Alhamdulillah, sejak aku adik-beradik makin membesar ni, macam-macam yang kita orang plan. nak kesana lah, nak kesini lah, nak buat itulah, nak buat inilah, kalau boleh semuanya nak pegi dan semuanya nak buat..dulu masa zaman aku sekolah lagi, dapat berkumpul semua dekat rumah mak abah pun dah kira happy sangat. tapi sekarang ni memasing dah besar dan dah bekerja, so kita main luar pulak. family day!! setakat ni kita orang layan belah-belah utara dulu. pantai timur dengan selatan belum lagi. first family day time abang aku no.3 kahwin. dia dapat orang perak, so dah alang-alang kesana dekat pulak dengan cameron highland, so lepas habis majlis dekat perak, kita orang terus naik cameron. bermalam dekat sana semalam. yang second time aku konvo kat penang. habis satu penang tu kita orang terjah. tapi tak bestnya sangkut dalam jem berjam-jam. tension nokk..hahahahah
dan yang terbaru ni, kita orang layan LANGKAWI pulak. cerita sebenarnya macam ni. mak aku plan nak pegi rombongan ke sana dengan geng seangkatan dengannya lah, tapi bila sampai je masanya, abah aku pulak sakit.. betul-betul time mak aku nak pegi, lastnya mak aku pun batalkan niat dia nak ke langkawi. macam terkilan la jugak mak aku ni. so aku adik beradik pakat untuk ke Langkawi bawak mak. lagipun mak aku tak pernah pegi. tu beria dia nak kesana. katanya tak nak beli apa-apa, sudahnya bertroli dia borong. nah bukti..
sampai tiga troli mak abah aku borong. ok, jangan terpedaya, itu semua tipu. terhasilnya tiga troli ni bila semua barang dah campur. barang mak aku, barang kakak aku, barang kak ipa aku dan yang pasti barang aku.hahaha..kan tuan tanah kedaung punya blog, tak kan lah tak nak selitkan jugakkan..muahahahaha.. ok, untuk makluman semua, abah aku ok yang request nak bergambar ni. time tu aku tengah pozing-pozing dengan anak-anak buah aku, tetiba abah cakap, 'cepat-cepat amek gamba abah pulak', aku sebagai anak yang taat, ikutkan saja permintaan beliau.. hahahahaha
ok, meh nak cerita dari mula ye.yg tadi tu mukadimah je baru, belum start pun.muahahah. sebenarnya plan nak pegi ni dah lama, kejap nak naik flight, kejap nak naik kereta. penyudahnya, kita orang naik kereta je. sebab plan onthespot kan, so decide terus naik kereta, mana ada flight murah time-time macam tu kan. lagi-lagi time aku pergi ni masa cuti panjang. kita orang pergi time tu 4hari 3malam. last minit carik homestay, akhirnya jumpa jugak, mostly dah penuh.. tapi abang aku gagahkan jugak untuk carik, akhirnya dapat lah kita orang sebijik rumah. Selesa lah untuk kami satu keluarga. sebelum pergi tu, macam biasalah tempat berkumpul kat rumah akak aku. kita orang gerak khamis malam jumaat.(30/04/2015). kenapa gerak malam? sebab khamis tu memasing kerja lagi termasuk lah aku, lagipun nak elak jem. lepas kerja, semua terus berkumpul kat rumah akak aku. dalam pukul 9 lebih jugak lah, kita orang baru gerak. disebabkan keluarga makin membesar, kami pergi naik 4 bijik kereta. sepanjang perjalanan tu aku memang tidur jela. bangun pun bila kereta berhenti. so tak terasalah jem ke apa. cuma terasa sejuk je..muahahahah..
bayangkan gerak pukul 9 lebih, sampai sana betul-betul subuh. berapa jam perjalanan tu.. maun kematu bontot den..hahaha..10 jam perjalanan tapi tu termasuk berhenti lah.. tak de direct de..masa berhenti dekat R&R Tapah, memang ramai betul orang, kenderaan pun banyak.rata-rata semua nak bercuti dan nak balik kampung. lepas dari Tapah tu, aku sedar-sedar dah sampai sebab dengar ulat (pernah tak rasa kalau kat station bas, "adik nak pergi mana" dan bukan sorang je tanya, tapi ramai, pernah rasa x? haa, tulah ulat yg aku maksudkan) lagi-lagi nampak no plat kereta 'N & W' memang sah-sah lah diorang tahu aku ni datang nak bercutikan. so, dia bawak la sampai ke jeti dan tah pape lagi tah, tu semua abang-abang aku yang uruskan..
sampai je kat jeti, Ya Allah, punyalah ramai orang. jeti tu di banjiri manusia. terlalu penuh dengan orang. turun je dari kereta akak aku terus pegi beli tiket. beraturnya jangan cakap lah panjang mana, memang panjanglah. nasib time tu ada sorang kakak tu cancel nak beratur so, akak aku pun dapat lah potong Q. tot tet, tot tet, kitaorang dapat tiket pukul 8.30a.m. sementara nak tunggu pukul 8.30a.m tu, kita orang melepak lah kat jeti tu sampai masa untuk naik ferry.
kita orang naik dari jeti Kuala Perlis. ok, boleh nampak tak orang ramai kat depan jeti tu? ramaikan, tu belum tengok yang tunggu belah dalam lagi, lagi ramai. air-con tak rasa air-con dah kat dalam tu. kita orang stay luar je, sebab bebas sikit dari kat dalam yang tertutup dan semak dengan orang yang ramai. lebih kurang 8.30 kita orang pun selamat lah naik ferry. dalam ferry tu sempat lah tidur sekejap. penat kot.masa naik ferry tu , seat kita orang kat bawah, so tak ada tingkat dan tak nampak apa-apa. tahu-tahu ferry dah gerak dan tahu-tahu je ferry dah sampai Langkawi. Terus keluar dan amek kereta dan terus tuju homestay untuk rehat kejap. lepas rehat semua, teruskan operasi membeli belah, sebab esoknya kita orang pergi pulau, tu sebab kena shopping hari sama sampai Langkawi. kalau datang Langkawi, otak terus fikir Coklat, pinggan mangkuk, kain batik, rokok, bagasi dan seangkatan dengan nya lah. dekat Langkawi memang takde tempat lain dah yang popular kalau nak shopping kalau tak dekat Hig tu. so, kesana lah kami semua. aku tak ade beli apa pun, just beli apa yang kawan-kawan kirim dan untuk aku pulak aku beli bagasi je. sebab kan aku nak travel satu malaysia tu yang aku beli tu.hahahah.
lepas dah habis shopping tu, terus kita orang pegi makan. kita orang makan tepi pantai, dapat la layan sunset kejap. actually, gambar ni gambar dari phone aku je n gambar dari wahtsapp, gambar lain semua dalam camera dan gambar tu dalam pc dekat rumah. dan tak sempat nak copy masuk hardisc aku..so, aku just bagi yang ada dekat phone aku jela ye..Habis dah cerita untuk hari pertama, ok.hari seterusnya tunggu next update k. ahahha.. InysAllah, kalau kerajinan aku datang dan kebizian aku tak bizi cepat lah aku update , kalau tak, tunggu jela ye next post..
Assalammualaikum.



No comments:
Post a Comment
jemput2 la mengomen ye..:-)