PRAY FOR GAZA

Assalammualaikum reader yang tersayang..

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik da masuk hari ke 12 kita semua umat Islam berpuasa dan Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar tanpa ada sebarang halangan..


daripada gamba nie, aku rasa korang semua da tahu apa cerita untuk entry kali nie..ye, hari nie aku nak cerita sedikit tentang pergolakan yang semakin menganas dibumi Gaza.Ya Allah, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap detik, angka kematian umat Islam dibumi Gaza semangkit meningkat..hati nie terdetik, mampukah kita yang hidup aman di sini, pergi ke sana mengantikan tempat mereka..Ya Allah, tak mampu untuk aku gambarkan. kita disini dilimpahkan kemewahan, kesenangan, keselesaan yang tak terkata, tapi mereka disana hari-hari dilimpahkan darah yang tak pernah putus mengalir, dihiasi bunyian yang menyeramkan,diselubungi perasaan takut sepanjang masa, memang jauh berbeza mereka dan kita disini..





anak kecil yang tak tahu menahu turut menjadi mangsa
hilang emak,
hilang bapa,
hilang adik beradik
semuanya dalam sekelip mata..
xdpt aku nak gambarkan apa perasaan yang mereka rasakan saat ini


airmata terus mengalir dan tak pernah berhenti mengalir.


tiada apa yang mampu kita buat dan bantu, selain berdoa..
sempena bulan yang mulia nie, berdoalah kita dan teruskan lah berdoa untuk keselamatan seluruh umat seagama kita disana, kerana doa itulah senjata kita. semoga doa kita di terima ALLAH S.W.T..amin






No comments:

Post a Comment

jemput2 la mengomen ye..:-)