LANGKAWI part 2

Assalammualaikum semua.

ok, meh kita sambung cerita haritu, pada sesiapa yang tak baca lagi sila lah klik link ni ye !HERE!.


lepas je siap makan, kita orang tak terus balik homestay, kita orang terus ke pantai chenang. pantai chenang nie lebih kurang macam dekat batu ferenggi la, siapa yang pernah pergi batu ferenggi tahu lah situasi dia macam mana.. dia hanya hidup waktu malam je.barang yang dijual pun lebih kepada t-shirt, topi. cenderahati dan macam-macam lagi la. kebanyakkan semua yang dijual dekat situ semuanya sama. cuma harga je berbeza, kalau kau sejenis orang yang pandai main harga, so dapat lah kau harga murah. kalau sejenis orang yang tak kisah dengan harga, beli lah kau dengan harga tu.. tapi aku sejenis orang yang nak lagi murah dari harga asal, so masa beli barang tu aku dengan mak aku pun main lah harga dengan jayanya.. dapat lah kurang sikit,walaupun tak banyak. tengah jalan-jalan kat pantai chenang tu, tetiba jumpa abang merah botak ni, tu yang bergamba manja-manja sikit dengan dia.. seksi lah kau abang botak..muahahaha..lepas habis pusing-pusing pantai chenang tu, kita orang pun tersu balik.. dan rehat secukupnya untuk aktiviti keesokkan hari..

keesokkan harinya pulak, kita orang bangun awal pagi. sebab aktiviti pagi tu kena ada dekat tempat tu pukul 10.00 pagi. so, lepas sarapan je terus naik kereta pergi tempat yang dituju. aktiviti untuk hari kedua ni kita orang pergi pulau. Kalau dah ke pulau dah semestinya naik boat kan. mak aku seboleh-boleh tak nak pergi,takut katanya ahhaha.. bayangkan masa pergi penang, kita orang naik ferry, bila dah naik ferrykan kita boleh lepak kat luar tu. mak aku langsung tak turun dari kereta. duduk sensorang dalam kereta, abah aku teman. padahal kita orang semua keluar, siap bergambar lagi..


perjalanan menuju ke jeti.. bagus-bagus, sebaris je jalan. teringat zaman sekolah, cikgu suruh beratu sebaris, sambil tangan angkat ke bahu kawan. jangan keluar dari barisan..ahhahahaha.kenangan. disebabkan jalan kecik dan majoritinya van yang masuk, tu yang kami ni jalan sebaris je, kalau berterabu habis lah kene lenyek dengan van tu, ok tipu, mana ada orang nak langgar, gila ke apa sesuka hati nak langgar anak orang..ada faham!!!

ok.. bermulanya perjalanan kami semua.. duduk elok-elok ye sesiapa yang didarat, kami nak kelaut kejap..muahaha

sampai je sini. tetiba abang yang bawak boat kita orang nie, berhenti tengah-tengah laut. rupanya dia nak tunjuk gunung yang serupa orang tengah baring. nie First pulau yang kita orang pergi,pulau dayang bunting. ok, nampak tak gambaran macam orang tengah baring. kepala dia belah kanan.

ok, sampai dah dayang bunting. aku ingat dia pulau, rupanya tasik..hahaha..buta sejarah betul, mana tak butanya spm pun dapat D..hahaha, tak suka sejarah!! sampai je sini, semua kena naik tangga serupa tangga batu cave, ok tipu.. tapi series, penat naik tangga tu. lepas dah naik tu, korang akan sampai lah destinasinya. series, cantik. dan kalau korang nak mandi, silakan.. aku memang confirm lah mandikan walaupun xpandai berenang. buat-buat pandai je.. jaket keselamtan kan hado.kat sini, abang boat tu bagi masa sejam je.. kejap je rasa.

tahu tak gambar apa nie? ok, meh nak cerita, lepas sejam dekat dayang bunting, kita orang naik boat balik  dan terus pergi kat sini.. nama pulau nie pulau singa besar. tempat helang makan. time nie memang nampak real besarnya burung helang tu, tapi time tu tak banyak sangat helang dia. tapi ada lah jugak.mungkin helang tu dah kenyang kot, sebab ramai sangat yang datang masa tu, sebab setiap boat yang datang dia akan campak lemak ayam kat laut dan helang tu datang sambar lemak ayam tu and than makan. kenyang!!

lepas je tengok helang makan, kita orang terus pergi dentinasi terakhir..pulau beras basah. masa kat pulau nie tak de gambar. sebab memasing sibuk nak snorkeling. air dia jernih, tapi tak jernih sangat. aku pun try lah snorkeling, nampak lah jugak ikan-ikan dia. tapi tak puas, sebab air masin, macam menggangu je aktiviti snorkeling aku {padahal aku yang tak pandai snorkeling..hahah}.. kat sini lama jugak la.. mandi-manda semua, tu yang sempat nak bergambar ke apa. le[as je habis aktiviti kat situ, terus naik boat balik dan balik semula ke homestay. sampai je homestay memasing kelaparan. makan jela baki sarapan pagi tadi.kesian..rehat-rehat kejap, lepas tu keluar balik g makan tengahari walaupun jam dah pukul 4 petang..

kononnya nak naik cable car, tapi tak dapat sebab next trip pukul 7.30 mlm. memang tak la aku nak tunggu, sebab mak abah aku tak naik, macam biasa, takut. so, tak kan nak biar diorang tunggu lelamakan. maka dengan hati yang agak terkilan, aku pun bergambar jela dengan signboard harga cable car nie, jadilah sebagai kenangan..ok, nie kali ketiga aku pergi langkawi, dan ketiga-tiga kali nie jugak aku tak berpeluang untuk naik cable car, sodeh cik. tak pelah, lain kali boleh pergi lagi.kan.

hari ketiga tu, kita orang agak rushing. sebab kita orang kejar tiket ferry..kan orang ramai, so kenalah beli awal.pepagi subuh memasing dah bangun.. abang ipar aku dan abang aku pepagi lagi dah keluar awal nak beli tiket. tiket kita orang pukul 10.30 pagi, memang tak sempat nak singgah dataran helang. sampai-sampai je jetty, orang dah mula ramai, macam nak gila tengok orang ramai sangat.

sampai masa naik lah ferry kami nie semua.. insyAllah, aku nak repeat lagi ke sini.. sebab tak puas. selagi cable car aku tak naik, selagi tu aku tak puas.. ahhaha.. lagi pun banyak lagi tempat aku tak pergi dalam langkawi ni. dan yang terbaru ada lukisan 3D macam yang kat lukut aku pergi hari tu..kalau nak tahu pasal 3D lukut yang aku pergi haritu sila lah klik sini ye !HERE!

nah amek.. pergi 5 beg je, sekali balik tetiba bertambah pulak beg nya.. beg boleh beranak ke wei!! hahahaha..nasib lah ada abang-abang sado yang tolong punggahkan bagasi nie semua dalam ferry, kalau tak pengsan nak ngankatnya weii..sampai je kereta, terus main sumbat je, tak dan dah nak kemas elok-elok, sebab dekat situ jem.

masa aku pergi nie, kat perlis tengah musim harum manis, tu yang lepas je makan tengahari, terus lah carik harum manis. ingat ada lah dekat-dekat situ je, sebab kalau boleh kitaorang tak nak pergi padang besar, malas dah nak tempuh orang yang ramai dan jem.tapi disebabkan harum manis tak ada dekat-dekat, so ke padang besar jugak lah kami pergi. hujung dunia wei aku satu family berjalan. nak kahwin lari pun boleh dah nie, dekat sangat dah tu dengan siam..hahaha..shopping sekejap lah aku kat situ. situasi dia serupa macam oekan rabu. benda pun lebih kurang.. tak de beli apa sangat. dah habis shopping tunggu apa lagi, balik lah.. hoiii, kejap, kan tadi kata nak beli harum manis, mana nya??

sorry, harum manis tak sempat nak snap. dan aku pun tak keluar dari kereta ni, sebab dah mengantuk sangat. terjaga pun sebab berhenti kat sini nak beli si harum manis tu. abang-abang, mak dan akak aku lah yang pergi membelinya, sebab diorang yang nak sangat.

Habis je shopping dekat padang besar, kita orang teruskan perjalanan balik ke sarang. tapi sebelum tu kita orang bermalam dulu dekat perak. rumah mak mertua abang aku, besan mak abah aku la. yela, dari perlis pun dah petang, tak kan nak terus balik negeri sembilan kan.. kan patah pinggan pulak driver-driver aku kang..hahah.. semalam dekat perak, lepas tu, pepagi lagi dah gerak balik negeri sembilan.


penat memang penat, tapi aku happy sebab banyak masa aku habiskan dengan family aku. kita orang jadi makin rapat dan rapat. bersyukur sangat sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat happy dan gila-gila nie. dia lah tulang belakang aku, dialah kawan aku dan dia lah segalanya dan ipar duai aku pun aku dah anggap macam darah daging sendiri. Alhamdulillah..next time kita rancang pergi tempat lain pulak ye..

Last but not least.. harta berharga dalam hidup aku. aku bahagia bila mak abah senyum dan gembira..luv u lah mak abah..ok, tamat dah cerita Langkawi. insyAllah, cerita lain bakal menyusul. sabar ye

Assalammulaikum.































2 comments:

  1. seronok sangat.. bukan senang nak dapat berkumpul ramai macam ni.. :-)

    ReplyDelete

jemput2 la mengomen ye..:-)