soalan yang kerap dan sering ditanya dan dikeluarkan.
1) lepas habis tingkatan 5 (spm), tak nak sambung stdy ke? kalau dapat sambung, sibuk dok tanya dapat sambung dekat mana, u mana, kolej mana or so on
2) lepas habis stdy, tak nak cari kerja ke? kalau dah dapat kerja, sibuk dok tanya kerja apa, pangkat apa, swasta or kerajaan, gaji besar mana, sesuai ke dengan tahap pendidikan yang kau ada and so on
3) lepas dah dapat kerja, sibuk pulak tanya, tak nak kahwin ke? tak ade orang nak ke? memilih sangat ke? jual mahal sangat nie, tu yang tak ada orang nak
4) bila dah kahwin.. eh, dah lama kan kahwin, masih berdua ke, bila nak tambah? merancang ke? gaji korang berdua tak cukup ke nak tampung anak? ke korang tak nak anak ( ayat paling sadis)
5) dan ada banyak lagi soalan-soalan lain, cuma aku malas nak taip banyak-banyak..muahahaha
hokey..memandangkan kita nie rakyat Malaysia yang tersangatlah ramah-tamah. habis semua sibuk nak tahu. boleh kita nak tahu sesuatu perkara tu, tapi jangan lah keterlaluan or terlebih.. kesian tuan badan nak menjawabnya. tuan badan pun payah nak jawab soalan yang ditanya kan tu. bukannya sebab tak belajar ke apa, tapi disebabkan soalan-soalan yang ditanya tu sedikit sebanyak ada sensitifnya.
" JANGANLAH KITA BERTANYA SOALAN YANG MENJADI RAHSIA ALLAH".
mungkin hanya luaran sahaja yang ok, tapi dalaman hanya aku dan DIA sahaja yang tahu. terlukanya hati ni dengan soalan yang ditanya sangat lah sakit dan perit..lagi-lagi bab jodoh dan anak. ok, sentap..memang sentap bila orang tanya soalan camni. kadang-kadang, walaupun soalan tu tak ditujukan pada diri aku, tapi aku sendiri dapat rasakan apa yang tuan badan tu rasa. macam kena kat batang hidung sendiri pun ye.
bagi aku, aku bersyukur dengan kehidupan sekarang. aku happy dengan kehidupan yang dikelilingi keluarga dan rakan-rakan. biarlah orang tak tahu aku macam mana, yang penting keluarga aku tahu siapa aku. soal jodoh, aku tak tolak kalau dia datang secepat mungkin, dan aku terima kalau jodoh aku lambat. bagi aku jodoh datang bila kita betul-betul dah bersedia dalaman dan luaran. soal jodoh bukannya soal yang boleh dibuat main-main. aku buat takat aku mampu je, lagipun aku muda lagi, kerjaya masih 50-50, biarlah stabil semuanya, baru aku fikir kearah untuk diri sendiri. niat aku cuma satu, aku nak bagi kebahagian pada kedua orang tua aku dulu, walaupun aku tahu apa yang aku bagi tak kan boleh dibayar or diganti dengan wang ringgit.
kita merancang, Allah juga merancang, tapi Alllah lah sebaik-baik perancang. macam mana baik sekali pun kita rancang, tapi bila Allah kata tak, maka memang tak jadi apa lah. tu sebab doa tu penting. lagi-lagi lepas solat.." Orang yang sombong adalah orang yang tak berdoa selepas habis solat". doa adalah senjata umat Islam.. tak rugi rasanya berdoa walaupun sekejap.
kau cakap ni, macam kau tu prefect sangat je..ye, aku memang tak prefect dan tak kan ada manusia yang sempurna di muka bumi ni. so, kita semua sama..walaupun darjat yang membezakan kita, tapi hakikatnya kita hanya insan yang kerdil, daif,penuh dengan dosa,dan terlalu banyak kurangnya, terlalu kecil disisi Yang Maha Esa.
biarlah siapa pun kita, janji kita jadi diri kita sendiri..tak perlu lah kita nak berlakon untuk tunjukkan kebaikkan diri nie. lama-kelamaan benda tu dapat dihidu jugak. so, aku adalah aku. macam mana korang kenal aku, macam tulah aku selamanya..insyAllah, akan aku perbaikkan diri ini dari hari ke hari, dari masa ke masa. insyAllah.. usaha dah, doa dah, selebihnya kita tawakal je..
ok, entry kali nie aku tak tahu lah kene ke tak dengan tajuk nya..sejak dah meningkat dewasa nie, cewah..fikiran lebih kepada orang dewasa-dewasa..walaupun masih setahun jagung, umur bukan pengukurnya, ye dak!!!tapi apa yang penting inilah aku..aku adalah aku..insan yang kerdil dan insan yang terlalu banyak dosa.
last but not least..
buah hati pengarang jantung aku..
dialah kawan, sahabat dan penasihat yang baik dalam hidup aku..
tulang belakang aku saat aku jatuh..
sayang mak abah..
insyAllah, aku akan cuba bahagiakan dia semampu boleh..
Assalammualaikum
