah betul. kisah yang aku pernah lalui sendiri,aku sendiri dah rasa pahit manis masam hampeh dan seangkatan dengannyalah. aku tak nak cerita hal 7 tahun lepas, sebab aku dah tutup buku tu, karang bukak balik, tak pasal-pasal banjir blog aku ni. tu kisah dulu, sekarang kisah lain. lagipun aku dah lepaskan semuanya, cuma ada saki baki sikit jela lagi. InsyAllah, saki baki tu akan dibersihkan sebersihnya tak lama lagi. slow-slow..



"Bahagia itu bukan memiliki semua yang kita mahu, tapi bahagia itu akan datang bila kita menghargai semua yang kita miliki"

Semua orang nak jodoh tu kalau boleh yang akan sehidup semati dengan kita. yang boleh tahan dengan perangai kita, yang boleh terima kita seadanya sebabnya kita nak hidup dengan pasangan kita bukan sekejap, tapi lama. Lama yang boleh makan masa yang panjang dan bertahun. tak ada sape yang nak separuh jalan, termasuk lah aku. aku sekarang pun dalam proses pemilihan. tak tahu mana yang nak dipilih, kiri ke atau kanan ke. Kiri penting kanan pun penting. nak dua-dua tak boleh sebab perempuan boleh kahwin satu je..hahahaha. tamak kau.. ok, ni bukan soal tamak, tapi ni soal hati dan perasaan. perasaan aku dan dia. siapa dia, biarlah rahsia.khekhekhe. Lepas kes yang 7 tahun lepas, aku tak pernah berharap perasaan ni wujud dalam hati aku. sebab aku dah fedup, tapi dia datang secara tak sengaja dan secara automatik. mungkin disebabkan salah aku jugak yang cepat sangat buat keputusan. sudahnya sekarang aku sendiri tak tahu nak buat pilihan. Memang susah nak buat pilihan bila kita sendiri berada di tengah-tengah pilihan. Rasa tak nak pilih mana-mana pun ada. tapi tah la..



 One fine day.  Tak pegang kipas dengan payung dah, tapi pegang bunga tu pulak.hahaha..insyALLAH..Semoga ada keajaiban dalam setiap pilihan yang dibuat. Semoga pilihan kali ni betul dan tepat. Semoga ada kebenaran suatu hari nanti. Semoga aku kuat dan sabar dengan semua ni.


"Wahai hati, 
Pasti ada sebuah rindu yang singgah, Tapi untuk saat ini, Simpan dulu rasa rindu itu. Biar Allah swt sahaja yang tahu. Panjatkan semua rasa rindumu dalam setiap lantunan doa-doamu. Biarkan rindu itu sampai melalui tanganNya.
Serahkan semua rasa rindumu padaNya kerana hanya Allah yang tahu siapa berhak ke atas rasa rindumu itu. 
Biarkan ia sampai, pada orang yang tepat, di waktu yang tepat"



Last but not least, aku bahagia bila anak-anak buah aku ada dekat dengan aku, walaupun kekadang geram sangat dengan gelagat diorang. tapi nakal-nakal diorang, nakal budak biasa lah..tapi dengan dioranglah aku happy. yang sorang kuat melaram, yang sorang kuat berangan, yang sorang asyik otomen, yang sorang tak habis-habis main dekat luar kalau balik kampung, tak pernah nak duduk dalam rumah dan sorang lagi memang payah nak keluar rumah, walaupun dia lelaki. baru 5 orang, tapi riuh dia macam dah ramai sangat anak buah aku ni. thanks adik, kakak n abang buat cik mok happy..nanti cik mok payung bawak balik kampung lagi ye..hahahah..

ok, Assalammualaikum.










RAYA 2015

Assalammualaikum reader,




Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. Maafkan segala salah silap yang tak sengaja mahupun disengajakan ya. Kita kosong-kosong. Tapi kejap lagi kalau terbuat salah tu ampun kan jela ya, maklumlah faktor usia, mudah lupa.. muahahahaha

Sekejap je dah sebelas raya, dan hari ni majoriti semuanya mula bekerja lepas bercuti. Sampai jem la jalan pagi tadi. Aku cuti lebih kurang 8 hari. 8 hari dengar macam lama, tapi sekejap je sebenarnya. Tak kemana pun cuti raya ni, cuma balik johor je. Itu jela aktiviti hari Raya aku. Dekat johor jela aku berjalan sakan kalau nak dibandingkan dengan jalan dekat rumah sendiri (N9). Dekat rumah just makan tidur, makan tidur.. Itu je, satu teknik yang mudah dan cepat untuk tambahkan berat badan.kahakahakhaka.





Ok, tahun ni warna tema dia ceria sikit, warna kuning. Dan semestinya aku lah yang tukang memilih warna dan akan  disampaikan warna pilihan aku ni pada abang tercinta untuk dia siap sedia dengan warna yang aku pilih. Nama je abang, tapi cerewet dia macam perempuan. Tu sebab kene inform dia awal-awal warna apa yang bakal dipilih. Alhamdulillah, warna kali ni dia tak membantah dan dipersetujui dengan mudah tanpa ada sebarang keraguan. Wah,wah,wah..ayat kau dayah, tak boleh bla. hahahahah. Tahun ni tinggal kami je yang bujang-bujang memeriahkan rumah mak abah yang tak seberapa meriah ni, sebabnya cucu-cucu dia tak ada atas sebab tahun lepas dah giliran rumah mak abah aku. So, tahun ni giliran sebelah sana lah pulak. Tu sebab gambar kena ambil gilir-gilir, sebab tak ada sape yang nak dimintak tolongnya. Tak kisah lah semua tu, janji ada jugak gambar kenang-kenangan untuk Raya tahun ni.

Tapi rumah mak abah aku sunyi tak lama, petang tu cucu-cucu dia dah sampai, so bising lah balik rumah tu. Dan macam biasa kitaorang akan balik johor beramai-ramai, selalunya kitaorang balik raya kedua. Alhamdulillah, tahun ni semua balik, sekali jalan empat biji kereta. Almaklum lah, memasing dah membesar dengan jayanya dan disebabkan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam, so keselesaan setiap individu perlu dipertimbangkan, itu sebab sampai empat kereta..Kalau dok main sumbat-sumbat memang muatlah tapi keselesaan tu kurang sikit.





Nah, percaya ke tak percaya yang kitaorang semua dah berjaya membesar dengan jayanya. hahaha.. Ni bukan team mak kau hijau tau, jangan korang memandai-mandai nak letak nama team mak kau hijau. Aku sekeh kejap lagi. Ni raya kedua, nak balik johor. Warna ni aku tak pilih sorang, aku pilih ikut bancian. Ramai yang pilih warna ni, so untuk balik johor kitaorang satu keluarga pakailah warna ni. Kisah sebenarnya, aku dah beli siap-siap kain pasang warna hijau ni, tapi untuk yang perempuan jela. Memamg beli khas untuk sedondon balik johor, tapi bila sampai masanya, baju tak dapat disiapkan. Tailor dia demam kus-kus, tu sebab tak sempat nak siapkan. So, kitaorang sebat jela mana-mana baju yang warna dia lebih kurang macam warna yang dipersetujui. So, terhasil lah hijau yang bermacam hijau.. hahahah..Tak kisah lah semua tu, janji kami semua sekepala.








Sementara nak tunggu sampai destinasi, so terhasilah gambar-gambar ni. Mula-mula sorang je yang post dalam group wasap, lepas tu yang lain pun turut serta sekali. Saja nak penuhkan gambar dalam group wasap family. Takpe, kan raya so bagi jela can kat diorang ye dok..


Bila geng mak jemah bergambar. Hadap jelaa



Dekat johor tak ada sangat ambil gambar, sebab sibuk beraya. sibuk berbual, sibuk bergosip, dan yang paling penting sibuk melayan anak tekak yang asyik nak makan je, hahahaha. Kebanyak kan rumah yang kitaorang pergi, semuanya sediakan makanan. Dan setiap kali tu jugaklah mulut ni tak berhenti makan. Sampai yang diet pun hilang dah diet dia. Macam mana? hahahahah, Kan raya, so bedal jelakan. Lepas raya kang, sambunglah balik diet tu ye. Selalunya kitaorang balik hari je, tapi raya tahun ni bermalam sehari dekat kampung abah aku. Esoknya baru balik, sampai rumah malam jugak lah sebab melepak rumah wak aku bukan main lama lagi. 


Sebelum balik Nilai, sempat jugak lah aku beraya kejap dengan akak ketot ni. Sempat la jugak pegi melepak makan-makan, ngeteh-ngeteh kejap dengan dia ni. Dulu zaman dia belum kahwin, time raya memang kitaorang akan beraya rumah jiran-jiran sebelah, tapi sejak dia dah kahwin ni payah sikitlah. Yelah, pape pun dia mesti fikir laki dia dulu. Ni pun kebetulan kena masa dan time, so dapat lah jumpa. Thanks kak ketot luang masa dengan i, sayang lebih lah..muahahaha.



Ok, ni last jalan beraya. Sebenarnya pergi kenduri kahwin plus jalan raya sekali lah walaupun tak ada singgah mana-mana. Kononnya tak nak pergi sebab kerja, tapi mak abah aku beria nak pergi sebab besan dia ada sekali, nak pergi sekereta tak muat, jadinya aku pun ikutkan aje lah, Jadi driver diorang lah. Jauh jugak lah aku bawak, dari N.sembilan ke Pahang, masuk ni kali kedua drive ke Pahang, tapi ditemani orang tua tersayanglah, kalau drive sorang-sorang maunya mak abah aku bagi. Lepas dah habis majlis kahwin tu, kebetulan lalu Gambang, so singgah kejap lah kat Gambang Water Park ni, singgah cuci mato je. Tak singgah mandi pun. Merasa jugak lah masuk sini, walaupun tak main apa-apa. Lawat kawasan lah lebih kurang, mana tahu nanti nak datang lagikan, so awal-awal dah tahu tempat dia macam mana, kan senang, padahal alasan je semua tu..hahaha



Last but not least, Alhamdulillah, masih diberi peluang beraya dengan family tercinta. Gembira tak tahu lah nak gambarkan macam mana. Bagi aku walau sesibuk macam mana pun raya tetap aku nak ada dengan family, kalau tak memang pagi tu banjirlah jawabnya. Melainkan , memang dah tugas dan tak dapat dielakkan. Tu lain ceritalah kan. Ok, nak stop dah. Nanti ada cerita baru aku update ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Korang.

Assalammualaikum semua.