AL-FATIHAH

Assalammualaikum reader..

18/07/2014 (JUMAAT,RAMADHAN YANG KE-20) hari ini dalam sejarah dimana seluruh rakyat malaysia dan seluruh dunia diselubungi perasaan sedih, hiba dan pilu. Dalam tahun nie sahaja 2 kes yang melibatkan kapal terbang Malaysia (MAS), bak kata pepatah,sudah jatuh ditimpa tangga.


Sepertimana yang korang semua tahu, bulan nie da masuk bulan yang ke-4, mesteri kehilanagn MAS MH307 masih belum dapat dirungkai dan masih belum jumpa apa-apa bukti yang sahhi bagi menyelesaikan pencarian yang agak rumit, pencarian dijalankan dari mula kapal terbang tu hilang sehinggalah ke hari ini. pelbagai pandangan yang diberikan terhadap mesteri kehilangan MAS MH307. PM pernah mengistiharkan yang pencarian MH307 berakhir di lautan hindi, ALLAHURABI, aku dapat bayangkan dan aku dapat rasakan perasaan keluarga mangsa dan keluarga anak kapal yang terlibat,tapi tak lama lepas tu, ada berita lain yang mengatakan lautan hindi bukan tempat terkahir MH307,Ya ALLAH, lain pulak ceritanya, siapa kita nak lawan kuasa yang maha ESA. ada sesetengah pihak membuat andaian kes kehilangan MH307 nie melibatkan politiklah, dendamlah, dirompaklah dan macam-macam lagilah andaian yang dikeluarkan. satu dunia hulurkan bantuan dari segala aspek, hari-hari doa dipohon dan solat dilakukan mohon petunjuk dari yang Esa supaya masalah ini dapat dirungkai, tetapi sehingga ke hari ini, masih belum jumpa lagi, mungkin ada hikmah disebaliknya..ALLAH adalah perancang sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu berdoa dan teruskan berdoa agar segala  masalah ini dapat dirungkai dengan cepat supaya keluarga mangsa yang terlibat dapat terima kebenaran..insyALLA, one fine day..

hari ini, satu lagi kes yang melibatkan kapal terbang MAS MH17. yang lebih tragis lagi kapal terbang tersebut ditembak dan terhempas..semua nyawa terkorban..aku malas nak cakap banyak, sebab korang semua tahukan ceritanya.silalah search sendiri ye..YA ALLAH, belum reda cerita MH307, datang lagi cerita MH17..yang lagi menyedihkan, kemalagan ini jadi dalam bulan puasa dan tinggal bape hari je lagi nak sambut Hari Raya Puasa. MH17 berlepas dari lapangan terbang Amsterdem ke KLIA, rata-rata penumpang dalam MH17 nie semua nak balik raya, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian..sedih sangat aku rasa bila dapat berita nie. masa aku tengak gambar dan video yang dikongsi, Ya ALLAH, mayat-mayat bergelimpangan sana sini, tak sanggup aku nak tengak dan nak habiskan vidoe tu, sebak.Ya ALLAH, macam manalah perasaan keluarga mangsa ..tak terpikul rasanya sedih diorang tu.. aku pun tak mampu nak buat apa, selain hanya mampu berdoa. semoga keluarga mangsa dapat menerima dengan hati yang redha dan berbanyakkan sabar..memang aku hanya mampu cakap je, sebab aku tak de dekat tempat diorang. aku tak tahu nak cakap apa kalau benda nie jadi dalam keluarga aku. mungkin perasaan aku pun sama macam keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17. mintak jauh lah semua nie, tapi mampukah kita nak lawan takdir ALLAH?






antara sebahagiannya.


sebelum kejadian, mangsa sempat membuat video (maaf, video tak dapat nak upload)
caption yang ditulis dalam #hatiadasikitgentar
mungkin itu petunjuk DIA.
semoga mangsa yang terlibat di tempatkan digolongan yang beriman..insyALLAH

dalam bulan nie je, ramai dah berita kematian yang aku dengar. Alhamdulillah, mereka semua pergi dalam bulan yang mulia, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Ramadhan nie, Ramadhan terakhir buat mereka semua yang dah kembali ke rahmatullah. kita macam mana?
MATI, jangan takut sebab mati itu PASTI.cuma kita tak tahu bila masanya dan bagaimana caranya..SubhanALLAH..


dekat mana sekali pun kita ada, kuat mana sekali kita nie, handal mana sekali pun, larilah sejauh mana pun, bila dah tiba masanya, tak ada apa yang mampu halang..

assalammualaikum..







No comments:

Post a Comment

jemput2 la mengomen ye..:-)