lukisan 3D

Assalammualaikum semua..

memandangkan sekarangkan tengah musim cuti sekolah, so hari nie aku nak kongsikan satu tempat best yang wajib korang pergi. kenapa aku cakap wajib? korang datang dulu sana nanti baru korang tahu..aku malas lah nak bagitahu, karang korang tak pergi. so, korang kena pergi dulu, baru korang tahu. dan aku pasti korang takkan rugi dan takkan menyesal pergi sana.

lukut!!sapa tahu lukut kat mana, ha cepat angkat hidung...hahahah. korang tahu tak PD..ha lukut tu area-area PD la.. tak jauh pun dari pantai PD tu. dan yang pasti tempat dia tak susah untuk korang carik.  so, kalau korang dah sampai PD tu, meh ler singgah kejap dekat lukut. ada apa dekat lukut tu, ha, korang tengok la apa title entry kali nie..lukisan 3D kan, ha, kat lukut lah tempatnya lukisan tu. macam muzium la lebih kurang. tempat nie baru lagi, so ramai yang tak tahu. aku tahu pun sebab aku nie rajin stoker2 blog dan fb orang, tu yang aku tahu. dan untuk pengetahuan korang, lukisan 3D yg ada dekat lukut nie, merupakan lukisan 3D yg ketiga ada di Malaysia selepas penang dan selangor. 3 tahun aku duduk penang, baru sekarang aku tahu ada lukisan 3D kat sana. dan yang pastinya lukisan dia memang cantik gile.. akan aku terjah satu hari nanti.

lukisan 3D kat lukut nie pun cantik juga, naik gile lukisan dia..memang nampak real la.tak percaya, meh aku belanja gambar-gambar time pergi sana k..kita enjoy!!!




nie signboard depan dia..
















aku pergi time tu dengan abg,akak, akak ipar dan anak-anak buah aku.memang sesuai lah bawak budak pergi sini,. 











sempat jugak lah aku pozing satu dua gambar..tapi majoritinya memang semua ada gambar aku..





korang mampu buat macam brother nie buat..



bajet-bajet sweet la tu...wekkkk, poyos je..hahahah


macammana, korang rasa nak pegi tak.. kalau nak pergi, pergi sekarang sebab muzium tukan baru bukak, so memandangkan sekarang nie cuti sekolah, dia ada buat promosi.nanti lepas habis cuti sekolah tak tahu lah aku harga dia tetap ke atau naik. so, nak elakkan harga tu berubah, better korang pergi time cuti nie. tapi almaklum ler, tempat tu xdelah besar mana, kalau korang nak amek gambar kena la tunggu turn ye. sapa cepat dia dapat dulu.dan masa nak amek gambar nanti, korang kena amek dekat point yang ditetapkan, baru gambar yang korang amek tu nampak hasilnya macam 3D, kalau korang amek somborono je, memang tak jadi la 3Dnya..

dan yang penting, korang kena sediakan dulu duit tuk masuk..bukan free ok. masa aku pergi hari tu, masih lagi ada promosi dan harga nya RM15 dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak2..lepas habis je promosi nie, mungkin harga naik..dan korang tahu tak nak ke sini..hahahaha..ok, aku bagi klu..dekat dengan pasaraya giant lukut..betul-betul depan pasaraya giant tu. kalau tak jumpa jugak, nah aku bagi alamt dia. tapi korang kena datang tau..penat aku share tempat best dengan korang nie..

alamat :-
39, jalan DS 2/1,
Bandar Dataran Segar,
Lukut, Port Dickson.


last but not least.. aku nak terbang setinggi-tingginya..
terbang tinggalkan semua kenangan lama..
mencari damai dihati..
cehwa..ayat macam retis..
papepun senyum..kalau masam pun benda tak kan berpatah balik..melainkan kalau kita naik kereta, boleh undo2..hahaha(tak ado kaitan langsung)

ok, asssalammualaikum semua.. :-)







TAMAT

Assalammualaikum semua..

setelah sekian lama aku tak sentuh blog buruk lagi masam aku nie,bukan
malas, cuma tak mempunyai waktu yang cukup untuk merangka @ merapu kat sini. betullah orang cakap, zaman belajar dengan zaman kerja memang berbeza. zaman belajar dulu sesibuk mana pun, ada jugak masa nak gelak2..tapi zaman kerja nie, nak gelak pun susah, sebab balik kerja tak menentu.. hanya sempat senyum je..

sekian lama bersama, akhirnya perpisahan yang terjadi. ya, kami merancang, tapi Allah juga merancangkan dan Allah sebaik-baik perancang. Ya Allah, saat kata PUTUS yang dimnta, aku seperti diawang-awangan, seperti tak pijak dibumi, seperti gelap gelita dunia aku.. dan tanpa diminta air mata mengalir tanpa henti dan terus mengalir. hanya aku yang rasa segalanya. dunia yang riuh, aku rasa seperti senyap seribu bahasa dan seakan mentertawakan diri aku yang gagal dalam mencapai bahagia bersama insan yang aku sayang. ya, kami memang tiada ikatan yang sah lagi, tapi kenangan selama 7 tahun bersama terlalu banyak. terlalu perit untuk aku lupakan. terlalu sukar untuk aku buang semuanya.

maafkan aku kalau tindakan aku meluahkan keperitan dan kesedihan ini disini, kerana sebahagian cerita aku dan dia ada aku tulis di blog buruk aku nie. mungkin ada sebahagian dari korang akan cakap, ala baru hilang pakwe, buat apa nak sedih bagai. ya, betul apa yang korang semua pikiran, tapi bagi aku yang menyedihkan tu bila ingat balik kenangan kami. dan dia adalah lelaki pertama yang aku bawak jumpa orang tua aku,

disaat entry ini ditulis, hati aku kuat melawan perasaan sedih ni, kuat menahan air mata dari jatuh, kuat dari terus ingat segalanya tentang dia. aku tetap terus usaha untuk dia balik semula pada aku. tapi usaha aku sia-sia, sampai lah satu saat, hati ini nak sangat tengok fb, dan disitu tahulah aku jawapannya kenapa dia minta putus. aku tak kuat saat aku tengok dia dan tunangnya bergambar diatas pelamin. ya, mereka dah bertunang. tk ada apa yang mampu aku buat saat itu, air mata seakan tak nak mengalir lagi. betullah kata orang, selama mana sesuatu hubungan itu terjalin, tetapi kalau dia bukan jodoh kita, buatlah macam mana sekalipun, dia tetap bukan milik kita.

awak, selamat pengantin baru. aku tak pasti dia nikah hari apa, yang aku tahu majis sebelah perempuan pada 6/12/2014. sekali lagi air mata aku mengalir. sedih, memang sedih. dan ahad lepas majlis sebelah dia. Ya Allah, air mata aku sekali lagi jatuh. sedih. sepanjang berkawan, macam-macam impian yang kami nak capai bersama, tapi semuanya tak kesampaian.

hari nie, hampir setahun aku tinggalkan dan tak sampai setahun kami berpisah dia dah jumpa penganti aku. tak pelah, mungkin jodoh dia memang bukan dengan aku. Aku redha. aku terima dengan hati terbuka walaupun hakikatnya aku tak kuat untuk lawan semua nie. dan cuma satu je, aku takkan tunjukkan sedih aku depan family aku. sebab aku tak family aku terus-terus salahkan dia. ia, aku mengaku dalam hal ini, bukan dia saje yang bersalah, aku jugak ada salahnya. dan apa masalh kami, tak perlulah rasanya aku ceritakan di sini. cukuplah aku luahankan rasa sedih aku kat sini. dia bahagia dah cukup buat aku bahagia. dan aku akan tetap terus berjalan walaupun dia tak de disisi.

sebahagian cerita kami yang pernah aku tulis disini, dah aku padamkan. sebab tak ada guna dah untuk aku terus simpan kenangan dia dan aku. kenangan dia dan aku biarlah terus berlalu..

pada mak abah,family dan kawan-kawan aku, terima kasih banyak bagi sokongan. terima kasih sangat2 banyak bagi kekuatan. terima kasih untuk segalanya. mak abah, orang mintak maaf sebab dah banyak buat silap. walaupun satu ketika dulu mak larang hubungan aku dan dia, tetapi diatas kedegilan aku, aku tetap teruskan hubungan ini. akhirnya mak boleh terima dia, dan kepercayaan mak kat dia disia2kan. agaknya kalau orang dengar cakap mak, mungkin semua nie tak jhadikan.. tapi, takpela, anggap ini ujian dan dugaan untuk kau dayah. percayalah, setiap apa yang terjadi mesti ada hikmahnya.

dan sekarang, Alhamdulillah, aku boleh hidup tanpa dia. dan aku kan teruskan hidup nie tanpa dia. dan aku akan buktikan yang aku mampu hidup tanpa dia. dan sekarang, bukan masanya utk aku terus ingat dekat dia. soal jodoh aku serahkan segalanya pada Allah yang maha Esa. jodoh cepat aku terima, jodoh lambat pun aku terima. dan yang pasti aku tak pernah fedup dengan semua nie.

- BERSABAR DUHAI HATI, JODOH TU ALLAH DAH TETAPKAN DARI DALAM RAHIM LAGI, USAHA LAH SELAGI MAMPU.
- JADIKAN INI SATU IKTIBAR DAN PENGAJARAN.

sekian, Assallammualaikum..