TAMAT

Assalammualaikum semua..

setelah sekian lama aku tak sentuh blog buruk lagi masam aku nie,bukan
malas, cuma tak mempunyai waktu yang cukup untuk merangka @ merapu kat sini. betullah orang cakap, zaman belajar dengan zaman kerja memang berbeza. zaman belajar dulu sesibuk mana pun, ada jugak masa nak gelak2..tapi zaman kerja nie, nak gelak pun susah, sebab balik kerja tak menentu.. hanya sempat senyum je..

sekian lama bersama, akhirnya perpisahan yang terjadi. ya, kami merancang, tapi Allah juga merancangkan dan Allah sebaik-baik perancang. Ya Allah, saat kata PUTUS yang dimnta, aku seperti diawang-awangan, seperti tak pijak dibumi, seperti gelap gelita dunia aku.. dan tanpa diminta air mata mengalir tanpa henti dan terus mengalir. hanya aku yang rasa segalanya. dunia yang riuh, aku rasa seperti senyap seribu bahasa dan seakan mentertawakan diri aku yang gagal dalam mencapai bahagia bersama insan yang aku sayang. ya, kami memang tiada ikatan yang sah lagi, tapi kenangan selama 7 tahun bersama terlalu banyak. terlalu perit untuk aku lupakan. terlalu sukar untuk aku buang semuanya.

maafkan aku kalau tindakan aku meluahkan keperitan dan kesedihan ini disini, kerana sebahagian cerita aku dan dia ada aku tulis di blog buruk aku nie. mungkin ada sebahagian dari korang akan cakap, ala baru hilang pakwe, buat apa nak sedih bagai. ya, betul apa yang korang semua pikiran, tapi bagi aku yang menyedihkan tu bila ingat balik kenangan kami. dan dia adalah lelaki pertama yang aku bawak jumpa orang tua aku,

disaat entry ini ditulis, hati aku kuat melawan perasaan sedih ni, kuat menahan air mata dari jatuh, kuat dari terus ingat segalanya tentang dia. aku tetap terus usaha untuk dia balik semula pada aku. tapi usaha aku sia-sia, sampai lah satu saat, hati ini nak sangat tengok fb, dan disitu tahulah aku jawapannya kenapa dia minta putus. aku tak kuat saat aku tengok dia dan tunangnya bergambar diatas pelamin. ya, mereka dah bertunang. tk ada apa yang mampu aku buat saat itu, air mata seakan tak nak mengalir lagi. betullah kata orang, selama mana sesuatu hubungan itu terjalin, tetapi kalau dia bukan jodoh kita, buatlah macam mana sekalipun, dia tetap bukan milik kita.

awak, selamat pengantin baru. aku tak pasti dia nikah hari apa, yang aku tahu majis sebelah perempuan pada 6/12/2014. sekali lagi air mata aku mengalir. sedih, memang sedih. dan ahad lepas majlis sebelah dia. Ya Allah, air mata aku sekali lagi jatuh. sedih. sepanjang berkawan, macam-macam impian yang kami nak capai bersama, tapi semuanya tak kesampaian.

hari nie, hampir setahun aku tinggalkan dan tak sampai setahun kami berpisah dia dah jumpa penganti aku. tak pelah, mungkin jodoh dia memang bukan dengan aku. Aku redha. aku terima dengan hati terbuka walaupun hakikatnya aku tak kuat untuk lawan semua nie. dan cuma satu je, aku takkan tunjukkan sedih aku depan family aku. sebab aku tak family aku terus-terus salahkan dia. ia, aku mengaku dalam hal ini, bukan dia saje yang bersalah, aku jugak ada salahnya. dan apa masalh kami, tak perlulah rasanya aku ceritakan di sini. cukuplah aku luahankan rasa sedih aku kat sini. dia bahagia dah cukup buat aku bahagia. dan aku akan tetap terus berjalan walaupun dia tak de disisi.

sebahagian cerita kami yang pernah aku tulis disini, dah aku padamkan. sebab tak ada guna dah untuk aku terus simpan kenangan dia dan aku. kenangan dia dan aku biarlah terus berlalu..

pada mak abah,family dan kawan-kawan aku, terima kasih banyak bagi sokongan. terima kasih sangat2 banyak bagi kekuatan. terima kasih untuk segalanya. mak abah, orang mintak maaf sebab dah banyak buat silap. walaupun satu ketika dulu mak larang hubungan aku dan dia, tetapi diatas kedegilan aku, aku tetap teruskan hubungan ini. akhirnya mak boleh terima dia, dan kepercayaan mak kat dia disia2kan. agaknya kalau orang dengar cakap mak, mungkin semua nie tak jhadikan.. tapi, takpela, anggap ini ujian dan dugaan untuk kau dayah. percayalah, setiap apa yang terjadi mesti ada hikmahnya.

dan sekarang, Alhamdulillah, aku boleh hidup tanpa dia. dan aku kan teruskan hidup nie tanpa dia. dan aku akan buktikan yang aku mampu hidup tanpa dia. dan sekarang, bukan masanya utk aku terus ingat dekat dia. soal jodoh aku serahkan segalanya pada Allah yang maha Esa. jodoh cepat aku terima, jodoh lambat pun aku terima. dan yang pasti aku tak pernah fedup dengan semua nie.

- BERSABAR DUHAI HATI, JODOH TU ALLAH DAH TETAPKAN DARI DALAM RAHIM LAGI, USAHA LAH SELAGI MAMPU.
- JADIKAN INI SATU IKTIBAR DAN PENGAJARAN.

sekian, Assallammualaikum..



No comments:

Post a Comment

jemput2 la mengomen ye..:-)