lukisan 3D

Assalammualaikum semua..

memandangkan sekarangkan tengah musim cuti sekolah, so hari nie aku nak kongsikan satu tempat best yang wajib korang pergi. kenapa aku cakap wajib? korang datang dulu sana nanti baru korang tahu..aku malas lah nak bagitahu, karang korang tak pergi. so, korang kena pergi dulu, baru korang tahu. dan aku pasti korang takkan rugi dan takkan menyesal pergi sana.

lukut!!sapa tahu lukut kat mana, ha cepat angkat hidung...hahahah. korang tahu tak PD..ha lukut tu area-area PD la.. tak jauh pun dari pantai PD tu. dan yang pasti tempat dia tak susah untuk korang carik.  so, kalau korang dah sampai PD tu, meh ler singgah kejap dekat lukut. ada apa dekat lukut tu, ha, korang tengok la apa title entry kali nie..lukisan 3D kan, ha, kat lukut lah tempatnya lukisan tu. macam muzium la lebih kurang. tempat nie baru lagi, so ramai yang tak tahu. aku tahu pun sebab aku nie rajin stoker2 blog dan fb orang, tu yang aku tahu. dan untuk pengetahuan korang, lukisan 3D yg ada dekat lukut nie, merupakan lukisan 3D yg ketiga ada di Malaysia selepas penang dan selangor. 3 tahun aku duduk penang, baru sekarang aku tahu ada lukisan 3D kat sana. dan yang pastinya lukisan dia memang cantik gile.. akan aku terjah satu hari nanti.

lukisan 3D kat lukut nie pun cantik juga, naik gile lukisan dia..memang nampak real la.tak percaya, meh aku belanja gambar-gambar time pergi sana k..kita enjoy!!!




nie signboard depan dia..
















aku pergi time tu dengan abg,akak, akak ipar dan anak-anak buah aku.memang sesuai lah bawak budak pergi sini,. 











sempat jugak lah aku pozing satu dua gambar..tapi majoritinya memang semua ada gambar aku..





korang mampu buat macam brother nie buat..



bajet-bajet sweet la tu...wekkkk, poyos je..hahahah


macammana, korang rasa nak pegi tak.. kalau nak pergi, pergi sekarang sebab muzium tukan baru bukak, so memandangkan sekarang nie cuti sekolah, dia ada buat promosi.nanti lepas habis cuti sekolah tak tahu lah aku harga dia tetap ke atau naik. so, nak elakkan harga tu berubah, better korang pergi time cuti nie. tapi almaklum ler, tempat tu xdelah besar mana, kalau korang nak amek gambar kena la tunggu turn ye. sapa cepat dia dapat dulu.dan masa nak amek gambar nanti, korang kena amek dekat point yang ditetapkan, baru gambar yang korang amek tu nampak hasilnya macam 3D, kalau korang amek somborono je, memang tak jadi la 3Dnya..

dan yang penting, korang kena sediakan dulu duit tuk masuk..bukan free ok. masa aku pergi hari tu, masih lagi ada promosi dan harga nya RM15 dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak2..lepas habis je promosi nie, mungkin harga naik..dan korang tahu tak nak ke sini..hahahaha..ok, aku bagi klu..dekat dengan pasaraya giant lukut..betul-betul depan pasaraya giant tu. kalau tak jumpa jugak, nah aku bagi alamt dia. tapi korang kena datang tau..penat aku share tempat best dengan korang nie..

alamat :-
39, jalan DS 2/1,
Bandar Dataran Segar,
Lukut, Port Dickson.


last but not least.. aku nak terbang setinggi-tingginya..
terbang tinggalkan semua kenangan lama..
mencari damai dihati..
cehwa..ayat macam retis..
papepun senyum..kalau masam pun benda tak kan berpatah balik..melainkan kalau kita naik kereta, boleh undo2..hahaha(tak ado kaitan langsung)

ok, asssalammualaikum semua.. :-)







TAMAT

Assalammualaikum semua..

setelah sekian lama aku tak sentuh blog buruk lagi masam aku nie,bukan
malas, cuma tak mempunyai waktu yang cukup untuk merangka @ merapu kat sini. betullah orang cakap, zaman belajar dengan zaman kerja memang berbeza. zaman belajar dulu sesibuk mana pun, ada jugak masa nak gelak2..tapi zaman kerja nie, nak gelak pun susah, sebab balik kerja tak menentu.. hanya sempat senyum je..

sekian lama bersama, akhirnya perpisahan yang terjadi. ya, kami merancang, tapi Allah juga merancangkan dan Allah sebaik-baik perancang. Ya Allah, saat kata PUTUS yang dimnta, aku seperti diawang-awangan, seperti tak pijak dibumi, seperti gelap gelita dunia aku.. dan tanpa diminta air mata mengalir tanpa henti dan terus mengalir. hanya aku yang rasa segalanya. dunia yang riuh, aku rasa seperti senyap seribu bahasa dan seakan mentertawakan diri aku yang gagal dalam mencapai bahagia bersama insan yang aku sayang. ya, kami memang tiada ikatan yang sah lagi, tapi kenangan selama 7 tahun bersama terlalu banyak. terlalu perit untuk aku lupakan. terlalu sukar untuk aku buang semuanya.

maafkan aku kalau tindakan aku meluahkan keperitan dan kesedihan ini disini, kerana sebahagian cerita aku dan dia ada aku tulis di blog buruk aku nie. mungkin ada sebahagian dari korang akan cakap, ala baru hilang pakwe, buat apa nak sedih bagai. ya, betul apa yang korang semua pikiran, tapi bagi aku yang menyedihkan tu bila ingat balik kenangan kami. dan dia adalah lelaki pertama yang aku bawak jumpa orang tua aku,

disaat entry ini ditulis, hati aku kuat melawan perasaan sedih ni, kuat menahan air mata dari jatuh, kuat dari terus ingat segalanya tentang dia. aku tetap terus usaha untuk dia balik semula pada aku. tapi usaha aku sia-sia, sampai lah satu saat, hati ini nak sangat tengok fb, dan disitu tahulah aku jawapannya kenapa dia minta putus. aku tak kuat saat aku tengok dia dan tunangnya bergambar diatas pelamin. ya, mereka dah bertunang. tk ada apa yang mampu aku buat saat itu, air mata seakan tak nak mengalir lagi. betullah kata orang, selama mana sesuatu hubungan itu terjalin, tetapi kalau dia bukan jodoh kita, buatlah macam mana sekalipun, dia tetap bukan milik kita.

awak, selamat pengantin baru. aku tak pasti dia nikah hari apa, yang aku tahu majis sebelah perempuan pada 6/12/2014. sekali lagi air mata aku mengalir. sedih, memang sedih. dan ahad lepas majlis sebelah dia. Ya Allah, air mata aku sekali lagi jatuh. sedih. sepanjang berkawan, macam-macam impian yang kami nak capai bersama, tapi semuanya tak kesampaian.

hari nie, hampir setahun aku tinggalkan dan tak sampai setahun kami berpisah dia dah jumpa penganti aku. tak pelah, mungkin jodoh dia memang bukan dengan aku. Aku redha. aku terima dengan hati terbuka walaupun hakikatnya aku tak kuat untuk lawan semua nie. dan cuma satu je, aku takkan tunjukkan sedih aku depan family aku. sebab aku tak family aku terus-terus salahkan dia. ia, aku mengaku dalam hal ini, bukan dia saje yang bersalah, aku jugak ada salahnya. dan apa masalh kami, tak perlulah rasanya aku ceritakan di sini. cukuplah aku luahankan rasa sedih aku kat sini. dia bahagia dah cukup buat aku bahagia. dan aku akan tetap terus berjalan walaupun dia tak de disisi.

sebahagian cerita kami yang pernah aku tulis disini, dah aku padamkan. sebab tak ada guna dah untuk aku terus simpan kenangan dia dan aku. kenangan dia dan aku biarlah terus berlalu..

pada mak abah,family dan kawan-kawan aku, terima kasih banyak bagi sokongan. terima kasih sangat2 banyak bagi kekuatan. terima kasih untuk segalanya. mak abah, orang mintak maaf sebab dah banyak buat silap. walaupun satu ketika dulu mak larang hubungan aku dan dia, tetapi diatas kedegilan aku, aku tetap teruskan hubungan ini. akhirnya mak boleh terima dia, dan kepercayaan mak kat dia disia2kan. agaknya kalau orang dengar cakap mak, mungkin semua nie tak jhadikan.. tapi, takpela, anggap ini ujian dan dugaan untuk kau dayah. percayalah, setiap apa yang terjadi mesti ada hikmahnya.

dan sekarang, Alhamdulillah, aku boleh hidup tanpa dia. dan aku kan teruskan hidup nie tanpa dia. dan aku akan buktikan yang aku mampu hidup tanpa dia. dan sekarang, bukan masanya utk aku terus ingat dekat dia. soal jodoh aku serahkan segalanya pada Allah yang maha Esa. jodoh cepat aku terima, jodoh lambat pun aku terima. dan yang pasti aku tak pernah fedup dengan semua nie.

- BERSABAR DUHAI HATI, JODOH TU ALLAH DAH TETAPKAN DARI DALAM RAHIM LAGI, USAHA LAH SELAGI MAMPU.
- JADIKAN INI SATU IKTIBAR DAN PENGAJARAN.

sekian, Assallammualaikum..



AKU ADALAH AKU

Assalammualaikum

soalan yang kerap dan sering ditanya dan dikeluarkan.

1) lepas habis tingkatan 5 (spm), tak nak sambung stdy ke? kalau dapat sambung, sibuk dok tanya dapat sambung dekat mana, u mana, kolej mana or so on

2) lepas habis stdy, tak nak cari kerja ke? kalau dah dapat kerja, sibuk dok tanya kerja apa, pangkat apa, swasta or kerajaan, gaji besar mana, sesuai ke dengan tahap pendidikan yang kau ada and so on

3) lepas dah dapat kerja, sibuk pulak tanya, tak nak kahwin ke? tak ade orang nak ke? memilih sangat ke? jual mahal sangat nie, tu yang tak ada orang nak

4) bila dah kahwin.. eh, dah lama kan kahwin, masih berdua ke, bila nak tambah? merancang ke? gaji korang berdua tak cukup ke nak tampung anak? ke korang tak nak anak ( ayat paling sadis)

5) dan ada banyak lagi soalan-soalan lain, cuma aku malas nak taip banyak-banyak..muahahaha

hokey..memandangkan kita nie rakyat Malaysia yang tersangatlah ramah-tamah. habis semua sibuk nak tahu. boleh kita nak tahu sesuatu perkara tu, tapi jangan lah keterlaluan or terlebih.. kesian tuan badan nak menjawabnya. tuan badan pun payah nak jawab soalan yang ditanya kan tu. bukannya sebab tak belajar ke apa, tapi disebabkan soalan-soalan yang ditanya tu sedikit sebanyak ada sensitifnya.

" JANGANLAH KITA BERTANYA SOALAN YANG MENJADI RAHSIA ALLAH".

mungkin hanya luaran sahaja yang ok, tapi dalaman hanya aku dan DIA sahaja yang tahu. terlukanya hati ni dengan soalan yang ditanya sangat lah sakit dan perit..lagi-lagi bab jodoh dan anak. ok, sentap..memang sentap bila orang tanya soalan camni. kadang-kadang, walaupun soalan tu tak ditujukan pada diri aku, tapi aku sendiri dapat rasakan apa yang tuan badan tu rasa. macam kena kat batang hidung sendiri pun ye.

bagi aku, aku bersyukur dengan kehidupan sekarang. aku happy dengan kehidupan yang dikelilingi keluarga dan rakan-rakan. biarlah orang tak tahu aku macam mana, yang penting keluarga aku tahu siapa aku. soal jodoh, aku tak tolak kalau dia datang secepat mungkin, dan aku terima kalau jodoh aku lambat. bagi aku jodoh datang bila kita betul-betul dah bersedia dalaman dan luaran. soal jodoh bukannya soal yang boleh dibuat main-main. aku buat takat aku mampu je, lagipun aku muda lagi, kerjaya masih 50-50, biarlah stabil semuanya, baru aku fikir kearah untuk diri sendiri. niat aku cuma satu, aku nak bagi kebahagian pada kedua orang tua aku dulu, walaupun aku tahu apa yang aku bagi tak kan boleh dibayar or diganti dengan wang ringgit.

kita merancang, Allah juga merancang, tapi Alllah lah sebaik-baik perancang. macam mana baik sekali pun kita rancang, tapi bila Allah kata tak, maka memang tak jadi apa lah. tu sebab doa tu penting. lagi-lagi lepas solat.." Orang yang sombong adalah orang yang tak berdoa selepas habis solat". doa adalah senjata umat Islam.. tak rugi rasanya berdoa walaupun sekejap.

kau cakap ni, macam kau tu prefect sangat je..ye, aku memang tak prefect dan tak kan ada manusia yang sempurna di muka bumi ni. so, kita semua sama..walaupun darjat yang membezakan kita, tapi hakikatnya kita hanya insan yang kerdil, daif,penuh dengan dosa,dan terlalu banyak kurangnya, terlalu kecil disisi Yang Maha Esa.

biarlah siapa pun kita, janji kita jadi diri kita sendiri..tak perlu lah kita nak berlakon untuk tunjukkan kebaikkan diri nie. lama-kelamaan benda tu dapat dihidu jugak. so, aku adalah aku. macam mana korang kenal aku, macam tulah aku selamanya..insyAllah, akan aku perbaikkan diri ini dari hari ke hari, dari masa ke masa. insyAllah.. usaha dah, doa dah, selebihnya kita tawakal je..

ok, entry kali nie aku tak tahu lah kene ke tak dengan tajuk nya..sejak dah meningkat dewasa nie, cewah..fikiran lebih kepada orang dewasa-dewasa..walaupun masih setahun jagung, umur bukan pengukurnya, ye dak!!!tapi apa yang penting inilah aku..aku adalah aku..insan yang kerdil dan insan yang terlalu banyak dosa.


last but not least..
buah hati pengarang jantung aku..
dialah kawan, sahabat dan penasihat yang baik dalam hidup aku..
tulang belakang aku saat aku jatuh..
sayang mak abah..
insyAllah, aku akan cuba bahagiakan dia semampu boleh..




Assalammualaikum


Alhamdulillah

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus bernafas sehingga kehari ini. Indah sungguh muka bumi yang sedang aku singgah untuk berteduh dan mengumpul segalanya dan indah juga blog aku yang semakin hari dipenuhi oleh sesawang yang agak menyemakkan. maaf la ye, sejak dah bekerja ni, masa banyak habis untuk kerja je. dah tak macam zaman belaja dulu.. ye, betul kata orang zaman kerja dengan zaman belaja lain sama sekali. dan sekarang aku dapat rasakan sendiri perbezaannya. Alhamdulillah, dah tiga bulan aku bekerja di sebuah syarikat ni dan alhamdulillah, tempoh percubaan dah habis aku lalui dan sekarang aku dah jadi staf tetap syarikat tersebut.. 

Alhamdulillah, selama tiga tahun aku di tempat orang dan akhirnya aku berjaya memilik segulung diploma. tiga tahun di tempat orang tanpa mengenali sesiapa, tanpa keluarga, tanpa rakan sekolah. ye, aku keseorangan di tempat orang. Alhamdulillah, tempoh tiga tahun tu aku rasakan jalan dengan pantas sekali..pejam celik pejam celik, dah habis blaja aku rupanya. sungguh cepat masa berjalan. Alhamdulillah, sepanjang tiga tahun dekat sana Allah kurniakan aku hati yang kuat. korang bayangkan, hidup sebatang kara di tempat orang dengan hati tak kuat, maun taknya macam-macam boleh buat tanpa pengetahuan family korangkan. aku bersyukur sangat-sangat sepanjang aku dekat penang aku dikurniakan kawan-kawan yang sangatlah baik dan indah perkertinya { wahai kawan-kawan ku sekalian, sila kembang..muahahahaha}.memang aku tak nafikan, kawan aku dekat sana semua baik-baik dan jenis yang tak sosial.



fresh Graduate from Politeknik Seberang Perai
in Diploma Business Study


kesayang dunia akhirat..
hadiah untuk mak abah.


aku 7 beradik.. bukan senang nak kumpul dan ambik gamba penuh macam nie..Alhamdulillah, masa hari ni kami dapat bergambar bersama. dah besar-besar dah anak wak paiman dan dah boleh kawin dah semua..huhuhu..


memandangkan line wifi agak perlahan, so gambar tak banyak yang aku dapat upload untuk entry kali ni. harap sangat gambar ni memadai ye. dah alang-alang datang ke penang ni, aku dan keluarga aku ambil keputusan untuk bercuti sekali..yela, time ni cuti panjang dan bukan selalu dapat datang penang. family aku bertolak dari negeri sembilan pagi sabtu, sampai sabtu malam dan ahad pagi kiteorang berjimba di pulau pinang..bayangkan keluar pagi, balik malam buta..tak ke betul-betul berjimba namanya. segala pelusuk dan tempat menarik kiteorang pergi. walaupun tak tahu jalan, tapi tu semua tak menghalang dan bukannya alasan untuk kami sekeluarga berjalan. apa susah, zaman sekarangkan dah canggih, waze aje.. :-). lagi pun penang tak besar mana, pusing-pusing tempat yang sama jugak. tak lari de ke negeri lain..yela, dah dia kat pulau, celah mana pulak tetiba wujud negeri lain dalam kawasan pulau tu kan..hahaha, tah ape aku cakap pun aku tak tahu..paham-paham sendiri lah ye wahai reader aku sekalian.

memandangkan line teramat slow, so mood tak hade nak terus taip enrty ni. tak de gambar nak bercerita pun jadi tak best. so, setakat ini aje la ye. maafkan saya kalau entry kali ni banyak kekurangan, walaupun entry nilah entry bermakna sebab story pasal konvo aku, tapi tak apalah, yang penting cerita selanjutnya tetap segar dalam kepala otak aku.. insyAllah, tak kan pernah untuk aku lupa..

Assalammualaikum semua










SELAMAT HARI RAYA {part 2}

Assalammualaikum reader..

Akhirnya.. part ke-2 berjaya aku hupdate..horeeyyy..so, sape yang terlepas part pertama, boleh lah korang tengok dekat blog archive aku kat sebelah kanan blog k, tu pun kalau nak tengok la, kalau tak nak tengok, dah..abaikan..
part yang kedua nie aku nak cerita raya pertama dekat rumah mak abah aku.. yela, tak aku nak cerita raya pertama dekat rumah mak mertua aku pulak, kawin pun tak lagikan..hadoiii..entry untuk raya dekat rumah mak mertua mybe 3-4 tahun lagi kot, agak-agaknya lama lagi tak?? hahahaha, rileks la, umur muda lagikan dan baru je mula kerja, duit untuk diri sendiri pun tak cukup lagi, nie kan pulak nak kawin cepat, celah mana aku nak cekau duit tu semua,da lah belanja sekarang mahal, lain lah kalau duit tu jatuh dari langit bila aku nak guna..kan senang..hahaha..xpayah nak buat cerita ngarutlah weii..duit tak kan datang bergolek hokey..


tema tahun nie warna biru..tak cadang pun nak tema warna nie, tapi bila fikir-fikir balik, yang perempuan kan dah ada baju kain warna biru"seperti di gamba", why not aku cari baju lelaki yang warna sama jugak, so, dah bajet dekat situ, sebab tinggal cari baju untuk lelaki je, tak payah lah aku dan mak aku nak keluarkan bajet untuk cari baju untuk perempuan..hohoho..baju aku sama corak dengan mak dan akak aku sebab baju nie disponser oleh kakak aku yang no dua..so, tahun nie memang aku takde beli kain pun untuk buat baju raya. yang lelaki pulak, aku dan abang aku yang no 4 "no 1 belah kanan" cari hari jumaat  petang dekat nilai, sebab sabtu kiteorang dah gerak balik rumh lui. bila carik baju dengan abang aku yang nie, YA ALLAH, bukan main susah dan cerewet lagi dia..itu tak kena, ini tak kena..ada je yang tak kena..yes, dia memang orang yang jenis memilih sikit, mungkin sebab tu sampai sekarang dia takde awek lagi kot..hahahaha..so sape-sape yang nak try abang aku nie, tinggalkan komen kat bawah k..hahaha, promot lak pulak.. ok, tahun nie kami tak beraya 6 orang je, sebab tahun nie giliran abang aku yang sulung beraya sama dengan kitaorang..so meriah la sikit rumah nie dengan suara anak buah aku, walaupun dua orang je.



ok. nie abang aku yang sulung satu family..mata memasing tah kemana, yela camera banyok sangat..kan retis pepagi raya nie..muahahahaha..merahnya mak ngah..hahhaa..tema diorang satu family merah..



merah+biru..gamba kami satu family, tapi disebabkan juru gamba ea takdo, so gilir-gilirlah abang-abang aku amek gamba..yang penting gamba aku wajib ada.,.hohohoho..


sesi bermaaf-maafan..mak macam tak rela je kena cium dengan aku..muahahahaha..ampun dan maaf dipita.. luv u mom..gamba dengan abah tak sempat amek, tapi abah lah orang first yang aku salam..love both of u..


buah hati jantung limpa aku.hehehehe..ok, kalau tengok gamba korang tahukan aku mostly ikot genetik abah aku..so, tak payah tanya pape dah lepas nie..



suka ria dipagi raya..bukan senang nak amek gamba pakai baju full macam nie..susah ok, susah..





yang nie pulak family akak aku..aku curik dari camera dia..hahaha..moto pun nak tumpang sekaki ke..hahaha..


yang nie pulak abang aku no 3 dan isteri dia..masih lagi berdua..belum ada rezeki lagi..macam mana dia boleh ada dekat rumah akak aku? begini ceritanya..hahahaha.. time nie dia baru sampai dari perak..dia beraya rumah mertua dia. lepas da abes raya sana, dia terus shut balik n9 pulak dan singgah dulu rumah akak aku..dan bergamba lah diorang kat situ..

ok.da finish da cerita bab part ke-2 nie..
walaupon kami tak beraya sama raya pertama tu, tapi kami semua tetap berkumpul satu family keesokan harinya..
kalau da kumpul satu family, memang meriahlah rumah En.Paiman dan Pn.Minah tu..riuh sekampung



bukan rayalah kalau bunyi mercun tak kedengarankan..sepanjang hari dengar bunyi mercun pam pum pam sana sini..termasuklah rumah mak abah aku jugak..meriahkan lagi suasana hari raya katakan..hahahaha..

OK.bye..

dari benci, jadi sayang

Assalammualaikum reader..

happy sabtuday.eh ,korang tak de kemana-mana ke? kan musim raya lagi nie.. jangan tanya aku sebab, aku sekarang tengah kerja..aku pun xpaham la company aku nie, apalah salahnya kerja isnin-jumaat je, sabtu cuti..kan best..lagi pun bukan nya ada kerja sangat pun kalau kerja hari sabtu mcm nie, walaupun setangah hari je. patutnya hujunh-hujung minggu macam nie, kita wajib rehat je kat umah atau spend time dengan family je, kan lebih afdal. yela isnin-jumaat masing-masing da buzy dengan aktiviti harian masing-masing, so hari sabtu ahad jela masa yang ada untuk digunakan, tapi malangnya, sabtu kene keje..hokey, aku da bosan.. disebabkan hari sabtu kene kerja dan tak de kerja yang aku nak buat, so terhupdatelah satu cerita untuk hari nie..ikotkan memang salah disisi undang-undang, tapi apakan daya, bos tak de, aku buat jela..hahaha..
amaran keras : jangan sesekali korang semua contohi, ikuti, followi dan seangkatan dengannya perangai dan sikap 'pekerja' macam aku nie hokey..memang rugi lah company kalau semua pekerja perangai macam aku..hahaha..TAPIIII!!!..mintak perhatian ye semua, aku cuma gunakan kemudahan internet nie apabila semua kerja-kerja aku da selesai dan beres hokey..bukan sesuka hati aku je tau nak guna kemudahan internet nie untuk tujuan lain..harap maklum ye puan-puan, tuan-tuan, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik sekalian.
entry kali nie, entry langkah bendul..hahha..why langkah bendul? yela, kan hari tu aku da janji nak update part yang seterusnya pasal raya kan, tapi disebabkan gambar belum kumpul sepenuhnya tu yang tak dapat nak update lagi..dekat dalam handphone ado, kat dalam camera hado, dan aku pulak minggu nie asyik balik lambat je, sampai rumah da petang, kang kalau da kat rumah lak nak buat kerja rumah dulu, da siap semua tengok-tengok jam da pukul 10 lebih, memag tak lah muka aku nie nak bukak laptop kan.so, ditunda punya tunda, semalam aku baru dapat kumpul semua dan insyALLAH, part seterusnya akan aku update, tunggu k..tapi masalahnya ada ke orang yang tunggu dan nak baca cerita aku nie??ada ke tak ada ke itu belakang kira, yang penting nie blog aku dan suka hati aku lah nak cerita apa-apa pun,kan...muahahahaha
panjangnya aku membebel..hahah..maaf ye kawan-kawan..ok la, kita berbalik pada cerita asal. aku nak tanyalah kan, sapa kat sini suka kucing? ha cepat angkat hidung tinggi-tinggi..muahahahah..jahatnya aku nie..ampun-ampun.. majoritilahkan, semua suka kucing termasuklah tuan kedaung nie punya blog. comel kan kucing nie, lagi-lagi dapat yang bulu kembang semangkuk tu, memang puas hati dengan harga yang dijual.. tapi kucing tepi jalan tu pun sebenarnya comel jugak cuma dia comot je, tu yang nampak macam nak pijak je..amboi, kemain..xelok hokey, dia pun hamba ALLAH jugak..ala, comot dia tu kejap je, nanti da mandi-mandi comel lah kucing tu..sebenarnya aku nie tak minat langsung dengan binatang yang berbulu-bulu nie.. geli u'alls..semua binatang yang berbulu la memang aku geli nak pengang, walaupun comel.disebabkan satu kisah yang amat menyedihkan time budak-budak dulu, sampai sekarang aku fobia dengan binatang berbulu nie. tapi, tahap kegelian aku nie tak tahan lama mana pun.kalau da selalu nampak binatang-binatang tu, secara perlahan-lahan perasaan geli nak pegang tu hilang, yela da hari-hari hadap hilanglah geli tu, cuma kena amik masa la sikit.


haii reader blog hidayah {kucing say hai kat korang lah,hahhaha}..kucing akak aku..sebenarnya kucing nie kucing kat rumah mak abah aku, tapi abang ipar aku hangkut bawak balik nilai sebab time tu mak kucing nie beranak anak 4 ekor dan kucing nie pun beranak jugak 4 ekor jugak kalau tak silap aku..so, totalnya ada 8 ekor baby kucing kat rumah mak abah aku..tak ke banyak, jadi hangkut lah abang ipar aku nie ke nilai, siap bawak sangkar lagi nak amik kucing nie, yela perjalanan jauh, tak kan nak simpan dalam kotak kot, kesian dia.. gamba nie, dia beranak yang second time, ada 3 ekor.comel-comel anak dia..anak yang dia beranak  firs semua tak dapat dikesan, sama ada mati atau hilang tak tahu la..tahu-tahu je dah tak de kat rumah.. dia beranak nie time nak raya hari tu, sama dengan mak dia yang kat rumah mak abah aku, mak dia dapat ekor, tapi mati sekor sebab bapak dia makan, bodoh punya bapak, geram aku..kalau dia nie duduk rumah mak abah aku, tak ke meriah raya tahun nie sebab dapat baby kucing baru yang banyak..muahahaha..


mulut dia bising je, makan ke tak makan ke, duduk sangkar ke tak duduk sangkar ke memang manjang bising..senyap dia time dia tido jelah..tak tahu lah apa masalah, kang ditanya takut pulak dia jawab, tak ke pengsan kat situ jugak kau nanti.hahahhaha.. 


kami 3 beradik..tak tahulah berapa banyak ayah dia, sebab semua tak sama warna..hahahahahaa..tapi comel dia tetap sama.


aksi terlarang..khakhakhakha..aksi nie petang semalam dia bua..sampai je rumah, nak masuk dalam tengok-tengok mak dia tengah garu buntut anak dia..gatal agaknya, nak garu xsampai lagi..hahahah..


mak, pandanglah sini, kenapa membuntuti aku..hahahaha..kesian dia, mak dia tak pandang dia..ko ada buat salah tak, tu mak ko xpandang ko, cepat mintak maaf..hahahah..comelkan..


nie lah yang dibuntuti oleh mak beliau tadi..kesian aku tengok, tu yang aku amek..tengok muka dia pun sedih jekan..hahahaha..xpe-xpe..saya kan ada, saya boleh kawan dengan awak, ok..alahai, kucing-kucing..macam-macam..






ini budak memang tak tahu takut.. dari apa yang mak dia cerita, time hirfan baya-baya hiqmal, hirfan bukan main takut lagi dengan kucing, tapi hiqmal tak..stady lah hiqmalkan, kucing je pun, bukan riamu pun..hahaha


nak tahu tak nama kucing -kucing nie..hahahaha..sebenarnya nama dia pun xde lagi..dan aku selalunya xletak nama pun dekat kucing-kucing aku yang sebelum-sebelum nie..just panggil meow,meow,meow je, than dia datang sendiri..xpun panggil ikut warna dia..tu je..


last but not least..nak buat peace tapi tak jadi..mauahahahha..terima kasih hiqmal, jadi model tak berbayar cik mok..nanti cik mok belanja k..yola tu..
dulu benci dan tak suka, sekarang tukar jadi suka dan sayang..
sayangilah dia sebab dia pun hamba ALLAH jugak dan perlukan kasih sayang sari kita.. tapi bukan kucing je, binatang-binatang lain pun jangan lah diseksa..kalau xsuka, jangan amek atau bela..senang..kan..
oklah, habis da aku cerita..bukan manusia je dari benci jadi sayang, dengan binatang pun boleh..
jumpa lagi next entry k,bye..











SELAMAT HARI RAYA {part 1}

Assalammualaikum reader..

ceh,ceh,ceh..entry kali nie ber'part2' bagai..sampai part berapalah agaknya kan entry kali nie..hahahaha. ok, abaikan gelak jahat aku nie.. memandangkan tajuk kali nie berkaitan hari raya, so sebelum terlambat dan sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh umat Islam sama ada kenal atau tak itu belakang kira yang penting kita seagama. sekejap je masa berlalu..rasa macam semalam je baru puasa tup-tup dah seminggu raya, dan hari nie, hari pertama kerja lepas seminggu bercuti..xpuas hokey, walaupun raya nie dan raya sebelum-sebelum nie memang xde kemana pun..rutin harian family aku bila sampainya raya,tiap-tiap tahun buat benda yang sama je,..kalau nak tahu cerita selanjutnya, korang kenalah tunggu part yang seterusnya yang tah bila aku nak hupdate..hahahah..




nah, aku belanje korang 1 gamba dulu, sebab entry nie aku hupdate guna laptop kerja, so xbanyak gamba, tu sebablah ceritanya ber'part-part'..gamba selebihnya banyak dalam laptop aku..so, kalau nak tahu cerita selanjutnya, korang tungga lah dengan sabar ye..doa-doakanlah kerajinan aku nie datang dengan cepat..insyALLAH, malam nie tak pun, malam esok, tak pun malam lusa, tak pun, korang tunggu jela k..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AKU SEKELUARGA..
KOSONG-KOSONG hokey.. 

AL-FATIHAH

Assalammualaikum reader..

18/07/2014 (JUMAAT,RAMADHAN YANG KE-20) hari ini dalam sejarah dimana seluruh rakyat malaysia dan seluruh dunia diselubungi perasaan sedih, hiba dan pilu. Dalam tahun nie sahaja 2 kes yang melibatkan kapal terbang Malaysia (MAS), bak kata pepatah,sudah jatuh ditimpa tangga.


Sepertimana yang korang semua tahu, bulan nie da masuk bulan yang ke-4, mesteri kehilanagn MAS MH307 masih belum dapat dirungkai dan masih belum jumpa apa-apa bukti yang sahhi bagi menyelesaikan pencarian yang agak rumit, pencarian dijalankan dari mula kapal terbang tu hilang sehinggalah ke hari ini. pelbagai pandangan yang diberikan terhadap mesteri kehilangan MAS MH307. PM pernah mengistiharkan yang pencarian MH307 berakhir di lautan hindi, ALLAHURABI, aku dapat bayangkan dan aku dapat rasakan perasaan keluarga mangsa dan keluarga anak kapal yang terlibat,tapi tak lama lepas tu, ada berita lain yang mengatakan lautan hindi bukan tempat terkahir MH307,Ya ALLAH, lain pulak ceritanya, siapa kita nak lawan kuasa yang maha ESA. ada sesetengah pihak membuat andaian kes kehilangan MH307 nie melibatkan politiklah, dendamlah, dirompaklah dan macam-macam lagilah andaian yang dikeluarkan. satu dunia hulurkan bantuan dari segala aspek, hari-hari doa dipohon dan solat dilakukan mohon petunjuk dari yang Esa supaya masalah ini dapat dirungkai, tetapi sehingga ke hari ini, masih belum jumpa lagi, mungkin ada hikmah disebaliknya..ALLAH adalah perancang sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu berdoa dan teruskan berdoa agar segala  masalah ini dapat dirungkai dengan cepat supaya keluarga mangsa yang terlibat dapat terima kebenaran..insyALLA, one fine day..

hari ini, satu lagi kes yang melibatkan kapal terbang MAS MH17. yang lebih tragis lagi kapal terbang tersebut ditembak dan terhempas..semua nyawa terkorban..aku malas nak cakap banyak, sebab korang semua tahukan ceritanya.silalah search sendiri ye..YA ALLAH, belum reda cerita MH307, datang lagi cerita MH17..yang lagi menyedihkan, kemalagan ini jadi dalam bulan puasa dan tinggal bape hari je lagi nak sambut Hari Raya Puasa. MH17 berlepas dari lapangan terbang Amsterdem ke KLIA, rata-rata penumpang dalam MH17 nie semua nak balik raya, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian..sedih sangat aku rasa bila dapat berita nie. masa aku tengak gambar dan video yang dikongsi, Ya ALLAH, mayat-mayat bergelimpangan sana sini, tak sanggup aku nak tengak dan nak habiskan vidoe tu, sebak.Ya ALLAH, macam manalah perasaan keluarga mangsa ..tak terpikul rasanya sedih diorang tu.. aku pun tak mampu nak buat apa, selain hanya mampu berdoa. semoga keluarga mangsa dapat menerima dengan hati yang redha dan berbanyakkan sabar..memang aku hanya mampu cakap je, sebab aku tak de dekat tempat diorang. aku tak tahu nak cakap apa kalau benda nie jadi dalam keluarga aku. mungkin perasaan aku pun sama macam keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17. mintak jauh lah semua nie, tapi mampukah kita nak lawan takdir ALLAH?






antara sebahagiannya.


sebelum kejadian, mangsa sempat membuat video (maaf, video tak dapat nak upload)
caption yang ditulis dalam #hatiadasikitgentar
mungkin itu petunjuk DIA.
semoga mangsa yang terlibat di tempatkan digolongan yang beriman..insyALLAH

dalam bulan nie je, ramai dah berita kematian yang aku dengar. Alhamdulillah, mereka semua pergi dalam bulan yang mulia, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Ramadhan nie, Ramadhan terakhir buat mereka semua yang dah kembali ke rahmatullah. kita macam mana?
MATI, jangan takut sebab mati itu PASTI.cuma kita tak tahu bila masanya dan bagaimana caranya..SubhanALLAH..


dekat mana sekali pun kita ada, kuat mana sekali kita nie, handal mana sekali pun, larilah sejauh mana pun, bila dah tiba masanya, tak ada apa yang mampu halang..

assalammualaikum..