Assalammualaikum
apa perasaan korang kalau korang PUTUS CINTA???
a) kecewa
b) sakit hati
c) sedih
d) sunyi sepi
e) hilang arah tuju
f) down
g) semua sekali yang ada dekat atas
ha, cepat pilih mana satu jawapan korang!!!daripada firasat akulah kan dah sah-sahlah ramai yang pilih (G), right? sebab apa aku kata (G)? sebabnya aku pun pernah gak rasa saat2 indah nie yakni putus cinta, sama macam korang-korang jugak..almaklumlah, cinta monyet kan..orang kata cinta monyet nie takkan kekal..orang cakap la, aku cuma bagitahu je..xtaulah kan.
time bercinta : amboi,amboi,amboi...bukan main lagi korangkan, ketut pun korang kata wangi je time tu, yelah, kan saat-saat indah sedang bermaharajalela. bukan kentut je, yang si lelaki dok bajet handsem 24jam dan si perempuan pulak bajet ayu sepanjang masa. time g makan pulak, si perempuan makan sikit je, kata kenyanglah, xseleralah, xlalulah n bagai-bagailah,padahal bukan main lapar lagi time tu, yela keluar pepagi buta, dengan tak makannya bangun tidur siap-siap terus keluar sebab excited sangat nak jumpa pengarang jantung buah hatiku, hahaha, sudahnya diri sendiri yang merana, apa lagi sampai je rumah terus bedal nasi berpinggan-pinggan,kan!!..bila bab bercakap pulak,tak kiralah depan-depan or dalam phone, alamak sedapnya suara, lembutnya suara, merdunya suara, kalah siti nur haliza, kontrol punya pasal, tu yang merdu sokmo..secara sekeluruhannya, hanya tuan badan sahaja yang tau diri sendiri macam mana..itu dah memang hakikatnya,indahnya bercinta..hohoho
time putus cinta : dah berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun cinta disulam akhirnya hubungan yang disemai tak tahan lama..putuslah sudah ikatan percintaan yang dulunya disanjung-sanjung..so, datanglah pelbagai perasaan, macam yang aku senaraikan A-G tu..bila dah jadi macam nie, mulalah macam-macam yang keluar dan dipertikaikan.yang lelaki salahkan perempuan, yang perempuan salahkan lelaki, yang lelaki curang, yang perempuan curang, kau tipu aku, aku tipu kau n macam-macam lagi lah..lepas tu keluar lah ayat "mana janji-janji kau yang cakap dan hidup semati dengan aku", sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, niekan pulak pasangan couple yang belum ada apa-apa ikatan berpisah or putus.so, jangan tanya lah mana janji-janji manis tu..hati manusiakan berubah-ubah.
bila dah turun naik-turun naik mahkamah, kes "putus cinta" pun selesai..hahaha, ayat xtahan, macam suami isteri bercerailah pulak..so, berpisahlah mereka yang satu ketika dulu hidup didalam kebahagian.so sad, keluarlah air mata darah..bila dah bersendirian, lain pulak ceritanya,yela hati tengah sedih tahap gila babun,babun pun tak macam tu,so datanglah pihak yang tak sepatutnya hadir yakni syaitan..tu yang ada cerita sampai bunuh diri lah, makan racunlah, terjun bangunanlah disebabkan frust putus cinta. disebabkan terlalu sayang n terlalu cintalah sangatkan, tu yang amek keputusan buat benda harem jadah nie bagai.
Hello ualls, perlu ke sampai macam tu? banyak lagi kot cara yang lagi berfaedah untuk korang ubati sakit putus cinta tu. jangan cakap aku tak rasa apa yang korang rasa bila putus cinta nie, aku pun pernah rasalah semua tu..orang lain pun pernah rasa jugak.. benda nie korang dapat kawal kalau korang fikir betul-betul..sebenarnya, banyak sangat cara bagi kawal perasaan sedih tu bukannya amek tindakan yang mem
babi buta tu.adoiii..masalah-masalah..
macam-macam cara yang boleh kita kawal perasaan sedih nie dari terus bermaharajalela. antaranya, sibuk-sibukkan diri tu dengan kerja yang berfaedah, cari kawan untuk berborak n gelak-gelak, pergi bercuti ke, tak pun paling mujarab adalah Solat, doa banyak-banyak.sesungguhnya, DIA adalah sebaik-baik perancang. Mohonlah kepadaNYa, cari kedamaian untuk hati dan diri. jangan risau soal jodoh, ALLAH dah tetapkan jodoh kita dari kita dalam rahim emak kita lagi, cuma jodoh tu datang lambat @ cepat je. usaha pun kena ada jugak. doa banyak-banyak supaya dipermudahkan jodoh.
see..ALLAH dah sediakan yang jauh lebih baik untuk kita. manalah tau kot-kot ALLAH nak pertemukan kita dengan pasangan yang kaya,beriman,berilmu, baik hati, hensem, cantik..ha, hambek full package lagi tu,kau tak nak ke?? aku nak..hahaha..so xpayah lah nak buat kerja-kerja tak berfaedah tu..yang penting kenalah selalu berfikir positif..ingatlah keluarga tersayang..diorang lagi gila tau kalau korang buat kerja tak berfaedah tu, sebab diorang lagi lama bersama korang daripada kekasih hati pengarang jantung korang tu yang baru sejam dua hidup dengan korang..buang masa je buat kerja tu semua.
bukan nak tunjuk pandai sangatlah, aku tulis entry nie pon berdasarkan pengalaman aku yang lepas-lepas. daripada pengalamanlah kita boleh belajar erti kehidupan. walau sesayang macam mana sekalipun kita kat orang tu, tapi dia bahagia kalau kita lepaskan dia, so lepaskan jela..tak guna kau nak terhegeh-hegeh. cari je yang lain, wah senang saje aku cakap..hahaha..cakap kan memang senang, ape susah, xpun susah-susah sangat bagi je family korang yang carikan,senang.hahaha,kau sanggup ke????dan bila dah jumpa penganti nanti better xpayah nak bercintan cintun lelama sangat ye, cepat-cepatkan lah apa yang wajib, bercinta lepas nikah lebih indah maybe? macam mak abah kita, macam orang dulo-dolu..semoga entry nie dapat bantu korang sikit-sikit yang berada dalam kesedihan..aku just nak share je.berkongsi tu kan baik..so, aku nak kejar lah benda baik-baik nie..hahah
oklah jumpa lagi next time..bubye