Alhamdulillah

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus bernafas sehingga kehari ini. Indah sungguh muka bumi yang sedang aku singgah untuk berteduh dan mengumpul segalanya dan indah juga blog aku yang semakin hari dipenuhi oleh sesawang yang agak menyemakkan. maaf la ye, sejak dah bekerja ni, masa banyak habis untuk kerja je. dah tak macam zaman belaja dulu.. ye, betul kata orang zaman kerja dengan zaman belaja lain sama sekali. dan sekarang aku dapat rasakan sendiri perbezaannya. Alhamdulillah, dah tiga bulan aku bekerja di sebuah syarikat ni dan alhamdulillah, tempoh percubaan dah habis aku lalui dan sekarang aku dah jadi staf tetap syarikat tersebut.. 

Alhamdulillah, selama tiga tahun aku di tempat orang dan akhirnya aku berjaya memilik segulung diploma. tiga tahun di tempat orang tanpa mengenali sesiapa, tanpa keluarga, tanpa rakan sekolah. ye, aku keseorangan di tempat orang. Alhamdulillah, tempoh tiga tahun tu aku rasakan jalan dengan pantas sekali..pejam celik pejam celik, dah habis blaja aku rupanya. sungguh cepat masa berjalan. Alhamdulillah, sepanjang tiga tahun dekat sana Allah kurniakan aku hati yang kuat. korang bayangkan, hidup sebatang kara di tempat orang dengan hati tak kuat, maun taknya macam-macam boleh buat tanpa pengetahuan family korangkan. aku bersyukur sangat-sangat sepanjang aku dekat penang aku dikurniakan kawan-kawan yang sangatlah baik dan indah perkertinya { wahai kawan-kawan ku sekalian, sila kembang..muahahahaha}.memang aku tak nafikan, kawan aku dekat sana semua baik-baik dan jenis yang tak sosial.



fresh Graduate from Politeknik Seberang Perai
in Diploma Business Study


kesayang dunia akhirat..
hadiah untuk mak abah.


aku 7 beradik.. bukan senang nak kumpul dan ambik gamba penuh macam nie..Alhamdulillah, masa hari ni kami dapat bergambar bersama. dah besar-besar dah anak wak paiman dan dah boleh kawin dah semua..huhuhu..


memandangkan line wifi agak perlahan, so gambar tak banyak yang aku dapat upload untuk entry kali ni. harap sangat gambar ni memadai ye. dah alang-alang datang ke penang ni, aku dan keluarga aku ambil keputusan untuk bercuti sekali..yela, time ni cuti panjang dan bukan selalu dapat datang penang. family aku bertolak dari negeri sembilan pagi sabtu, sampai sabtu malam dan ahad pagi kiteorang berjimba di pulau pinang..bayangkan keluar pagi, balik malam buta..tak ke betul-betul berjimba namanya. segala pelusuk dan tempat menarik kiteorang pergi. walaupun tak tahu jalan, tapi tu semua tak menghalang dan bukannya alasan untuk kami sekeluarga berjalan. apa susah, zaman sekarangkan dah canggih, waze aje.. :-). lagi pun penang tak besar mana, pusing-pusing tempat yang sama jugak. tak lari de ke negeri lain..yela, dah dia kat pulau, celah mana pulak tetiba wujud negeri lain dalam kawasan pulau tu kan..hahaha, tah ape aku cakap pun aku tak tahu..paham-paham sendiri lah ye wahai reader aku sekalian.

memandangkan line teramat slow, so mood tak hade nak terus taip enrty ni. tak de gambar nak bercerita pun jadi tak best. so, setakat ini aje la ye. maafkan saya kalau entry kali ni banyak kekurangan, walaupun entry nilah entry bermakna sebab story pasal konvo aku, tapi tak apalah, yang penting cerita selanjutnya tetap segar dalam kepala otak aku.. insyAllah, tak kan pernah untuk aku lupa..

Assalammualaikum semua










No comments:

Post a Comment

jemput2 la mengomen ye..:-)