Assalammualaikum..
haii korang, actually aku tak ada apa pun nak update. yela tajuk pun no idea kan. tapi aku paksakan jugak untuk update pape cerita untuk tambahkan koleksi cerita dalam blog buruk aku ni. pernah terfikir nak buat blog macam blogger-blogger terkenal macam Irine Nadia, Fatin Liyana, Cik Epal, Yuyu Zulaikha dan ramai lagi lah blogger-blogger yang lain, kalau nak tahu lebih detail korang pergilah search sendiri, kang kalau aku list kan semua maun entry ni tukar tajuk dari No Idea kepada Senarai Blogger Terkenal kang..hahahah...
tu antara blogger yang selalu aku ikut perkembangan diorang lah, dan dari situ jugaklah tercetusnya minat untuk buat blog ni. tapi blogger yg aku follow tu blogger yang power. tak macam aku ni, blogger cikai je. blog sesuka hati nak update ke tak nak, kekadang setahun 2 3 cerita je. hahahah, sadis sungguh. mula-mula je semngat nak buat blog macam diorang semua, tapi biasalah hanget-hanget tahi ayem..ni bukan typo ok, memang saja aku tulis begitu. saja nak rosakkan peribahasa..menjahanamkan sesuatu serah pada aku..muahahahahah
dengan diorang ni jugaklah macam-macam informasi aku dapat. dari tak tahu, jadi tahu. dari tak kenal, jadi kenal dari zero pelahan-lahan ada basic, perlahan-lahan naik satu per satu tangga. Terima kasih bebanyak lah ye wahai blogger semua. aku tahu diorang tak kan pernah perasaan aku, sebab diorang mempunyai follower yg ramai, tapi aku tak kisah semua tu. mana tahu esok lusa dia terbaca ke entry aku ni kan, haaa, mana lah tahukan. terharunya kalau diorang baca blog buruk aku ni. perasan je lebih..muahahahah,,
InsyAllah, satu hari nanti blog aku pun akan jadi macam blog-blog diorang..yang akan dibaca oleh sesiapa sahaja. cehwaaa.. tak pelah, dari anggan-anggan lah jadi kenyataan.betul ke tak?
kalau korang nak tahu lebih details pasal blogger-blogger ni, sila la klik link yang aku share kat atas tu. korang bacalah sendiri pasal diorang tu semua. yang pasti semuanya memang meletop. tak tipu. ok
untuk yang terakhir tapi bukan terakhir, abaikan budak tudung biru tu.. siapa suruh menyelit, kan dah tertangkap. lepas tu kan dah termasuk dalam entry aku ni ha.. padan muka..hhahahaha..dekat mana-mana pun boleh bergambar, janji korang bahagia.
ok, bye

No comments:
Post a Comment
jemput2 la mengomen ye..:-)