P.I.L.I.H.A.N.

Assalammualaikum reader..


P.I.L.I.H.A.N!!!.. memang mudah untuk menyebut, tetapi nak buat pilihan tak semudah macam menyebut. bila terperangkap dalam pilihan, sana tak kena, sini tak kena. lima puluh lima puluh. nak lepas sayang, nak terima takut. tapi itu lah hakikatnya, kena jugak buat pilihan. lagi sakit buat pilihan berkaitan masa hadapan, kerjaya dan jodoh. kalau tersalah langkah. mungkin akan merana, kecewa atau putus asa. tapi tu tak tahulah kan, atas diri sendiri punya penerimaan macam mana. tapi bagi aku, lagi sakit bila buat keputusan tentang jodoh. kalau lah korang ada dua pilihan yakni pilihan keluarga dan pilihan sendiri, mana lagi korang pilih.sedangkan pilihan kau sendiri dulu pernah gagal. masih ke kau nak pilih pilihan sendiri?? ha, jawap lah cepat.



Bagi siapa yang tak kenal lagi, ni nak kenalkan tuan tanah kedaung ni punya blog. Cik Nur Hidayah Bt. Paiman. berasal dari Negeri Sembilan, umur 20 plus-plus. Dah terjebak dalam dunia blog ni lebih kurang dalam lima ke enam tahun macam tu. tapi masih bertatih lagi untuk update dia punya blog, sebabnya dia hanya update bila dia rajin sahaja, time malas dia datang memang haramlah dia nak taip entry baru, so kalau dua tiga bulan tu entry tak berubah, harap maklum la ye. tu sebablah follower dia tak ramai. Insyallah, mungkin satu hari nanti nama ni akan terkenal macam blogger-blogger lain dan follower pun beriban. terus je blog aku ni jadi terkenal..wah, jadi retis aku ye.ok berangan jap, hahahah..mana lah tahukan, percakapan tu kan satu doa. amin.amin.amin..

Ok, berbalik semula pada cerita asal. tak semua orang boleh buat keputusan dengan mudah lagi-lagi bab jodoh or pasanngan hidup ni, termasuklah aku sendiri. kadang-kadang aku tanya diri aku sendiri, betul ke dengan keputasan yang aku buat ni. aku takut sangat kalau keputusan aku tu salah. cukuplah 7 tahun lepas punya kenangan, bagi aku tu satu pengalaman hidup yang mana tak boleh nak salahkan sesiapa. berapa lama mana pun sesuatu hubungan tu, kalau itu bukan hak milik kita, berjanjilah bagai nak rak pun, dia tetap bukan kita punya dan yang pasti dia akan pergi tinggalkan kita dengan kenangan-kenangan yang sakit untuk di lupakan..perghhhh, ayat aku tak tahan. ok, tapi ini kisah betul. kisah yang aku pernah lalui sendiri,aku sendiri dah rasa pahit manis masam hampeh dan seangkatan dengannyalah. aku tak nak cerita hal 7 tahun lepas, sebab aku dah tutup buku tu, karang bukak balik, tak pasal-pasal banjir blog aku ni. tu kisah dulu, sekarang kisah lain. lagipun aku dah lepaskan semuanya, cuma ada saki baki sikit jela lagi. InsyAllah, saki baki tu akan dibersihkan sebersihnya tak lama lagi. slow-slow..



"Bahagia itu bukan memiliki semua yang kita mahu, tapi bahagia itu akan datang bila kita menghargai semua yang kita miliki"

Semua orang nak jodoh tu kalau boleh yang akan sehidup semati dengan kita. yang boleh tahan dengan perangai kita, yang boleh terima kita seadanya sebabnya kita nak hidup dengan pasangan kita bukan sekejap, tapi lama. Lama yang boleh makan masa yang panjang dan bertahun. tak ada sape yang nak separuh jalan, termasuk lah aku. aku sekarang pun dalam proses pemilihan. tak tahu mana yang nak dipilih, kiri ke atau kanan ke. Kiri penting kanan pun penting. nak dua-dua tak boleh sebab perempuan boleh kahwin satu je..hahahaha. tamak kau.. ok, ni bukan soal tamak, tapi ni soal hati dan perasaan. perasaan aku dan dia. siapa dia, biarlah rahsia.khekhekhe. Lepas kes yang 7 tahun lepas, aku tak pernah berharap perasaan ni wujud dalam hati aku. sebab aku dah fedup, tapi dia datang secara tak sengaja dan secara automatik. mungkin disebabkan salah aku jugak yang cepat sangat buat keputusan. sudahnya sekarang aku sendiri tak tahu nak buat pilihan. Memang susah nak buat pilihan bila kita sendiri berada di tengah-tengah pilihan. Rasa tak nak pilih mana-mana pun ada. tapi tah la..



 One fine day.  Tak pegang kipas dengan payung dah, tapi pegang bunga tu pulak.hahaha..insyALLAH..Semoga ada keajaiban dalam setiap pilihan yang dibuat. Semoga pilihan kali ni betul dan tepat. Semoga ada kebenaran suatu hari nanti. Semoga aku kuat dan sabar dengan semua ni.


"Wahai hati, 
Pasti ada sebuah rindu yang singgah, Tapi untuk saat ini, Simpan dulu rasa rindu itu. Biar Allah swt sahaja yang tahu. Panjatkan semua rasa rindumu dalam setiap lantunan doa-doamu. Biarkan rindu itu sampai melalui tanganNya.
Serahkan semua rasa rindumu padaNya kerana hanya Allah yang tahu siapa berhak ke atas rasa rindumu itu. 
Biarkan ia sampai, pada orang yang tepat, di waktu yang tepat"



Last but not least, aku bahagia bila anak-anak buah aku ada dekat dengan aku, walaupun kekadang geram sangat dengan gelagat diorang. tapi nakal-nakal diorang, nakal budak biasa lah..tapi dengan dioranglah aku happy. yang sorang kuat melaram, yang sorang kuat berangan, yang sorang asyik otomen, yang sorang tak habis-habis main dekat luar kalau balik kampung, tak pernah nak duduk dalam rumah dan sorang lagi memang payah nak keluar rumah, walaupun dia lelaki. baru 5 orang, tapi riuh dia macam dah ramai sangat anak buah aku ni. thanks adik, kakak n abang buat cik mok happy..nanti cik mok payung bawak balik kampung lagi ye..hahahah..

ok, Assalammualaikum.










RAYA 2015

Assalammualaikum reader,




Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. Maafkan segala salah silap yang tak sengaja mahupun disengajakan ya. Kita kosong-kosong. Tapi kejap lagi kalau terbuat salah tu ampun kan jela ya, maklumlah faktor usia, mudah lupa.. muahahahaha

Sekejap je dah sebelas raya, dan hari ni majoriti semuanya mula bekerja lepas bercuti. Sampai jem la jalan pagi tadi. Aku cuti lebih kurang 8 hari. 8 hari dengar macam lama, tapi sekejap je sebenarnya. Tak kemana pun cuti raya ni, cuma balik johor je. Itu jela aktiviti hari Raya aku. Dekat johor jela aku berjalan sakan kalau nak dibandingkan dengan jalan dekat rumah sendiri (N9). Dekat rumah just makan tidur, makan tidur.. Itu je, satu teknik yang mudah dan cepat untuk tambahkan berat badan.kahakahakhaka.





Ok, tahun ni warna tema dia ceria sikit, warna kuning. Dan semestinya aku lah yang tukang memilih warna dan akan  disampaikan warna pilihan aku ni pada abang tercinta untuk dia siap sedia dengan warna yang aku pilih. Nama je abang, tapi cerewet dia macam perempuan. Tu sebab kene inform dia awal-awal warna apa yang bakal dipilih. Alhamdulillah, warna kali ni dia tak membantah dan dipersetujui dengan mudah tanpa ada sebarang keraguan. Wah,wah,wah..ayat kau dayah, tak boleh bla. hahahahah. Tahun ni tinggal kami je yang bujang-bujang memeriahkan rumah mak abah yang tak seberapa meriah ni, sebabnya cucu-cucu dia tak ada atas sebab tahun lepas dah giliran rumah mak abah aku. So, tahun ni giliran sebelah sana lah pulak. Tu sebab gambar kena ambil gilir-gilir, sebab tak ada sape yang nak dimintak tolongnya. Tak kisah lah semua tu, janji ada jugak gambar kenang-kenangan untuk Raya tahun ni.

Tapi rumah mak abah aku sunyi tak lama, petang tu cucu-cucu dia dah sampai, so bising lah balik rumah tu. Dan macam biasa kitaorang akan balik johor beramai-ramai, selalunya kitaorang balik raya kedua. Alhamdulillah, tahun ni semua balik, sekali jalan empat biji kereta. Almaklum lah, memasing dah membesar dengan jayanya dan disebabkan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam, so keselesaan setiap individu perlu dipertimbangkan, itu sebab sampai empat kereta..Kalau dok main sumbat-sumbat memang muatlah tapi keselesaan tu kurang sikit.





Nah, percaya ke tak percaya yang kitaorang semua dah berjaya membesar dengan jayanya. hahaha.. Ni bukan team mak kau hijau tau, jangan korang memandai-mandai nak letak nama team mak kau hijau. Aku sekeh kejap lagi. Ni raya kedua, nak balik johor. Warna ni aku tak pilih sorang, aku pilih ikut bancian. Ramai yang pilih warna ni, so untuk balik johor kitaorang satu keluarga pakailah warna ni. Kisah sebenarnya, aku dah beli siap-siap kain pasang warna hijau ni, tapi untuk yang perempuan jela. Memamg beli khas untuk sedondon balik johor, tapi bila sampai masanya, baju tak dapat disiapkan. Tailor dia demam kus-kus, tu sebab tak sempat nak siapkan. So, kitaorang sebat jela mana-mana baju yang warna dia lebih kurang macam warna yang dipersetujui. So, terhasil lah hijau yang bermacam hijau.. hahahah..Tak kisah lah semua tu, janji kami semua sekepala.








Sementara nak tunggu sampai destinasi, so terhasilah gambar-gambar ni. Mula-mula sorang je yang post dalam group wasap, lepas tu yang lain pun turut serta sekali. Saja nak penuhkan gambar dalam group wasap family. Takpe, kan raya so bagi jela can kat diorang ye dok..


Bila geng mak jemah bergambar. Hadap jelaa



Dekat johor tak ada sangat ambil gambar, sebab sibuk beraya. sibuk berbual, sibuk bergosip, dan yang paling penting sibuk melayan anak tekak yang asyik nak makan je, hahahaha. Kebanyak kan rumah yang kitaorang pergi, semuanya sediakan makanan. Dan setiap kali tu jugaklah mulut ni tak berhenti makan. Sampai yang diet pun hilang dah diet dia. Macam mana? hahahahah, Kan raya, so bedal jelakan. Lepas raya kang, sambunglah balik diet tu ye. Selalunya kitaorang balik hari je, tapi raya tahun ni bermalam sehari dekat kampung abah aku. Esoknya baru balik, sampai rumah malam jugak lah sebab melepak rumah wak aku bukan main lama lagi. 


Sebelum balik Nilai, sempat jugak lah aku beraya kejap dengan akak ketot ni. Sempat la jugak pegi melepak makan-makan, ngeteh-ngeteh kejap dengan dia ni. Dulu zaman dia belum kahwin, time raya memang kitaorang akan beraya rumah jiran-jiran sebelah, tapi sejak dia dah kahwin ni payah sikitlah. Yelah, pape pun dia mesti fikir laki dia dulu. Ni pun kebetulan kena masa dan time, so dapat lah jumpa. Thanks kak ketot luang masa dengan i, sayang lebih lah..muahahaha.



Ok, ni last jalan beraya. Sebenarnya pergi kenduri kahwin plus jalan raya sekali lah walaupun tak ada singgah mana-mana. Kononnya tak nak pergi sebab kerja, tapi mak abah aku beria nak pergi sebab besan dia ada sekali, nak pergi sekereta tak muat, jadinya aku pun ikutkan aje lah, Jadi driver diorang lah. Jauh jugak lah aku bawak, dari N.sembilan ke Pahang, masuk ni kali kedua drive ke Pahang, tapi ditemani orang tua tersayanglah, kalau drive sorang-sorang maunya mak abah aku bagi. Lepas dah habis majlis kahwin tu, kebetulan lalu Gambang, so singgah kejap lah kat Gambang Water Park ni, singgah cuci mato je. Tak singgah mandi pun. Merasa jugak lah masuk sini, walaupun tak main apa-apa. Lawat kawasan lah lebih kurang, mana tahu nanti nak datang lagikan, so awal-awal dah tahu tempat dia macam mana, kan senang, padahal alasan je semua tu..hahaha



Last but not least, Alhamdulillah, masih diberi peluang beraya dengan family tercinta. Gembira tak tahu lah nak gambarkan macam mana. Bagi aku walau sesibuk macam mana pun raya tetap aku nak ada dengan family, kalau tak memang pagi tu banjirlah jawabnya. Melainkan , memang dah tugas dan tak dapat dielakkan. Tu lain ceritalah kan. Ok, nak stop dah. Nanti ada cerita baru aku update ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Korang.

Assalammualaikum semua.





















LANGKAWI part 2

Assalammualaikum semua.

ok, meh kita sambung cerita haritu, pada sesiapa yang tak baca lagi sila lah klik link ni ye !HERE!.


lepas je siap makan, kita orang tak terus balik homestay, kita orang terus ke pantai chenang. pantai chenang nie lebih kurang macam dekat batu ferenggi la, siapa yang pernah pergi batu ferenggi tahu lah situasi dia macam mana.. dia hanya hidup waktu malam je.barang yang dijual pun lebih kepada t-shirt, topi. cenderahati dan macam-macam lagi la. kebanyakkan semua yang dijual dekat situ semuanya sama. cuma harga je berbeza, kalau kau sejenis orang yang pandai main harga, so dapat lah kau harga murah. kalau sejenis orang yang tak kisah dengan harga, beli lah kau dengan harga tu.. tapi aku sejenis orang yang nak lagi murah dari harga asal, so masa beli barang tu aku dengan mak aku pun main lah harga dengan jayanya.. dapat lah kurang sikit,walaupun tak banyak. tengah jalan-jalan kat pantai chenang tu, tetiba jumpa abang merah botak ni, tu yang bergamba manja-manja sikit dengan dia.. seksi lah kau abang botak..muahahaha..lepas habis pusing-pusing pantai chenang tu, kita orang pun tersu balik.. dan rehat secukupnya untuk aktiviti keesokkan hari..

keesokkan harinya pulak, kita orang bangun awal pagi. sebab aktiviti pagi tu kena ada dekat tempat tu pukul 10.00 pagi. so, lepas sarapan je terus naik kereta pergi tempat yang dituju. aktiviti untuk hari kedua ni kita orang pergi pulau. Kalau dah ke pulau dah semestinya naik boat kan. mak aku seboleh-boleh tak nak pergi,takut katanya ahhaha.. bayangkan masa pergi penang, kita orang naik ferry, bila dah naik ferrykan kita boleh lepak kat luar tu. mak aku langsung tak turun dari kereta. duduk sensorang dalam kereta, abah aku teman. padahal kita orang semua keluar, siap bergambar lagi..


perjalanan menuju ke jeti.. bagus-bagus, sebaris je jalan. teringat zaman sekolah, cikgu suruh beratu sebaris, sambil tangan angkat ke bahu kawan. jangan keluar dari barisan..ahhahahaha.kenangan. disebabkan jalan kecik dan majoritinya van yang masuk, tu yang kami ni jalan sebaris je, kalau berterabu habis lah kene lenyek dengan van tu, ok tipu, mana ada orang nak langgar, gila ke apa sesuka hati nak langgar anak orang..ada faham!!!

ok.. bermulanya perjalanan kami semua.. duduk elok-elok ye sesiapa yang didarat, kami nak kelaut kejap..muahaha

sampai je sini. tetiba abang yang bawak boat kita orang nie, berhenti tengah-tengah laut. rupanya dia nak tunjuk gunung yang serupa orang tengah baring. nie First pulau yang kita orang pergi,pulau dayang bunting. ok, nampak tak gambaran macam orang tengah baring. kepala dia belah kanan.

ok, sampai dah dayang bunting. aku ingat dia pulau, rupanya tasik..hahaha..buta sejarah betul, mana tak butanya spm pun dapat D..hahaha, tak suka sejarah!! sampai je sini, semua kena naik tangga serupa tangga batu cave, ok tipu.. tapi series, penat naik tangga tu. lepas dah naik tu, korang akan sampai lah destinasinya. series, cantik. dan kalau korang nak mandi, silakan.. aku memang confirm lah mandikan walaupun xpandai berenang. buat-buat pandai je.. jaket keselamtan kan hado.kat sini, abang boat tu bagi masa sejam je.. kejap je rasa.

tahu tak gambar apa nie? ok, meh nak cerita, lepas sejam dekat dayang bunting, kita orang naik boat balik  dan terus pergi kat sini.. nama pulau nie pulau singa besar. tempat helang makan. time nie memang nampak real besarnya burung helang tu, tapi time tu tak banyak sangat helang dia. tapi ada lah jugak.mungkin helang tu dah kenyang kot, sebab ramai sangat yang datang masa tu, sebab setiap boat yang datang dia akan campak lemak ayam kat laut dan helang tu datang sambar lemak ayam tu and than makan. kenyang!!

lepas je tengok helang makan, kita orang terus pergi dentinasi terakhir..pulau beras basah. masa kat pulau nie tak de gambar. sebab memasing sibuk nak snorkeling. air dia jernih, tapi tak jernih sangat. aku pun try lah snorkeling, nampak lah jugak ikan-ikan dia. tapi tak puas, sebab air masin, macam menggangu je aktiviti snorkeling aku {padahal aku yang tak pandai snorkeling..hahah}.. kat sini lama jugak la.. mandi-manda semua, tu yang sempat nak bergambar ke apa. le[as je habis aktiviti kat situ, terus naik boat balik dan balik semula ke homestay. sampai je homestay memasing kelaparan. makan jela baki sarapan pagi tadi.kesian..rehat-rehat kejap, lepas tu keluar balik g makan tengahari walaupun jam dah pukul 4 petang..

kononnya nak naik cable car, tapi tak dapat sebab next trip pukul 7.30 mlm. memang tak la aku nak tunggu, sebab mak abah aku tak naik, macam biasa, takut. so, tak kan nak biar diorang tunggu lelamakan. maka dengan hati yang agak terkilan, aku pun bergambar jela dengan signboard harga cable car nie, jadilah sebagai kenangan..ok, nie kali ketiga aku pergi langkawi, dan ketiga-tiga kali nie jugak aku tak berpeluang untuk naik cable car, sodeh cik. tak pelah, lain kali boleh pergi lagi.kan.

hari ketiga tu, kita orang agak rushing. sebab kita orang kejar tiket ferry..kan orang ramai, so kenalah beli awal.pepagi subuh memasing dah bangun.. abang ipar aku dan abang aku pepagi lagi dah keluar awal nak beli tiket. tiket kita orang pukul 10.30 pagi, memang tak sempat nak singgah dataran helang. sampai-sampai je jetty, orang dah mula ramai, macam nak gila tengok orang ramai sangat.

sampai masa naik lah ferry kami nie semua.. insyAllah, aku nak repeat lagi ke sini.. sebab tak puas. selagi cable car aku tak naik, selagi tu aku tak puas.. ahhaha.. lagi pun banyak lagi tempat aku tak pergi dalam langkawi ni. dan yang terbaru ada lukisan 3D macam yang kat lukut aku pergi hari tu..kalau nak tahu pasal 3D lukut yang aku pergi haritu sila lah klik sini ye !HERE!

nah amek.. pergi 5 beg je, sekali balik tetiba bertambah pulak beg nya.. beg boleh beranak ke wei!! hahahaha..nasib lah ada abang-abang sado yang tolong punggahkan bagasi nie semua dalam ferry, kalau tak pengsan nak ngankatnya weii..sampai je kereta, terus main sumbat je, tak dan dah nak kemas elok-elok, sebab dekat situ jem.

masa aku pergi nie, kat perlis tengah musim harum manis, tu yang lepas je makan tengahari, terus lah carik harum manis. ingat ada lah dekat-dekat situ je, sebab kalau boleh kitaorang tak nak pergi padang besar, malas dah nak tempuh orang yang ramai dan jem.tapi disebabkan harum manis tak ada dekat-dekat, so ke padang besar jugak lah kami pergi. hujung dunia wei aku satu family berjalan. nak kahwin lari pun boleh dah nie, dekat sangat dah tu dengan siam..hahaha..shopping sekejap lah aku kat situ. situasi dia serupa macam oekan rabu. benda pun lebih kurang.. tak de beli apa sangat. dah habis shopping tunggu apa lagi, balik lah.. hoiii, kejap, kan tadi kata nak beli harum manis, mana nya??

sorry, harum manis tak sempat nak snap. dan aku pun tak keluar dari kereta ni, sebab dah mengantuk sangat. terjaga pun sebab berhenti kat sini nak beli si harum manis tu. abang-abang, mak dan akak aku lah yang pergi membelinya, sebab diorang yang nak sangat.

Habis je shopping dekat padang besar, kita orang teruskan perjalanan balik ke sarang. tapi sebelum tu kita orang bermalam dulu dekat perak. rumah mak mertua abang aku, besan mak abah aku la. yela, dari perlis pun dah petang, tak kan nak terus balik negeri sembilan kan.. kan patah pinggan pulak driver-driver aku kang..hahah.. semalam dekat perak, lepas tu, pepagi lagi dah gerak balik negeri sembilan.


penat memang penat, tapi aku happy sebab banyak masa aku habiskan dengan family aku. kita orang jadi makin rapat dan rapat. bersyukur sangat sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat happy dan gila-gila nie. dia lah tulang belakang aku, dialah kawan aku dan dia lah segalanya dan ipar duai aku pun aku dah anggap macam darah daging sendiri. Alhamdulillah..next time kita rancang pergi tempat lain pulak ye..

Last but not least.. harta berharga dalam hidup aku. aku bahagia bila mak abah senyum dan gembira..luv u lah mak abah..ok, tamat dah cerita Langkawi. insyAllah, cerita lain bakal menyusul. sabar ye

Assalammulaikum.































LANGKAWI part 1

Assalammualaikum reader semua..

Alhamdulillah, sejak aku adik-beradik makin membesar ni, macam-macam yang kita orang plan. nak kesana lah, nak kesini lah, nak buat itulah, nak buat inilah, kalau boleh semuanya nak pegi dan semuanya nak buat..dulu masa zaman aku sekolah lagi, dapat berkumpul semua dekat rumah mak abah pun dah kira happy sangat. tapi sekarang ni memasing dah besar dan dah bekerja, so kita main luar pulak. family day!! setakat ni kita orang layan belah-belah utara dulu. pantai timur dengan selatan belum lagi. first family day time abang aku no.3 kahwin. dia dapat orang perak, so dah alang-alang kesana dekat pulak dengan cameron highland, so lepas habis majlis dekat perak, kita orang terus naik cameron. bermalam dekat sana semalam. yang second time aku konvo kat penang. habis satu penang tu kita orang terjah. tapi tak bestnya sangkut dalam jem berjam-jam. tension nokk..hahahahah

dan yang terbaru ni, kita orang layan LANGKAWI pulak. cerita sebenarnya macam ni. mak aku plan nak pegi rombongan ke sana dengan geng seangkatan dengannya lah, tapi bila sampai je masanya, abah aku pulak sakit.. betul-betul time mak aku nak pegi, lastnya mak aku pun batalkan niat dia nak ke langkawi. macam terkilan la jugak mak aku ni. so aku adik beradik pakat untuk ke Langkawi bawak mak. lagipun mak aku tak pernah pegi. tu beria dia nak kesana. katanya tak nak beli apa-apa, sudahnya bertroli dia borong. nah bukti..



sampai tiga troli mak abah aku borong. ok, jangan terpedaya, itu semua tipu. terhasilnya tiga troli ni bila semua barang dah campur. barang mak aku, barang kakak aku, barang kak ipa aku dan yang pasti barang aku.hahaha..kan tuan tanah kedaung punya blog, tak kan lah tak nak selitkan jugakkan..muahahahaha.. ok, untuk makluman semua, abah aku ok yang request nak bergambar ni. time tu aku tengah pozing-pozing dengan anak-anak buah aku, tetiba abah cakap, 'cepat-cepat amek gamba abah pulak', aku sebagai anak yang taat, ikutkan saja permintaan beliau.. hahahahaha

ok, meh nak cerita dari mula ye.yg tadi tu mukadimah je baru, belum start pun.muahahah. sebenarnya plan nak pegi ni dah lama, kejap nak naik flight, kejap nak naik kereta. penyudahnya, kita orang naik kereta je. sebab plan onthespot kan, so decide terus naik kereta, mana ada flight murah time-time macam tu kan. lagi-lagi time aku pergi ni masa cuti panjang. kita orang pergi time tu 4hari 3malam. last minit carik homestay, akhirnya jumpa jugak, mostly dah penuh.. tapi abang aku gagahkan jugak untuk carik, akhirnya dapat lah kita orang sebijik rumah. Selesa lah untuk kami satu keluarga. sebelum pergi tu, macam biasalah tempat berkumpul kat rumah akak aku. kita orang gerak khamis malam jumaat.(30/04/2015). kenapa gerak malam? sebab khamis tu memasing kerja lagi termasuk lah aku, lagipun nak elak jem. lepas kerja, semua terus berkumpul kat rumah akak aku. dalam pukul 9 lebih jugak lah, kita orang baru gerak. disebabkan keluarga makin membesar, kami pergi naik 4 bijik kereta. sepanjang perjalanan tu aku memang tidur jela. bangun pun bila kereta berhenti. so tak terasalah jem ke apa. cuma terasa sejuk je..muahahahah.. 

bayangkan gerak pukul 9 lebih, sampai sana betul-betul subuh. berapa jam perjalanan tu.. maun kematu bontot den..hahaha..10 jam perjalanan tapi tu termasuk berhenti lah.. tak de direct de..masa berhenti dekat R&R Tapah, memang ramai betul orang, kenderaan pun banyak.rata-rata semua nak bercuti dan nak balik kampung. lepas dari Tapah tu, aku sedar-sedar dah sampai sebab dengar ulat (pernah tak rasa kalau kat station bas, "adik nak pergi mana" dan bukan sorang je tanya, tapi ramai, pernah rasa x? haa, tulah ulat yg aku maksudkan) lagi-lagi nampak no plat kereta 'N & W' memang sah-sah lah diorang tahu aku ni datang nak bercutikan. so, dia bawak la sampai ke jeti dan tah pape lagi tah, tu semua abang-abang aku yang uruskan..

sampai je kat jeti, Ya Allah, punyalah ramai orang. jeti tu di banjiri manusia. terlalu penuh dengan orang. turun je dari kereta akak aku terus pegi beli tiket. beraturnya jangan cakap lah panjang mana, memang panjanglah. nasib time tu ada sorang kakak tu cancel nak beratur so, akak aku pun dapat lah potong Q. tot tet, tot tet, kitaorang dapat tiket pukul 8.30a.m. sementara nak tunggu pukul 8.30a.m tu, kita orang melepak lah kat jeti tu sampai masa untuk naik ferry.


kita orang naik dari jeti Kuala Perlis. ok, boleh nampak tak orang ramai kat depan jeti tu? ramaikan, tu belum tengok yang tunggu belah dalam lagi, lagi ramai. air-con tak rasa air-con dah kat dalam tu. kita orang stay luar je, sebab bebas sikit dari kat dalam yang tertutup dan semak dengan orang yang ramai. lebih kurang 8.30 kita orang pun selamat lah naik ferry. dalam ferry tu sempat lah tidur sekejap. penat kot.masa naik ferry tu , seat kita orang kat bawah, so tak ada tingkat dan tak nampak apa-apa. tahu-tahu ferry dah gerak dan tahu-tahu je ferry dah sampai Langkawi. Terus keluar dan amek kereta dan terus tuju homestay untuk rehat kejap. lepas rehat semua, teruskan operasi membeli belah, sebab esoknya kita orang pergi pulau, tu sebab kena shopping hari sama sampai Langkawi. kalau datang Langkawi, otak terus fikir Coklat, pinggan mangkuk, kain batik, rokok, bagasi dan seangkatan dengan nya lah. dekat Langkawi memang takde tempat lain dah yang popular kalau nak shopping kalau tak dekat Hig tu. so, kesana lah kami semua. aku tak ade beli apa pun, just beli apa yang kawan-kawan kirim dan untuk aku pulak aku beli bagasi je. sebab kan aku nak travel satu malaysia tu yang aku beli tu.hahahah. 


lepas dah habis shopping tu, terus kita orang pegi makan. kita orang makan tepi pantai, dapat la layan sunset kejap. actually, gambar ni gambar dari phone aku je n gambar dari wahtsapp, gambar lain semua dalam camera dan gambar tu dalam pc dekat rumah. dan tak sempat nak copy masuk hardisc aku..so, aku just bagi yang ada dekat phone aku jela ye..Habis dah cerita untuk hari pertama, ok.hari seterusnya tunggu next update k. ahahha.. InysAllah, kalau kerajinan aku datang dan kebizian aku tak bizi cepat lah aku update , kalau tak, tunggu jela ye next post..

Assalammualaikum.









No Idea

Assalammualaikum..

haii korang, actually aku tak ada apa pun nak update. yela tajuk pun no idea kan. tapi aku paksakan jugak untuk update pape cerita untuk tambahkan koleksi cerita dalam blog buruk aku ni. pernah terfikir nak buat blog macam blogger-blogger terkenal macam Irine Nadia, Fatin Liyana, Cik Epal, Yuyu Zulaikha dan ramai lagi lah blogger-blogger yang lain, kalau nak tahu lebih detail korang pergilah search sendiri, kang kalau aku list kan semua maun entry ni tukar tajuk dari No Idea kepada Senarai Blogger Terkenal kang..hahahah... 

tu antara blogger yang selalu aku ikut perkembangan diorang lah, dan dari situ jugaklah tercetusnya minat untuk buat blog ni. tapi blogger yg aku follow tu blogger yang power. tak macam aku ni, blogger cikai je. blog sesuka hati nak update ke tak nak, kekadang setahun 2 3 cerita je. hahahah, sadis sungguh. mula-mula je semngat nak buat blog macam diorang semua, tapi biasalah hanget-hanget tahi ayem..ni bukan typo ok, memang saja aku tulis begitu. saja nak rosakkan peribahasa..menjahanamkan sesuatu serah pada aku..muahahahahah

dengan diorang ni jugaklah macam-macam informasi aku dapat. dari tak tahu, jadi tahu. dari tak kenal, jadi kenal dari zero pelahan-lahan ada basic, perlahan-lahan naik satu per satu tangga. Terima kasih bebanyak lah ye wahai blogger semua. aku tahu diorang tak kan pernah perasaan aku, sebab diorang mempunyai follower yg ramai, tapi aku tak kisah semua tu. mana tahu esok lusa dia terbaca ke entry aku ni kan, haaa, mana lah tahukan. terharunya kalau diorang baca blog buruk aku ni. perasan je lebih..muahahahah,,

InsyAllah, satu hari nanti blog aku pun akan jadi macam blog-blog diorang..yang akan dibaca oleh sesiapa sahaja. cehwaaa.. tak pelah, dari anggan-anggan lah jadi kenyataan.betul ke tak?

kalau korang nak tahu lebih details pasal blogger-blogger ni, sila la klik link yang aku share kat atas tu. korang bacalah sendiri pasal diorang tu semua. yang pasti semuanya memang meletop. tak tipu. ok


untuk yang terakhir tapi bukan terakhir, abaikan budak tudung biru tu.. siapa suruh menyelit, kan dah tertangkap. lepas tu kan dah termasuk dalam entry aku ni ha.. padan muka..hhahahaha..dekat mana-mana pun boleh bergambar, janji korang bahagia. 

ok, bye










NAIK 1 ANGKA

Assalammualaikum semua..

Sekejap je rasa, dah masuk bulan April. Rasa macam baru je masuk tahun baru, tup-tup dah bulan April dan hari ni jugak GST mula dilancarkan di Malaysia. GST ni ada kata baik, ada kata tak baik. entahlah, malas nak komen lebih pasal ni. karang silap cakap, tak pasal-pasal popular pulak aku ni. muahahahahah..ok, tak lawak. ok, abaikan pasal GST, entry ni bukan nak cerita pasal tu semua walaupun tajuk dia seakan macam nak cerita GST,ada faham?

Dalan setahun ada 12 bulan dan bulan 3 ni salah satu bulan yang penting dalam hidup aku, dimana bulan ni adalah bulan kelahiran aku. bila sampai je bulan ni, maka dengan rasminya umur aku bertambah lagi setahun. makin bertambah usia, makin bertambah lah tanggungjawab ni. tanggungjawab apa?? jeng-jeng-jeng..ok, aku tipu, abaikan..tahun ni rasa macam tua sikit dari tahun-tahun sebelum ni, sebab angka pada umur aku tahun ni kalau diterbalikkan jadi macam argghh, tak nak cakap berapa la..tapi tahun lepas angka tu sweet je..tonggang terbalik pun stay sama je, still nampak muda..walaupun hakikat sebenarnya, memang aku dah tua..hahahah..



cik kiah ni dah makin besau, makin besau umo tu maknanya makin besau lagi badan dia..hahahah
umur naik setahun sekali, tapi badan naik hari-hari, ha camno tu? tak kisah lah semua tu, janji aku sihat. baru-baru ni ada orang tegur aku, "eh, badan kau makin naik la, kenapa" nak je jawap, "pernah ke kau nampak badan aku menurun?", tapi fikirkan dia tu tua dari aku, aku lupakankan aje hasrat nak membalas ayat dia tu. aku cuma balas dengan senyum yang menawan je..ha, baik tak aku.,ha, sediakan bakul cepat, aku nak masuk dalam bakul ni, tapi biar aku yang angkat sendiri..hahahah..boleh macam tu? alaa, sape lagi nak puji diri ni kalau bukan diri sendiri. orang lain belum tentu nak puji, makin mengata ada lah kot. ok, siapa terasa, dialah orang yang mengata aku tu..hahaha..


Dan sabtu baru-baru ni, family aku buat lah makan-makan sikit, by the way bulan 3 ni bukan birthday aku je, tapi birthday 2 orang anak buah aku. sorang anak akak aku, sorang anak abang aku.tarikh kitaorang bertiga pun tak jauh bezanya. disebabkan birthday aku sama bulan dengan anak-anak buah aku, so secara automatiknya birthday aku turut disambut jugak walaupun dah besar gajah. dulu zaman budak-budak tak sambut sangat birthday, tapi dah besar gajah ni baru nak sambut, terbalik pulak..alaaa, tu disebabkan sama bulan, tu pasal sambut, kalau tak, tak de nya nak sambut bagai. sebelum kek dipotong, abah aku sebagai ketua keluarga bacakan doa dulu. habis baca doa, terus potong kek, aku pulak yang terlebih..hahaha..


Sepecial gift dari anak buah aku. balik kerja, masuk bilik, terus mata ni nampak sampul biru dekat atas meja, macam menarik untuk aku tengok benda tu.bila dah pegang sampul biru tu, alahai tersentuh hati ni. sweet sangat ni..hahaha.. thanks, kakak. walaupun tak de hadiah mahal-mahal, tapi hadiah ni dah cukup mahal dah. terharu sangat-sangat. simple but nice. cik mok akan simpan sampai bila-bila..kakak dah besar nanti cik mok tunjuk balik k..kalau cik mok ingat lah ye, kalau tak ingat, kakak kena ingatkan, baru cik mok ingat.. 


Makcik ni lah yang bagi surat tu..sayang jugak dia kat makcik dia ni, walaupun selalu kena marah. melayan dia sorang macam layan 10 orang anak buah, padahal anak buah baru 5 orang. papepun thanks kakak untuk surat berkenaan..muahahaha

Ingat lagi masa zaman study poli dulu, masa tu kelas pagi dan kejadian tu jadi dalam kelas. kejadian tu pun mengharukan jiwa aku jugak la..masa tu memasing tengah sibuk dengan urusan memasing sebab lecture tak masuk lagi, aku pun sama lah turut menyibukkan diri ni dengan diorang sekali. tengah leka-leka, tetiba dengar ada orang nyanyikan lagu birthday tak dapat tangkap pape lagi masa tu sebab tengah blur, bila dengar je lagu tu ditujukan pada aku dan memasing semua pandang aku, ok aku dah mula faham. terus amek buku tutup muka..malu campur terharu.. nak nangis pun ada jugak. tak sangka sampai macam tu sekali suprisenya..hahaha..terima kasih korang. lepas abes kelas baru tahu sape punya plan. ngek ngok punya kawan..hahaha..dan tahun nie pun dia ada buat kejutan jugak..call aku memalam, bila dah jawap dia bantai senyap..aku nie dok hello,hello ke dia,dia senyap je..tak lama lepas tu dia nyanyikan lagu birthday kat aku..wahhh, sweetnya kau.. nasib lah kau perempuan, kalau laki dah lama aku ajak kapel..muahahahaha..pape pun thanks kawan. terima kasih bebanyak.siapa dia? emm, biar aku sorang jela tahu,karang aku bagitahu sape, kembang pulak dia kalau aku cerita pasal dia kat sini..hahaha

Umur dah meningkat, apa azam baru? antara banyak-banyak azam aku, satu je yang aku betul-betul dan teringin nak buat, aku nak travel satu dunia. InsyAllah, dengan izin Allah, itu memang plan aku dari zaman belajar lagi. aku nak tengok tempat orang. mana tahu tengah-tengah travel tu terjumpa pulak jodoh aku kan, hahahahaha,sape tahu. tak kisah lah travel dalam atau luar, janji aku dapat pergi tempat yang aku nak pergi. aku dah penat bekerja, sebab tu aku pilih travel untuk release tension.


InsyALLAH, tabung penuh je, tempat ni aku nak terjah dulu. dekat mana ni? korang nak tahu ke? ok, aku bagitahu k, tapi bukan sekarang la ye. tunggu aku dah sampai tempat ni baru aku story mory dekat korang semua..hahahaha..jangan marah na. yang pasti tiket dah book awal setahun, gila tak gila. nak kejarkan tiket murah, gitu lah gaya nya. lain lah kalau poket 365hari tebal manjang, time2 tu jugak boleh book. tapi aku punya poket tak sampai 24jam pun tebalnya,sadis sungguh, biasalah kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang, tak kais, tak makan , tapi still je gemok.hahaha..

Ok, umur dah meningkat, blog pun haruslah kena upgrade setanding dengan umur kan..muahahaha. ok my blog dah berwajah baru (barulah sangat)..aku dah buang apa yang patut. dan warna pun aku dah tukar. putih pilihan hati, sesuci lebaran katanya..hahaha. makin dewasakan, tak kan nak layout macam budak-budak lagi ye dok, walaupun blog aku ni jarang aku update. tu semua tak kisah lah..janji sentuh jugak walaupun jarang dan kadang-kadang. so, sekarang ni blog aku simple je dan mudah untuk dikendalikan (ayat tak tahan)..


Bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku dah dapat. Allah panjangkan umur aku sehingga ke hari ini dan berharap dipanjangkan lagi umur ni.. papepun terima kasih Allah, mak abah, sibling,ipar duai, anak buah-buahan aku, kawan-kawan dan semua sekali lah yang terlibat atau tak, sebab wish birthday aku, ingat birthday aku, sambut birthday aku dan semua sekali lah.. dah tak terkata dah disebabkan tak tahu nak kata apa lagi, hahah.. terima kasih untuk semuanya. 

Ok, Assalammualaikum
















Perjumpaan 3 Penjuru

Assalammualaikum semua,

Sebut je perjumpaan 3 penjuru ni, mesti korang teringat balik zaman-zaman sekolah dulukan.. yela, perjumpaan antara parents, cikgu n anak murid.. kalau zaman sekolah rendah, cikgu bagi surat pemberitahuan, kalau sekolah menengah pulak cikgu yang bertugas umumkan kat perhimpunan waktu perhimpunan pagi tentang adanya perjumpaan tersebut. selalunya perjumpaan 3 penjuru ni nak ambil 'report card' atau lebih dikenali nak tahu result peperiksaan.bila tahu je ada perjumpaan 3 penjuru ni memasing tak senang duduk, yela takut tengok keputusan sendiri..yang keputusan ok, selamat lah, yang tak ok, tunggu jela masa nak kena sound dengan parents dekat rumah..hahah..teringat balik zaman-zaman lepas..kalau boleh ulang, memang aku nak ulang, sebab terlalu banyak kenangan masa tu. 

ok, btw berbalik pada cerita asal.sebenarnya perjumpaan 3 penjuru dalam entry kali ni bukan nak buat perjumpaan antara cikgu, parents & pelajar ye, tapi perjumpaan 3 orang budak comel yakni muna, fifi dan yang paling comel adalah aku..hahahaha..angkat bakul, masuk sendiri.. Alhamdulillah, akhirnya Allah pertemukan kami semula. dengan si muna nie kali terakhir kita orang jumpa masa hari terakhir dekat poli..lepas tu tak jumpa-jumpa dah. konvo pun tak dapat jumpa sebab diorang tak datang disebabkan masalah peribadi diorang. yang si fifi ni ada jugak lah jumpa, nak tahu jumpa kat mana, baca entry nie sampai habis k. kira perjumpaan kali ni macam reunion kecil-kecilan lah gitu..




taraa..nah gambar kami bertiga.. masa ni tak ingatlah sem berapa..sem 2 kot. zaman gonjeng-gonjeng..hahah..papepun, yang lepas lah sebenarnya lagi indah dari sekarang..dan yang lepaslah buat kita semua ni lebih dewasa.


kalau diikutkan, ramai lagi yang nak join dan semuanya budak-budak kelas zaman belajar poli, tapi disebabkan last minit memasing adahal, so kami bertiga jela yang jumpa. tu sebab tajuknya perjumpaan 3 penjuru..khakhakha. walaupun 3 orang je, tapi bila dah jumpa tu macam sekampung riuhnya..biasalah, kami ni memang banyak mulut.. cakap pun bukan reti pelan-pelan..kalau boleh nak bagi semua orang dengar apa yang dicakapkan tu..aisyhhh, macam-macam..

memang kami dah rancang nak keluar hari-hari sekian, tapi tak rancang waktu yang betul untuk keluar disebabkan beberapa pekara, cehwaaa..hahahaa..tiba hari kejadian, dok wasap-wasap dengan muna, macam mana nak jumpa sebab dia ni takde kenderaan..nak jemput dia pun satu hal, sebab handset aku xde internet yang kuat untuk waze ke tempat dia. wasap punya wasap, akhirnya aku mengalah untuk ambil dia walaupun jalan tak tahu..konon-konon nak main redah jela..tengah siap-siap, tetiba teringat yang akak aku ada GPS, so aku dengan tak malunya mintak izin nak guna benda alah tu..hahahaa..kalau lah aku ingat dari awalkan senang..satu masalah lagi, nak set tempat dia tak boleh, sebab kawasan dia tu taman baru..punyalah lama aku carik sampai naik fedup dibuatnya.. sudahnya aku carik jela 'main' kawasan dia tu..senang, so aku pun teruslah ke tempat yang dituju..dekat pukul 3 lebih jugak lah aku sampai sana.tak susah mana pun rupanya taman dia tu..

bila nampak je batang hidung muna nie, terus jerit macam orang kena histeria..hahahaha..bermulalah aksi peluk meluk cium bagai..aisyhhh, jangan pikir bukan-bukan naa..kami normal..hahahahaha... muna ni dari penang, datang kL semata-mata nak jumpa aku, ok perasan..hahaha..dia stay kajang rumah abang dia.masa ni dia tengah cuti sem, so berjalan sakan lah dia..dah habis babak peluk meluk cium bagai, aku terus ke tempat sorang lagi member aku nie, si fifi. dia asal kelantan, tapi tercampak dekat klang sebab keja punya hal..takpelah,bila lagi nak merantau negeri orangkan.. sepanjang kesana, berceloteh lah aku dengan muna ni..gelak manjang..muna..muna..jalan punya jalan, sampai lah aku dekat destinasi seterusnya..

satu je motif aku nak ke tempat fi ni sebenarnya, hahaha,,apakah???aku nak makan kfc free..hahahaha..ok, untuk pengetahuan korang, si fifi ni manager kfc dekat Aeon Big Klang..dulu dia training dekat NU Sentral, sebelah dengan bangunan projek aku, 1 Sentrum.. so, pernahlah jumpa dia.. tapi tak selalulah jumpa..sebab dia kerja shif. kalau da free boleh lah jumpa, kalau tak free, taklah jumpa.




takyah cakap lah beli ke dapat free kfc tu sebab sememangnya jawapan dia dapat FREE!!! sebelum sampai tu siap-siap wasap fifi, suruh standby kfc siap2..hahahah..kejamkan ada kawan macam ni. sampai je sana, terus disambut oleh senyuman fifi di pintu kfc..masuk je dalam kfc, terus dia tanya nak makan apa..aku dengan muna pun senyum bukan main lebarlah.. dah pilih makanan, tanya dekat fifi, kena bayar tak? buat-buat tanya je, padahal dah tahu..senyum sampai telinga..bhahaha..terima kasih fifi.. ok, abaikan muka muna yang blur tu..sebab dia tengah syok sangat dapat kfc free..memang kfc jadi pilihan kalau kami ni keluar kemana-mana masa zaman belajar dulu.



kami satu kelas, satu rumah dan satu saiz..bahahahahaha.. banyak benda yang kami share. 


masa sampai tempat fifi tu da lewat petang, dekat pukul 7 dah..mula decide nak pegi laman seni, tapi tak sempat, sebab da malam. nak pegi i-city malas, sebab kena keluarkan duit..dari zaman belajar lagi, memang kitaorang akan pergi tempat yang tak gunakan duit,kalau nak guna duit pun yang boleh share-share. nak jimat katanya..hahahaha, jimat ke kedekut??? so, tak tahu nak kemana.. tetiba cakap pasal makanan..dan aku cakap nak makan steamboat. terus diorang setuju..so, moh ler kita ke next station yer..mencari 



steamboat yang didambarkan..muahahahaha

nak jadikan cerita, kitaorang kan tak rancang nak pergi mana-mana, so jadi susah disitu. nasib ler ada maps..dia lah yang banyak membantu.. tapi bantuan dari dia tersangatlah menduka citakan.. sedih.. tempat yang kitaorang nak pergi tu semuanya tak ada..paham tak, tak ada..korang agak sape yang tak betul??? nak ke steamboat nie, tak jumpa, nak ke steamboat tu tak jumpa, aku pun pelik..lagi la hangin, sebab aku yang bawak kereta, penat hokey main pusing-pusing shah alam tu..kejap kiri, kejap kanan sudahnya tak jumpa apa pun.. tension makk!! maps ni betul-betul mencabar kesabaran aku.. ke handset yang problem..hahaha..tapi yang penting bukan handset aku ye..tapi kemarahan aku masih dapat dikawal sebab nak bawak orang penang jalankan..eemmm..sudahnya, si fifi call lah kawan dia yang kebetulan baru je makan steamboat dekat klang..so, dengan bantuan maps sekali lagi, akhirnya kami sampai tempat dituju..



THE CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL
inlah destinasi yang dicari..sape-sape orang klang maybe tahulah.. 
rasa puas bila dah jumpa..





sila pilih ye puan-puan..macam-macam ado.
air pun macam-macam jenis ado ok..minumlah sampai muak..
dessert pun ado jugak..



ok, ni harga untuk satu kepala. harga tu boleh la, tapi sebelum korang nak datang sini, make sure kena kosongkan perut dulu..kalau tak membazir korang bayar RM21.90 tu tapi korang makan sikit je..bagi pasangan couple-couple yang dok  makan sikit dah kenyang tu, yela nak cover ayulah sangatkan better tak payah datang sini.. membazir je..bahahaha..ni ayat muna ye..aku copy paste je.nak marah, marah muna.. 







sesi memasak bermula..teringat pulak zaman belajar dulu..buat bbq sebelah flat dan buat bbq dekat air terjun..muna dengan fifi lah orang kuat bahagian memasak ni..aku just makan je..muahahahaha



perut ada sikit kenyang, kita selfi dulu ye dak..ok, sambung makan kasi licin. memasing perut rasa nak pecah..makan tak hingat dunia.. ok, puas hati bayar RM21.90, sebab dapat makan sampai nak pecah perut..

habis je makan dan dah bayar, kami pun berlalulah ke kereta..dan ada satu kejadian semasa nak naik kereta untuk balik..dan kejadian tu tersangatlah megelikan hati aku.. si muna kata jangan gelak, aku dengan si fifi bantai gelak , gelak dan gelak lagi..hahaha..macam-macam lah kenangan walaupun jumpa tak sampai sehari.. perjumpaan kali ni memang throwback betul zaman belajar dulu-dulu.. walaupun tak ramai, tapi tetap happy..puas hati.. dah settel kejadian tu, aku pun hantar lah si fifi ni balik rumah dia dah pelik meluk cium bagai, aku pun teruskanlah perjalanan ke kajang untuk hantar si muna ni. ok, dah peluk meluk cium jugak dengan muna, aku pun balik la ke nilai..penat, memang penat. tapi happy.perjumpaan ni pun tergesa-gesa sebab muna heboh nak balik penang. dah lah datang masa hari orang bekerja, lepas tu sesuka hati nak suruh kita yang kerja ni cuti..macam-macam. tapi masa yang singkat ni lah kitaorang guna dengan sebaiknya..




ok, last but not least..insyAllah, satu hari nanti kita jumpa lagi k.dengan izin Allah..semoga persahabatan kita kekal selamanya ye..

ok, bye